RSS

Jawapan TGNA Terhadap Tuduhan Harussani bahawa "PAS Lebih Teruk Dari Kafir"



Sikap PAS lebih teruk daripada KAFIR! : -Harussani 

Kuala Lumpur: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Katanya, sikap ‘berpatah arang berkerat rotan’ PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Jangan berprasangka buruk


Beliau berkata, Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa menyimpan prasangka buruk.

“Jangan sesekali menyimpan prasangka buruk terhadap kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kerana itu mendekatkan kita kepada perasaan hasad dengki.

“Tindakan PAS yang sering menolak kebaikan dibuat Kerajaan lebih buruk daripada sifat orang kafir. Sepatutnya mereka menunjukkan akhlak yang baik,”
katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) golongan bodoh.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.

Sambil menyifatkan tindakan mereka keterlaluan, Harussani berkata, rakyat akan menilai akhlak pemimpin PAS.

“Biarlah mereka dengan dosa mereka dan orang ramai akan menilai akhlak mereka,” katanya apabila ditanya sama ada penerima BR1M wajar diumpamakan seperti itu.

Katanya, pemberian bantuan oleh Kerajaan tanda komitmen memenuhi janji mengembalikan hak rakyat. - Berita Harian


TGNA  jawab tuduhan Mufti Perak.
 

Bingkisan Saya Kepada Mufti

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M



Dan lihat video Titah Raja Nazrin Shah -  Ramai Cerdik Pandai menyertai PAS berbanding UMNO 





Sepatutnya Harussani yang dilantik menjadi Mufti Perak wajar bersara dan menyertai Ustaz Faithul Bahri!



.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors