Apa fungsi sebenar SYABAS?
Asalnya
penswastaan air Selangor telah diberikan oleh mantan Menteri Besar Tan
Sri Mat Taib kepada mantan Bendahari UMNO Hulu Selangor, Tan Sri Rozali
Ismail.
Di kala itu, Rozali Ismail bukanlah seorang korporat
macam sekarang. Dia tiada modal, tiada wang dan kepakaran dalam bidang
pemberian air bersih kepada rakyat Selangor.
Pendedahan Menteri Besar Selangor menjelaskan segalanya. SYABAS cuma sebuah syarikat yang memakan untung atas angin semata-mata.
Segala
infrastruktur air seperti paip, loji pembersihan, empangan dan
sebagainya adalah milik Kerajaan Negeri. SYABAS menggunakan
infrastruktur ini secara percuma tanpa bayaran walau satu sen pun.
Oleh
kerana Tan Sri Rozali tiada wang, maka segala operasi SYABAS dibiayai
oleh hutang. Dia berhutang dengan kerajaan Pusat untuk menjalankan
kerja-kerja SYABAS.
Apabila tiba waktu untuk membayar hutang,
SYABAS akan menaikkan harga air supaya rakyat Selangor yang membayar
hutang Tan Sri Rozali Ismail.
Pada waktu yang sama, Tan Sri
Rozali hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun. Itu tidak
termasuk perbelanjaan2 lain yang masih misteri yang tidak kita ketahui.
Secara
ringkasnya, inilah kaedah UMNO membuat wang. Mereka gunakan hak rakyat
sepuas-puasnya tanpa membayar apa-apa kepada rakyat. Apabila bisness
mereka rugi, mereka suruh rakyat bayarkan hutang mereka.
Seperti
kesah Dr Mahathir guna duit PETRONAS RM1.6 billion untuk selamatkan
anaknya yang hanpir bangkrupsi dulu. SYABAS pun sama juga. Bila dia
hampir rugi, dia akan naikkan tarif air. Rakyat Selangor akan bayar
segala kerugian Tan Sri Rozali Ismail kalau dia rugi.
Hebat hebat.
Inilah yang dikatakan "Ketuanan Melayu" agaknya.
Syukurlah
Selangor diperintah Pakatan Rakyat. Segala usaha Tan Sri Rozali untuk
menaikkan tarif air telah ditolak mentah-mentah.
.