RSS

SYABAS Punca Masalah Air Di Selangor & Kuala Lumpur



Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat itu mempunyai obligasi untuk menyelenggarakan semua aset dan fasiliti pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS.

“Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Negeri Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklah Rumah Pam Wangsa Maju.

Oleh itu, tiada sebab mengapa SYABAS boleh menuding jari kepada kerajaan negeri, “
kata Menteri Besar.

Terdapat lima unit pam Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.

“Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju oleh Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari 2013 dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki,” kata Menteri Besar.

Menteri Besar berkata, hasil siasatan jawatankuasa itu telah membuat kesimpulan bahawa SYABAS;

1. Gagal melaksanakan penyelenggaraan ke atas aset-aset dan fasiliti bekalan air yang telah sepenuhnya diletakkan di bawah pengendalian SYABAS bermula dari 1 Januari 2005 walaupun Perjanjian Konsesi memperuntukkan bahawa adalah menjadi obligasi SYABAS untuk menyelenggarakan semua aset dan fasiliti bekalan air

2. Gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan mengenal pasti kerosakan ini telah menyebabkan kerosakan lebih besar lagi berlaku dan seterusnya menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna

3. Gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut

4. Gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Negeri Selangor sebaliknya menggunakan isu ketidakcukupan air untuk menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna.

Menteri Besar berkata, gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi .

Justeru, Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA).

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR 
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
 
 
 
 
.
 


Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Posting Terkini

Jumlah Pengunjung

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors