RSS

901: 10 Syarat Polis Diberi SELEPAS Berunding Dengan PKR!!!



1) Surat yang ditandatangani oleh Ketua Angakatan Muda PKR, Shamsul Iskandar adalah sebagai tanda MENERIMA SURAT YANG DIKELUARKAN OLEH PDRM dan bukannya menerima syarat-syarat yang dikenakan untuk himpunan Bebas Anwar 901!

2) Surat yang mengesahkan penerimaan permohonan himpunan (muka pertama) yang tidak ditandatangani Shamsul Iskandar diedarkan kepada media selepas pertemuan mereka berdua.


3) Dalam keadaan biasa, penerimaan surat hendaklah ditandatangani di bahagian isi surat dan
BUKANNYA DI MANA-MANA LAMPIRAN yang boleh dimanipulasi PDRM bahawa Shamsul seakan mempersetujui apa saja kandungan yang tercatat di dalamnya. Jelas PDRM memperdaya Shamsul untuk meminta menandatanganinya di bahagian lampiran yang terkandung syarat-syarat himpunan!

Maka dengan ini MENGESAHKAN BAHAWA
POLIS TELAH BERBOHONG DAN MEMPERDAYA SHAMSUL ISKANDAR YANG MEMINTA MENANDATANGANI SURAT PENERIMAAN SAHAJA DAN BUKANNYA 10 SYARAT YANG DIKENAKAN SELEPAS PERTEMUAN TERSEBUT!

JALAN PULANG


Lampiran A yang diminta oleh PDRM ditandatangani
oleh Shamsul yang mengesahkan PENERIMAAN SURAT
dan BUKAN PENERIMAAN SYARAT!

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

SEBAGAI salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya.

Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja. Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak.

Walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan KEADILAN.

Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis.

KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara.


N SURENDRAN
Naib Presiden KEADILAN
8 Januari 2012


.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors