RSS

Bontot Gambar Najib: Nallakaruppan Buat Laporan Polis



KUALA LUMPUR 6 Sept -  Senator Datuk S. Nallakaruppan hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan biadap peserta Himpunan Janji Demokrasi yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Khamis lalu.
 
Nallakaruppan membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.
 
Menurut beliau, tindakan itu (memijak gambar) sangat biadap, tidak bertamadun serta terpesong dari prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
 
"Kita tidak boleh 'lepaskan' individu yang pijak gambar Perdana Menteri. Hari ini mereka pijak gambar Perdana Menteri, akan datang mereka nak pijak gambar siapa? Gambar agong pun mereka nak pijak?
 
"Kita tak boleh terima orang ini (biadap) dalam negara. Negara kita, negara yang aman, jangan cuba rosakkannya," tegasnya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Dang Wangi hari ini.
 
Berhubung isu tayang punggung kepada gambar Perdana Menteri, beliau turut mengecam tindakan tersebut.
 
"Jika nak tunjuk belakang (punggung) tunjuk dekat Anwar," katanya.
 
Seramai 50 orang ahli daripada empat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan balai polis bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap tindakan yang di lakukan oleh Nallakaruppan.
 
Antara pertubuhan yang terlibat ialah Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Kelab D1 dan Sosial, Persatuan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (PERINNBAM) dan Pertubuhan Kebajikan Kuasa Keramat.
 
Beliau turut mengulas mengenai provokasi yang dilakukan oleh peserta Himpunan Janji Demokrasi yang ingin mengubah Jalur Gemilang kepada bendera lain.
 
"Jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di pihak Barisan Nasional, dia juga tidak akan setuju. Tetapi kini, dia cuba untuk menjadi batu api.
 
"Sudah 55 tahun kita merdeka, kita tidak mahu ubah bendera," katanya.
 
 
Ternyata dendam kesumat Nalla terhadap DSAI masih belum terpadam. Beliau akan cuba sedaya upaya memburukkan DSAI dengan apa cara sekali pun dan akan mencari isu yang melibatkan pemimpin PR tersebut. Sebelum ini beliau tampa henti berceramah diseluruh negara menyebarkan fitnah terhadap DSAI. Beliau akhirnya terpaksa berhenti apabila beliau telah disaman sebanyak RM100 juta oleh DSAI. Isu ini telah memberikan peluang bagi beliau untuk terus memburukkan DSAI.


Fitnah: Anwar menang kes saman Datuk Nalla
Wartawan Sinar Harian
19 Jun 2012
Anwar ucap ‘selamat tinggal’ jika gagal PRU13
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.
 
Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.

Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.

Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.



 
 
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors