RSS

Tindakan Deepak Atas Kemahuan Sendiri, Tiada Dorongan Dari PKR!



Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau akan menemui Deepak Jaikishan, berikutan sidang akhbar ahli perniagaan tersebut semalam yang mengadu kekurangan sokongan politik terutama dari pemimpin Pakatan Rakyat.

Rafizi berkata, walaupun beliau yakin Deepak mempunyai banyak "bukti yang memudaratkan (Perdana Menteri), Najib Altantuya, tetapi beliau sebelum ini tidak mahu KEADILAN dilihat menjadi rapat dengannya".

Katanya, beliau bimbang jika KEADILAN dilihat terlalu rapat dan selesa dengan Deepak sebelum mendapat fakta yang mantap, maka peluang untuk mendedahkan kebenaran akan diputarbelit oleh Umno dan wujud tuduhan "bahawa kita di belakangnya".

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Rafizi berkata mesej bahawa Deepak bertindak atas kehendaknya sendiri telah dicapai malam tadi, apabila ahli perniagaan itu memanggil sidang akhbar meminta sokongan politik, dan beliau percaya umum dapat melihat bahawa KEADILAN tidak pernah ada sebarang perbincangan dengannya.

Sambil Rafizi tetap menegaskan bahawa dokumen-dokumen yang didedahkannya semalam, yang didakwa menunjukkan syarikat-syarikat perniagaan Deepak membeli barang kemas untuk isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, adalah sahih tetapi bukan secara terus dari Deepak sebaliknya datang dari sumber ketiga.

Beberapa sumber mendedahkan bahawa Deepak sebenarnya dinaungi bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad tetapi belum ada pengesahan lanjut atau komen daripada mana-mana pihak.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga belum memberi sebarang komen berhubung rayuan sokongan politik Deepak tetapi penganalisis melihat ia satu tindakan berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam muslihat pihak tertentu.



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors