RSS

Osama Bin Laden Terbunuh???


Osama Bin Laden
WASHINGTON, 2 Mei 11: Pemimpin rangkaian Al-Qaeda leader, musuh no 1 Amerika Syarikat Osama bin Laden dilaporkan sudah meninggal dunia, demikian menurut laporan media Amerika Syarikat memetik sumber-sumber rasmi.


BBC juga melaporkan, Amerika Syarikat dikatakan ada jenazah Osama dan Presiden Barack Obama dijangka membuat pengumuman dalam waktu terdekat.


Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.


Sementara itu, wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.


Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan.


Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia. Antaranya, beliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.


.


1 Responses to "Osama Bin Laden Terbunuh???"
e-saving solution said...

semoga dirahmati..


May 2, 2011 at 7:48 AM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors