RSS

DEBAT isu Skandal NFC 12 Disember




PETALING JAYA: Rafizi Ramli mencadangkan debat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd, dibuat pada 12 Disember ini. 

Malah, Pengarah Strategi KEADILAN itu hari ini menghantar surat jemputan kepada Khairy Jamaluddin yang menyatakan cadangan tarikh berkenaan.

“Mengambil kira kekangan jadual kerja seperti yang saudara suarakan dalam media, saya mencadangkan supaya debat diadakan pada Isnin 12 Disember 2011,” kata Rafizi surat jemputan itu.

Beliau turut mencadangkan supaya perkara lain seperti tempat dan format debat dipersetujui bersama setelah tarikh debat dimuktamad.

Rafizi sebelum ini mencabar Ketua Pemuda Umno untuk berdebat secara terbuka berkenaan isu penyelewengan wang rakyat dalam Projek Fidlot Kebangsaan.

Surat debat

Ini kerana katanya, meskipun isu itu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya Khairy Jamaluddin kelihatan ghairah membela Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Khairy Jamaluddin ada memaklumkan kesediaan bertemu Rafizi tetapi memberi alasan tidak mempunyai masa berikutan terikat dengan acara Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan NFC yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil membeli sebuah kondominum mewah bernilai RM9.8 Juta.

NFC membuat empat transaksi pindahan wang dari akaun semasanya di sebuah bank tempatan cawangan Tun Dr Ismail kepada sebuah pemaju hartanah terkemuka 2 Disember 2009. /K D


.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors