Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,
Salam Sejahtera,
Upacara
mengambil 'Aarathi' merupakan satu istiadat yang diamalkan oleh Kaum
India sejak turun temurun. Adat ini mempunyai maksud saintifik dan
sehingga kini masih diamalkan oleh Kaum India di seluruh dunia.
Oleh
yang demikian, Malaysia Hindu Sangam ingin menegaskan bahawa
mengambil 'Aarathi' merupakan satu upacara tradisi dan tidak patut
dikaitkan dengan agama. Malah upacara ini diamalkan untuk menyambut
pengantin-pengantin baru, kelahiran anak, menyambut orang-orang
kebesaran dan juga pelbagai upacara mulia.
Sekian,
Salam Satu Malaysia.
(Tandatangan)
RS MOHAN SHAN,
PRESIDEN
MALAYSIA HINDU SANGAM
Di atas adalah inti pati surat yang dikeluarkan bertarikh 18 Feb 2012. |
Surat dari Pertubuhan Hindu Sangam menjelaskan upacara Aarathi, yang membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tempoh hari sekadar upacara tradisi BUKAN agama.
Sejak seminggu lalu, blogger Umno memainkan isu ini dan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin juga turut memperkatakan hal yang sama, sebagai membalas isu kehadrian Najib pada sambutan Thaipusam (perayaan keagamaan menghormati Dewa Hindu, Dewa Murugan) pada 7 Februari lalu sedangkan Anwar hanya menghadiri perayaan kebudayaan Ponggal di Batu Gajah, Perak, pada 29 Januari lalu. (Baca di sini kenyataan Dr Asri).

.