RSS

Hak Kaum Cina Yang Kita Tidak Tunaikan



oleh Hermit


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari Raya adalah antara nostalgia yang kental di dalam hati setiap sanubari orang Melayu di Malaysia khususnya.Bila teringat Hari raya,kita pasti teringat tentang kuih raya,baju raya atau lagu-lagu raya.Anehnya,lagu-lagu raya dibikin dalam mood yang begitu menggamit kenangan (kecuali lagu raya moden yang tak menjadi).

Hari Raya adalah perayaan agama.Ia bukan perayaan adat bangsa Melayu.Hari Raya disambut selepas habis bulan Ramadhan dan di hari ini (1 Syawal) kita diharamkan berpuasa.Hari ini Hari Raya telah menjadi darah daging kita orang Melayu.Ia telah menjadi adat dan budaya.Ia telah menjadi ritual yang wajib dilaksanakan,jika tidak kita bukanlah benar-benar 'true' berhari raya.Mengapa saya katakan begitu?Sebab di hari inilah orang yang jarang bersolat akan datang bersolat Hari Raya dengan penuh megah dan semangat,dengan baju yang cantik berwarna warni.Semoga solat sunat Hari Raya yang 2 rakaaat ini akan menjadi asbab hidayat kepada mereka yang selalu mengabaikan solat yang fardhu 5 kali sehari semalam.

Islam telah memberikan nikmat tidak terhingga kepada orang-orang Melayu.Betapa bijaknya nenek moyang kita dahulu kerana meninggalkan agama animisme,Hindu dan Buddha yang menyembah patung bikinan sendiri atau agama pagan,dengan berbondong-bondong masuk ke dalam hidayat Allah s.w.t tanpa banyak mengambil masa dan berfikir panjang.Orang Melayu bukan sahaja menikmati hidayat Allah s.w.t ini sendiri,malah keluar mengajak kaum-kaum Austronesia lain seperti Jawa,Bugis,Sulu dan lain-lain supaya masuk ke dalam rahmat Allah s.w.t.Ketika orang Melayu mempunyai Kesultanan Islam sendiri iaitu Kesultanan Melaka,Majapahit sebagai entiti politik orang Jawa masih menganut fahaman Hindu,dan hasil kerjasama orang Melayu Champa dan Kelantan berserta para pendakwah dari Arab dan Parsi maka wujudlah era 'Wali Songo' yang menyaksikan kebangkitan kerajaan Demak dan pengislaman beramai-ramai saudara kita dari kalangan orang Jawa.

Minat kepada agama Islam telah awal dikesan dalam surat Maharaja Sriwijaya,Indravarman kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz,yang meminta khalifah terkenal itu mengajarnya tentang Islam.

Hari ini kita di Malaysia hidup bersama-sama kaum-kaum lain seperti orang Cina dan India.Kaum Cina contohnya telah mula masuk ke Tanah Melayu ketika era pemerintahan British untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah atau membuka perniagaan.Kaum Cina adalah kaum yang bijak berniaga dan rajin berusaha.Di bandar-bandar di negara kita sememangnya kaum ini mendominasi kedai-kedai dan pusat perniagaan.Ekonomi Malaysia banyak disumbang oleh kaum ini yang sama-sama berganding bahu dengan orang Melayu dan India untuk memakmurkan bumi Malaysia tercinta ini.Sedar tak sedar,ekonomi Malaysia banyak dipacu oleh kaum ini,dan kita,orang-orang Melayu beragama Islam sedar tak sedar begitu bertuah,dengan tinggal di laluan strategik antarabangsa,banyak sumber mineral,aman damai,tidak ada gempa bumi atau gunung berapi,dan ditambah dengan orang lain yang 'membantu' kita menaikkan ekonomi Malaysia tanpa perlu kita bersusah payah,sebagaimana Vietnam atau Kemboja yang 'tidak pandai' memanfaatkan kelebihan kaum Cina ini.

Boleh dikatakan kemajuan orang Cina,juga memajukan orang Melayu.Apabila orang Cina membuka pusat perniagaan,maka ini membuka peluang orang Melayu mencari rezeki.Sebab itu kita tidak mendengar orang Melayu kita berhijrah beramai-ramai mencari pekerjaan di luar negara.Anak-anak muda kita bebas memilih kilang mana atau kedai mana untuk bekerja menambah duit poket.Sedar tak sedar orang Cina ADALAH RAHMAT ALLAH TAALA YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA ORANG MELAYU.Kehadiran orang Cina adalah semata-mata untuk ikram orang Melayu Malaysia.Kita telah masuk agama Islam dan bawa agama kepada kaum-kaum lain maka Allah hantar satu kaum lain yang bekerja untuk kita memajukan ekonomi orang Melayu.Jangan lihat kenyataan ini dari sudut mikro (seperti survival bisnes orang Melayu atau agihan kek ekonomi) tetapi pandanglah dari sidut makro,betapa Malaysia naik mendadak tidak sampai 50 tahun dengan sebahagiannya dipercepatkan oleh kaum Cina ini (selain pentadbiran politik orang Melayu yang 'tenang').

Selepas orang Cina sedikit sebanyak membantu kita memajukan diri,apakah sumbangan atau balasan kita kepada orang Cina?Kita mesti membalas jasa orang Cina kerana mereka banyak berjasa mengubah wajah Malaysia dari imej selepas kolonial kepada negara antara paling produktif di Asia.Mereka telah berjasa menghiasi rumah kita ini dengan pembangunan dan kemajuan,dan rata-rata kita orang Melayu hidup selesa di bumi bertuah ini.Kita dapat berhari raya dengan gembira.Ekonomi baik dan suasana aman makmur.Kita orang Melayu perlu rapat dengan mereka dan belajar bersungguh-sungguh ilmu berniaga dengan mereka supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka.Bukannya bila mereka berdiri,kita masih duduk bergoyang kaki.

Jadi tuan-tuan,kita MESTI MEMBALAS pengorbanan kaum Cina memajukan Malaysia,tanahair kita.Kita tidak perlu marah kepada mereka,walaupun ada di antara mereka yang amat pekat sikap rasis dan kauvinis mereka.Apa yang kita lakukan ialah kita balas dengan kebaikan,lama-lama sikap rasis dan sombong mereka akan hilang serta-merta dengan izin Allah.Apa yang berlaku hanya dengan izin Allah.

Kita MESTI balas segala kebaikan mereka tuan-tuan.Mereka telah didatangkan oleh Allah s.w.t untuk membantu orang Melayu meningkatkan taraf hidup mereka.Mungkin tanpa mereka kita akan membangun juga,tetapi lambat,seperti yang terjadi di Vietnam,Burma atau Laos.Kita masih pegang politik dan mengawal mereka,tetapi mereka bekerja memajukan ekonomi!Bukankah ini satu simbiosis yang menguntungkan orang Melayu?Jadi terasa tidak adil jika kita tidak membalas jasa-jasa kaum Cina ini.

Bagaimana mahu membalas jasa-jasa mereka?Kita tunaikan hak mereka YANG SEBENAR.Tunaikan sahaja tanpa prejudis.Jangan berdolak-dalik atau dimenyuaratkan berminggu-minggu.Ini HAK MEREKA yang sekian lama kita tidak tunaikan.Kita biarkan mereka terlonta-lonta tanpa pembelaan.Kita biarkan anak-anak mereka tidak mendapat HAK ISTIMEWA ini.Adakah adil kita orang Melayu sahaja yang dapat HAK ISTIMEWA,mereka kaum Cina didiskrimasikan?Mereka bukan haiwan yang tidak dipertanggungjawabkan,mereka manusia juga seperti kita.Adilkah kita sebagai orang Melayu yang mengaku Islam,membiarkan kaum Cina tidak mendapat hak-hak mereka yang sebenar,anak-anak mereka yang tidak tahu masa depan mereka bagaimana...adilkah kita?Adilkah?

Kita tahu kebenaran,tetapi kita biarkan mereka yang banyak berjasa kepada kita,terlonta-lonta kegelapan tanpa menikmati 'special rights' yang dinikmati kita sejak zaman-berzaman.

Apakah HAK-HAK ISTIMEWA yang perlu kita beri pada mereka itu?Tanah?Bukan tuan-tuan...tanah dan bumi Malaysia ini tidak memadai untuk mereka.Satu hari,Malaysia berserta planet Bumi ini akan musnah.Tetapi HAK ISTIMEWA ini kekal abadi selama-lamanya.Buka sekolah-sekolah Cina banyak-banyak?Bukan tuan-tuan,jika semua sekolah di Malaysia ini ditukarkan menjadi SRJK (C) sekalipun,hak mereka tidak akan tertunai.Itu bukan caranya.Beri mereka kuasa politik Malaysia,mansuhkan sultan-sultan,jadikan Malaysia republik macam Singapura.Oooo....itu lagi bukan cara yang betul malah akan menambahkan masalah.Bukan sahaja hak-hak istimewa mereka tidak tertunai,malah 'hak-hak istimewa' kita pun hancur lebur.Itu bukan hak-hak istimewa mereka tuan-tuan,bukan.Ada hak istimewa mereka yang kita selalu abaikan dan ini adalah SEBENAR-BENAR DAN SEBESAR-BESAR HAK-HAK ISTIMEWA KAUM CINA.

Apa dia HAK UNTUK MENDAPATKAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM.Kita orang-orang Melayu perlu ada rasa tanggungjawab untuk ajak orang Cina untuk mendekati Islam.Kita orang Melayu dapat iman secara percuma. Lahir sahaja ke dunia,automatik telah dapat pakej Islam.Bagaimana dengan kaum Cina?Sejak dari kecil diajar sembah colok,asap,patung bikinan tangan sendiri dan dewa-dewa perang (ada yang diambil dari kisah The Romance of Three Kingdoms).Mengapa mereka tidak mendapat hak mengenal Tuhan pencipta mereka sendiri secara percuma seperti kita?Mereka nak dapat iman dan Islam perlu bersusah payah,perlu mendapat cemuhan keluarga dan usaha yang tidak sedikit untuk belajar tentang Islam.Kita?Ibu dan ayah yang ajarkan,kemudian ustaz dan ustazah.Semuanya percuma dan amat mudah.Islam kita Islam 'free'.

Jadi sempena Hari Raya Aidilfitri ini,marilah kita azam untuk lebih banyak membaiki diri sebagai orang Islam supaya dengan dengan itu dapat memberi imej yang baik di mata orang Cina dan menarik minat mereka untuk dekat kepada Islam.Jika kita bekerja di bawah mereka,kita tonjolkan ketepatan masa,kita solat tepat pada waktunya dan selepas itu bekerja bersungguh-sungguh.Percayalah,orang Cina biasanya tidak halang kita solat.Malah jika kita selalu jaga solat,apabila azan berkumandang,orang Cina itu akan mengingatkan kita untuk solat secara tiba-tiba seperti pengalaman rakan saya apabila bosnya berkata,"You tak semayangkah?Itu Tuhan you sudah panggil," ketika dia terleka membuat kerja.

Ramadhan yang berlalu banyak mematangkan diri kita.Kita baiki diri kita perlahan-lahan,dan kita azam untuk tonjolkan kehidupan kita selari dengan kehidupan Rasulullah s.a.w dengan moga-moga dengan itu Allah s.w.t jadikan asbab hidayat kepada bukan sahaja kaum Cina malah kaum India juga supaya meninggalkan patung-patung tak bernyawa kepada menyembah kepada pencipta mereka sendiri,kembali ke pangkuan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.


.


0 Responses to "Hak Kaum Cina Yang Kita Tidak Tunaikan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors