RSS

Skandal NFC: Laki Shahrizat Kata Nak Saman Rafizi..muahahaha...



KUALA LUMPUR, 14 Dis — Pengurusan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) masih mempertimbangkan mahu mengambil tindakan termasuk menyaman pihak-pihak yang membuat tohmahan syarikat itu menyalahgunakan dana awam projek ternakan lembu, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
 
Menurut Mohamad Salleh, pihaknya sedang mengkaji tohmahan-tohmahan yang dibuat termasuk oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Saya sedang mengkaji tuduhan Rafizi untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau dipetik Berita Harian.
 
Mengenai tindakan yang akan diambil, suami kepada Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abd Jalil itu berkata, “saya akan mengkaji tuduhan ini dan akan mengambil tindakan memadai.”
 
Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu mencetuskan kontroversi berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.

Ekoran pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu, isu itu menjadi sasaran serangan dan pendedahan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
 
Desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan semakin meningkat termasuk pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu. Semalam, Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meneruskan desakan dengan yang terbaru menggesa suami Shahrizat yang mengetuai NFC supaya tidak lagi membebabnkan partinya.
 
Syed Ali menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno.
 
“Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya,” kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya.
 
Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.
 
Minggu lalu, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskan jawatan itu.
 
Awal minggu ini, ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Mohamad Salleh agar lebih aggresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.
 
Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan. 


.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors