RSS

BERS✔H 2.0: Bila PDRM Akan Dedahkan Hasil Siasatan Penemuan Pelbagai Senjata???



Dua laporan polis telah dibuat terhadap pegawai tertinggi polis Kuala Lumpur dan Selangor berhubung pendedahan penemuan pelbagai senjata dan baju-T BERSIH sebelum perhimpunan aman bersih2.0 pada 9/7/2011 tempoh hari.

Laporan tersebut, masing-masing dibuat oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (dua dari kiri) dan ketua penerangan Pemuda PAS Selangor, Shahrom Daud, terhadap pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.


Antara senjata yang dilaporkan ditemui itu termasuk parang, molotov cocktails, mercun dan botol plastik berisi petrol.


Nampaknya sampai hari ini tiada apa2 pun hasil siasatan nya, polis hanya beria2 menyiarkan video Mat Sabu yang tidak di langgar oleh pajero atau land rover polis.


Rakyat nak juga tahu siapa dalang yg membekalkan senjata2 yang di temui polis itu, tapi polis lambat pulak……..sedang jarak hari antara video mat sabu dan penemuan senjata2 itu agak lama juga, kenapa video mat sabu tak di langgar pajero land rover polis cepat je  nak tunjuk pada umum………nampok sangat polis nak belawok untuk tolong umno.


.


0 Responses to "BERS✔H 2.0: Bila PDRM Akan Dedahkan Hasil Siasatan Penemuan Pelbagai Senjata???"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors