RSS

Apa Benar Cara Orang Melayu Berfikir Kolot?



Kenapa gaji dan rumah milik PM, menteri & kroni besar-besar?

Nak tahu jawapannya? Ianya terletak pada, cara umat Melayu berfikir. Dalam fikiran umat Melayu, orang yang berjawatan tinggi wajib memiliki kekayaan yang berlipat kali ganda daripada orang yang berjawatan rendah.

Sebab itu, adalah menjadi satu kebiasaan apabila kita dengar orang Melayu kata,

"Biasalah, Najibkan PM Malaysia. Orang besar, mestilah gaji dia besar. Jadi isteri dia pun dapatlah shopping!"

"Kita orang biasa, mana mungkin ada semua yang PM ada itu!"

Selanjutnya kita lihat bagaimana cara orang Melayu berfikir apabila melihat jalanraya dibuka untuk VVIP.

"Alahai, biasalah tu. Orang besar, mesti ada laluan khas. Sebab itu polis buka laluan untuk kereta dia."

Nampak tak? Inilah cara orang Melayu berfikir. Dengan ini, sahlah bahawa pemimpin berjiwa rakyat takkan wujud.

Kenapa pemimpin berjiwa rakyat takkan wujud? Kita lihat lagi bagaimana cara orang Melayu berfikir.

"Pemimpin Malaysia, adalah pemimpin berjiwa rakyat. Cuba Google dalam Internet, mesti jumpa video mereka naik bas dan LRT."

Nampak tak lagi cara orang Melayu berfikir? Tadi dia kata polis buka laluan untuk VVIP. Buka laluan untuk bas atau LRT? Kalau naik pengangkutan awam pun, naik untuk sehari atau hari-hari?

Sebab bagi kebanyakan orang Melayu, ini merupakan satu penghinaan pada otak mereka. Ya! Mereka suka berfikiran seperti ini. Walaupun separa sedar, tapi percayalah bahawa setiap benda yang ingin kita lakukan didorong oleh pemikiran separa sedar.

Untuk memudahkan anda, pemikiran separa sedar ialah berangan.

Katakan anda berangan tentang orang biasa. Apabila orang biasa jadi PM saja, mesti dia akan kaya. Nah! Dekat situ fikiran anda sudah tertatu dengan angan-angan bangsat itu! Sering anda berangan sebegitu.

Maka tidak adalah PM kita wujud sebagai PM yang makan atas lantai macam orang biasa.



Ini bukan PM Melayu, hanya MB Kelantan. Tapi makan atas lantai.


Ini PM dan bekas PM Melayu makan atas meja.

                  Ini Presiden Iran. Dia makan atas lantai ikut sunnah ke syiah ke ikut Nabi SAW?


Tersentuh hati rakyat bawahan. Mereka sedar ada pemimpin berjiwa sama.

Jelaslah, ini cara Presiden Iran dalam rumahnya.

 
Oh? Boleh sepak boleh ya?

Tengok ni!


Ini baru betul cara hormat orang tua.

Jadi kalau nak ajak percayakan orang Melayu boleh bawa perubahan, ubahlah dahulu cara orang Melayu berfikir. Bagi pemimpin Pakatan Rakyat pula, sementara anda pegang kuasa di 4 buah negeri, tunjukkanlah contoh yang baik.

Agar lebih banyak lagi gambar, yang rakyat boleh jadikan contoh. Tak perlulah kita ambil gambar dari negara lain.

p/s: Bukan Presiden Iran tak boleh bermewah. Kalau nak ikutkan, beliau boleh bermewah-mewahan lebih hebat daripada pemimpin Malaysia. Kerana rizab minyak Iran lebih banyak.
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors