Makin lama makin benar kata-kata “kalau tak menipu, maka bukan UMNO
namanya”.
Pembohongan terbaru datangnya dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merangkap Naib Presiden UMNO, yang menuduh DAP tidak menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diarahkan sebelum ini.
Pembohongan terbaru datangnya dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merangkap Naib Presiden UMNO, yang menuduh DAP tidak menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diarahkan sebelum ini.
Sedangkan laporan yang diperlukan itu sudah pun dihantar oleh DAP
kepada ROS pada 8 Februari lalu, sekali gus membuktikan Hishammuddin
telah tidak bersikap profesional dan menipu.
Menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai satu pembohongan,
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, bahawa DAP telah
menghantar semua dokumen yang diperlukan kepada ROS.
“Saya sendiri pergi bersama pegawai saya dan serahkan borang dan
dokumen yang diperlukan itu melalui kaunter dan ia telahpun dicop
terima. Kita telah hantar seminggu lebih awal sebelum cuti tahun baru
Cina.
“Pihak DAP amat berdukacita dengan kenyataan Hishammuddin ini telah
merosakkan imej dan kredibiliti parti di mata umum. Dia adalah menteri
yang tidak profesional,” katanya.
Justeru, Loke mempersoalkan sama ada kesungguhan Hishammuddin serta
para pecacai UMNO-BN yang sanggup berbohong itu merupakan satu
konspirasi untuk membatalkan pendaftaran DAP.
“Kita ada bukti kita dah hantar. Adakah ini satu konspirasi oleh Barisan Nasional untuk pastikan DAP dibatalkan pendaftarannya?
“Kita tak ada masalah untuk ROS siasat. Tapi bagaimana kita boleh
bergantung kepada ROS jika mereka pun tidak profesional? Ini membimbangkan kita sama ada kita akan dilayan dengan adil,” ujar beliau
yang juga Ahli Parlimen Rasah.
Tambah beliau, sekiranya isu ini timbul akibat kesilapan pegawai ROS,
ia adalah urusan dalaman mereka dan menteri perlu bertindak jika
pegawai itu bersalah.
Menurut Loke, antara dokumen yang telah diserahkan kepada ROS ialah
dua salinan minit mesyuarat agung, dua salinan Borang 9, dua salinan
penyata kira-kira parti bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan tiga
salinan senarai nama-nama Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi
tahun 2012 dan 2015.
Loke juga hairan mengapa Hishammuddin serta UMNO-BN rakus dalam soal
teknikal DAP sedangkan bersikap takut-takut apabila Malaysia berada
dalam keadaan bahaya di mana segerombolan pendatang asing bersenjata
telah menceroboh masuk ke Sabah.
“Beliau (Hishammuddin) patut bagi perhatian kepada isu yang berlaku
di Lahad Datu di mana 100 orang pendatang asing menceroboh kedaulatan
negara kita. Tapi nampaknya beliau lebih bagi perhatian terhadap
pemilihan DAP,” katanya.
Turut bersama beliau dalam sidang media hari ini ialah Penolong
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Vincent Wu Him Ven. –
Roketkini.com
.
.