RSS

Isu Lynas. UMNO Peralatkan Karam Singh



Ramai pihak yang ditemui malam tadi merasa terharu dan lucu melihat keletah Karam Singh (foto), memperkatakan isu Lynas. Siaran berita secara eksklusif yang diusahakan oleh syarikat televisyen swasta TV3 itu benar-benar menjatuhkan maruah beliau sebenarnya. Nampak sangat Karam Singh telah diupah dan dibayar dengan harga-harga tertentu untuk menyokong keputusan pakar-pakar IAEA yang akan memutuskan kononnya Lynas itu selamat buat rakyat Kuantan hujung bulan ini. Siaran eksklusif Lynas yang disiarkan menerusi rancangan Buletin Utama TV3 bermula malam tadi hingga esok itu benar-benar memalukan sebenarnya.

Paling mengejutkan bila Karam Singh sanggup diperalatkan untuk mengukur tahap radiasi Pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah yang begitu lantang memperjuangkan isu ini. Sepatutnya, TV3 harus lebih profesional untuk menyiarkan berita dan informasi tentang Lynas. Bukannya arahkan Karam Singh membuat "lawak bodoh" yang jelas membuktikan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang sudah tiada jalan lain agaknya.

[Dengan membandingkan tahap radiasi di pejabat Fuziah dan bahan terbabit di kilang Lynas Gebeng, ia bermakna Karam Singh memang diarahkan agar mengikut telunjuk pihak berkenaan untuk mengesahkan keterlanjuran mereka itu. Apakah kita yakin dengan penggunaan alat tersebut?. Bahkan jika pun tahap radiasi itu rendah, maka apakah kita boleh percaya ia adalah rare earth?.  

Mungkin sekarang ianya rendah, tetapi bagaimana dengan hari esok. Antara berhadapan dengan risiko atau tidak, maka adalah lebih baik tidak. Usahlah kerajaan bersusah payah membayar Karam Singh untuk menyokong sesuatu yang sudah terbukti berbahaya itu. Justeru itu rakyat diminta tidak terpengaruh dengan omongan kosong Karam Singh itu. Jadikanlah ia sebagai bahan jenaka khas ciptaan TV3].

Adakah Karam Singh melakukan tugasan tersebut demi membersihkan imej beliau yang merudum akibat perbuatan beliau yang menghina bangsa melayu ketika beliau MABUK tak lama dahulu.






(Ikhsan

.


0 Responses to "Isu Lynas. UMNO Peralatkan Karam Singh"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors