RSS

Polis Pengiring Suspek Pembunuh Sosilawati Mati


Devaraju
Ingat lagi kes Datuk Sosilawati? Ala tak kan tak ingat dah. Kes yang Datuk jutawan kosmetik kena bunuh dan bakar oleh orang india kat dalam kebun kelapa sawit tu. Selepas kena tahan korang ingat lagi tak polis rambut panjang yang selalu gari tangan suspek utama pembunuhan dan iring suspek tu. Nama dia Lans Koperal Devaraju. Sekarang ni pengiring tu dah mati. Didakwa mati kemalangan. Tapi entahla. Aku tak tau jugak. Kat bawah ni petikan akhbar dari Utusan.

KUALA LUMPUR – Polis akan menjalankan siasatan terperinci mengenai kematian seorang anggotanya, Lans Koperal N. Devaraju yang terlibat dalam kemalangan di Taman Desa Jaya, Gombak sama ada wujud unsur jenayah atau tidak.
Tindakan tersebut dilakukan selepas keluarga mendiang meminta pihak berkuasa menyiasat kes itu dengan teliti kerana mendakwa motosikal yang ditunggang mangsa ketika kejadian tidak mengalami kerosakan.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil keterangan ahli keluarga dan rakan mangsa selain menyemak senarai khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan di dalam telefon bimbit anggota tersebut bagi membantu siasatan.
“Polis akan menyiasat sama ada mangsa ada menerima sebarang ugutan sebelum kemalangan berlaku,” katanya yang mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


0 Responses to "Polis Pengiring Suspek Pembunuh Sosilawati Mati"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors