RSS

BBC MOHON MAAF MENGAKU DI BAYAR RM81.4 JUTA MENAIKAN IMEJ NAJIB, PERANAN APCO-FBC BENAR



BBC minta maaf siar program berbayar tentang MALAYSIA

BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mengkompromi integriti editorialnya melalui program-program yang terlibat dalam "skandal penetapan berita" baru-baru, demikian menurut laporan berita.

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.

Skandal itu melibatkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17 juta oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia," lapor Independent.

Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."

 
LAPURAN PERMOHON MAAF BBC MENGESAHKAN DAKWAAN PAKATAN MENGENAI PENGGUNAAN WANG RAKYAT UNTUK MENAIKAN IMEJ PM NAJIB.

KEADILAN bongkar peranan APCO-FBC Media naik imej Najib

KUALA LUMPUR: KEADILAN akan terus membongkar isu penggunaan wang rakyat bagi meningkatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelang pembentangan belanjawan 2012 Oktober depan.
 
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai bayaran RM57 juta oleh kerajaan Malaysia kepada firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media.

“Kita menjangka akan ada perkembangan terbaru mengenai perkara ini menjelang Bajet 2012. Kita akan terus memantau isu ini secara dekat dan akan membuat pendedahan-pendedahan baru yang lebih sensasi,” kata Saifuddin.


Menurut Saifuddin, pendedahan tersebut berkisar mengenai kontrak antara FBC Media dan APCO Worldwide, syarikat perunding Israel yang turut terlibat dalam mempromosi imej Najib sebelum ini.“Ini merupakan sumber yang diperolehi dari Parlimen. FBC Media lebih awal menggunakan khidmat Apco, berbanding kerajaan Malaysia dengan jumlah USD 70,000,”

“Kerajaan Malaysia kemudiannya membayar Apco sebanyak RM 77 juta. Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Parlimen,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.FBC Media, yang berpangkalan di United Kingdom dilantik kerajaan Malaysia untuk menerbitkan program TV berkaitan Malaysia, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
 

Program- program berkenaan kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC (Consumer News and Business Channel), CNN (Cable News Network) dan BBC (British Broadcasting Corporation).

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.
 

“Perkara ini memalukan Malaysia dan menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tuduh (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar bayar CNN untuk diwawancara dalam rancangan ‘Connect The World’ dan CNN nafikan.“Sebaliknya yang terdedah ialah kerajaan Malaysia bayar kepada FBC Media untuk melobi agar Najib muncul di CNBC, CNN dan BBC. Ini menyalahi etika kewartawanan,” kata Saifuddin


~ KedahKini
.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors