RSS

Bekas Kerani ATM Mengaku Diarah Pangkah 500 Undi Pos



Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986.

Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan.

"Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini.

Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.

Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan Nasional (BN).

Ini termasuk 62 peratus undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak kepada parti BN di Sibu.

Tambah Suhaizan, PRK Sibu yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi.

Menurut beliau SPR hanya mengambil sikap lepas tangan dari sudut jaminan kertas undi pos tidak disalah guna pihak tertentu memandangkan ianya diedarkan empat hari sebelum tarikh pilihan raya sebenar.

Beliau seterusnya menggesa SPR merombak sistem undi pos yang dianggap begitu teknikal
.

"Bagaimana jaminan kertas undi tidak dijual di pasaran gelap," soal beliau.

Menurut Mohd Mohzit yang menjadi agen parti PAS pada PRK Sibu yang lalu, pihaknya menggesan unsur penipuan pada Borang 2 undi pos.

Katanya, borang yang dihantar kepada mempunyai empat tandatangan yang berlainan di bawah satu nama.

Beliau seterusnya mengemukakan perkara tersebut kepada agen SPR namun suruhanjaya itu bertindak mempertahankan kesalahan tersebut termasuk disokong oleh wakil BN.


Dalam pada itu, menyentuh isu cadangan perlaksanaan sistem biometrik untuk pengundi pada pilihan raya akan datang, Suhaizan tidak yakin ianya akan dilaksanakan pada masa yang singkat.

Ini berikutan katanya, data daftar pemilih SPR masih tidak dikemaskini sehingga kini berikutan penemuan nama pengundi yang bertindan termasuk dakwaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersekongkol memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing seperti yang dilaporkan media semalam.

" Soalnya bagaimana sistem biometrik boleh berperanan secara aktif kalau sistem SPR itu sendiri menerima dua data.

Sehubungan dengan itu Suhaizan berkata PAS akan terus mendedahkan kepada umum bukti-bukti dakwaan bahawa SPR tidak bersedia untuk menjadi suruhanjaya bebas dan adil melaksanakan pilihan raya di negara ini. -tvsnews







.


0 Responses to "Bekas Kerani ATM Mengaku Diarah Pangkah 500 Undi Pos"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors