RSS

Siapa Kata Mat Sabu Bodoh? Atau kah UMNO-BN Yang Kurang Cerdik?



Oleh: GreenHood


Siapa kata Mat Sabu bodoh? Jika ada yang mengatakan bahawa Mat Sabu adalah bodoh dan buta ilmu terutamanya subjek sejarah maka pihak yang berkata tersebut hendaklah cepat-cepat mencari cermin untuk cermin diri sendiri.

Sebagai ‘orang no. 2’ dalam kepimpinan parti kedua terbesar dianggotai kaum Melayu-muslim (selepas UMNO), Mat Sabu bukanlah seorang yang bodoh. Tindakannya membawa isu Mat Indera sebagai adiwira sebenar yang menentang penjajah British serta tali barutnya seperti Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah tepat. Tepat pada masanya yakni apabila demam PRU 13 telah mula membara bahangnya.

Peduli apa Mat Sabu dengan lolongan orang Melayu? Hairan apa dia dengan maki hamun bekas-bekas perajurit seperti Kanang Anak Langkau? Takut apa dia dengan amaran Naib Presiden UMNO yang ada susur galur dengan allahyarham Kapten Dato’ Onn Jaafar? Apa yang penting baginya adalah ‘undi’.

Selagi kenyataannya itu boleh memperolehi keuntungan politik baginya terutama pengundi kaum Cina, Mat Sabu tetap akan pertahankan kenyataannya itu. Bahkan rakan-rakan seperjuangan beliau terutamanya kepimpinan utama PAS juga akan mempertahankan bermati-matian Timbalan Presiden mereka tersebut walaupun adanya unsur ‘wayang’ yang dilakonkan oleh Karpal Singh sebagaimana yang didakwa oleh Dato’ Mukhriz Mahathir.

UMNO dan BN lupa. Mereka berkuasa semenjak merdeka hingga ke hari ini kerana adanya satu faktor penting yang menjadi senjata ampuh pernah mereka kuasai; undi bukan Melayu!

Undi kaum selain Melayu bukan lagi menjadi rahsia menjadi safe deposit kepada BN yang selama ini dinikmati oleh BN melalui parti-parti yang mewakili kaum tersebut iaitu MCA dan Gerakan bagi kaum Cina, dan MIC bagi kaum India. 3 parti utama ini (MCA, Gerakan dan MIC) memainkan peranan yang maha penting - menjadi stake-holder kepada UMNO bagi memastikan kemenangan BN adalah terjamin.

Namun selepas Tsunami 2008 terbukti MCA, Gerakan dan MIC tidak lagi dapat memegang undi pengundi kaum masing-masing. Ketirisan berlaku. Hanya beberapa pemimpin dalam MCA serta MIC yang memenangi kerusi BN manakala Gerakan terus lumpuh.
Pergolakan dalaman BN terutamanya UMNO, MCA dan Gerakan dapat dihidu walaupun dinafikan sekeras-kerasnya. Bahkan khabar angin kuat melanda bahawa MCA dan Gerakan pernah mengugut untuk keluar dari perikatan suatu ketika dahulu. Jika tiada angin masakan pokok bisa bergoyang?

Kesempatan inilah yang diambil oleh pakatan pembangkang melalui Mat Sabu yang menjadi simbol kepimpinan baru PAS yang ‘wajib’ disokong oleh pengundi bukan Melayu. PAS adalah pengganti UMNO.  PAS adalah pilihan terbaik yang mesti dipilih oleh pengundi bukan Melayu. Ini mesti ditonjolkan!

Kerana itu, PAS perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar bersedia menggantikan UMNO dengan melakonkan suatu aksi yang amat drastik dan radikal. PAS boleh mengubah sejarah dengan ‘penemuan baru’ atau a new finding. Maka tidak hairanlah apabila secara tiba-tiba Mat Indera menjadi adiwira manakala Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bertukar watak antagonis. Para anggota polis yang mempertahankan balai polis dari serangan komunis dalam peristiwa Bukit Kepong adalah sebenarnya petualang bangsa dan negara.

Pakatan pembangkang sedar, lewat kini dengan beberapa petunjuk dari siri-siri pilihanraya kecil membuktikan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada UMNO-BN telah bertambah. Tetapi UMNO-BN tidak boleh mengharapkan kenaikkan angka pada pengundi Melayu sahaja.

Justeru, pakatan pembangkang harus mencuri safe-deposit BN terutamanya pengundi kaum Cina. Tanpa pengundi kaum selain Melayu, walaupun UMNO-BN memperolehi peningkatan sokongan kaum Melayu, mereka pasti akan terjelupuk seperti mana PAS, DAP dan mana-mana parti pembangkang yang pernah wujud, tersungkur di tangan BN kerana kuasa safe-deposit yakni pengundi bukan Melayu yang disimpan oleh MCA, Gerakan dan MIC. Kini senjata memakan diri UMNO-BN sedangkan pakatan pembangkang melalui PAS mula menguasai senjata ampuh iaitu memperolehi safe-deposit (undi bukan Melayu).

Sebab itu, komunis adalah adiwira yang mahu menyelamatkan Persekutuan Tanah Melayu dari cengkaman British.

Idelogi komunisme yang masuk ke Malaya bukannya datang dari Soviet Union. Ideologi ini datangnya dari Tanah Besar Cina yang dibawa masuk bersama-sama para penghijrah berbangsa Cina.

Jika cerita Foong Sai Yuk dimainkan di pawagam-pawagam Malaysia, tidak kira lahir di negara Cina dan mendapat kerakyatan Malaysia mahupun generasi yang lahir di Malaysia, maka ada suatu ‘perasaan’ yang bangkit dalam jiwa sanubari bangsa itu. Jika seorang warganegara Amerika Syarikat yang menonton filem Jet Li atau filem Three Kingdoms, namun tertera bahawa dirinya adalah berbangsa Cina (bukan Caucasian) dari laporan kesihatannya, perasaan ‘sesuatu’ itu juga tetap wujud sebagaimana boleh terwujudnya The Chinatown di sana.

Justeru, tindakan Mat Sabu adalah tepat! Beliau tidak peduli lagi dengan pengundi Melayu asal sahaja mereka mendapat sokongan padu atau solid dari ahli tegar mereka dicampur dengan safe deposit BN yang tertiris dan dapat dicurinya, maka, kemenangan dalam ‘chapuwa’ mereka adalah pasti.

Meresapkan ideologi diambil dari tanah asal usul keturunan mereka adalah strategi yang amat baik sekali tidak pernah sesiapa dapat membayangkan.

Jadi, sekali lagi saya mahu bertanya; adakah Mat Sabu itu bodoh orangnya?

Jika menangani hal ini secara politik – yakni berulang-ulang kenyataan keluar dari ahli politik mahupun media cuba menggambarkan bahawa Mat Sabu adalah bodoh atau biadap orangnya – maka UMNO dan BN bolehlah melupakan mimpi untuk memenangi PRU 13 nanti kerana pengundi Cina akan mula merasa mual dengan permainan politik tolak-tarik ini dan akhirnya akan simpati kepada Mat Sabu yang cuba menyokong fahaman yang berasal dari tanah kelahiran datuk moyang mereka.

Sebaliknya jika ia ditangani dengan sebaik-baiknya oleh kuasa eksekutif dan perundangan dengan mengambil kira faktor keselamatan negara, saya yakin negara-negara yang menjadi ‘polis dunia’ juga bimbang dengan resapan fahaman komunis dan sosialis yang menular dalam sesebuah negara yag mengamalkan demokrasi seperti Malaysia.

Wisma Putra tidak perlu bimbang akan menerima ‘surat-surat cinta’ setiap bulan yang memperingatkan kerajaan Malaysia mahukan keadilan dijalankan sebaik-baiknya seperti yang berlaku pada satu kes ‘terhangat’ di pasaran hingga kini memakan masa bertahun lamanya untuk selesai.

Mahukah kepimpinan negara bertindak tegas tanpa memikirkan baju politiknya sebaliknya mengeluarkan arahan jitu dengan baju eksekutif yang dipakainya dalam membendung soal keselamatan negara?



p/s: sedang sebuk orang UMNO-BN ‘melayan’ kes Mat Sabu, geng-geng pakatan juga tidak kurang sebuknya mahu mencuri satu lagi safe-deposit BN iaitu Sabah & Sarawak.

‘Jaga-jaga Cik Salmah!’



.


0 Responses to "Siapa Kata Mat Sabu Bodoh? Atau kah UMNO-BN Yang Kurang Cerdik?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors