Salam hormat.
Untuk makluman pembaca, blog (AnwarIbrahimBlog.com) ini telah digodam sekitar jam 11.50
malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Dato’
Seri Anwar Ibrahim telah dimuatnaik di blog ini.
Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah
palsu dan bukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, justeru telah
mengeluarkan posting tersebut serta merta.
Posting Palsu 'Perutusan Khas' |
Pihak kami difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya
dirakam dan kini giat disebarkan oleh cybertroopers UMNO bertujuan
memburuk dan memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sekian, harap maklum.
.