RSS

Pengasas Sisters In Islam Hina Hukum Hudud


Zainah Anwar, pengasas SIS
Hukum potong tangan brutal dan tak adil pada rakyat Malaysia.

* Hukum rejam pada penzina tak sempurna dan tidak adil pada wanita yang kena rogol.


*Apa kata kalau selepas pencuri yang dipotong tangannya kemudiannya dengan pantas ambil tangan dan terbang ke KL dan doktor sambung balik tangannya.


*Bagaimana pulak jika seorang Muslim seorang India dan seorang Cina sama-sama bersepakat mencuri dan tertangkap. Si Muslim akan berakhir dengan tangannya terpotong dan akan gelap hidupnya dan si Cina dan juga India pulak akan selamat dengan hukuman yang ringan dan mampu bekerja semula selepas itu tanpa rintangan.


*Apa kata seorang wanita yang tak kahwin, tetiba mengandung kerana di rogol, Sudah tentu dia akan dihukum zina sedangkan dia dirogol.

*Kenapa orang bukan Islam perlu diam dan tak layak komen tentang hudud sedangkan dia berjiran dengan mereka yang dikenakan undang-undang yang kejam.

~Zainah Anwar

Semua yang tersebut di atas adalah alasan kenapa rakyat Malaysia perlu menolak Hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas di Kelantan mengikut pemahaman Zainah Anwar dari Sister In islam yang merupakan organisasi yang sejak dulu giat membantah perlaksanaan hukum tersebut yang dilihatnya amat pincang dan tidak sesuai untuk rakyat Malaysia.

 

-The Star


Jelas kenyataan pengasas SIS ini menyebabkannya kufur dan MURTAD. Antara salah satu perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad.


MURTAD MENURUT PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

"Mengucapkan perkataan yang bertentangan dengan pegangan hidup seorang muslim samada pengucapan itu dengan iktikad atau degil atau dengan tujuan gurau senda semata-mata seperti mencela agama, mencela Allah, mencela salah seorang Nabi dan sebagainya. Seseorang yang mengucapkan perkataan seperti; Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam tamadun manusia, Allah tidak wujud, pemakaian hijab adalah membawa kepada kemunduran, dan sebagainya adalah menyebabkan kekufuran samada ianya didorong oleh faktor iktikad, marah atau kerana degil. Pengucapan perkataan yang bertentangan dengan pegangan muslim adalah menyebabkan kekufuran sekalipun dengan tujuan gurau senda seperti seseorang itu berkata kepada orang yang menasihatinya : jikalau kamu masuk ke dalam syurga, tutuplah pintuya supaya aku tak boleh masuk bersama kamu (Mustafa al-Khin. 1996 : 467)."


Haramkan Sisters In Islam - (Facebook)


.


0 Responses to "Pengasas Sisters In Islam Hina Hukum Hudud"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors