RSS

Apa perlunya Saifuddin Nasution Ismail bertanding?






Sehingga semalam,  Saifuddin masih lagi berhajat untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. Adalah diketahui bahwa Saifudin hanya memtuskan untuk bertanding disaat akhir tarikh pencalonan. Apa, mengapa dan siapa yang menyebabkan Saifudin bersungguh-sungguh benar untuk bertanding?  Isu ini mudah dijawab dan sulit juga untuk diperjelaskan.  Tentulah banyak yang bertanya; mengapa boleh jadi begitu? 

Sebahagian orang berpendapat bahwa  kemasukan Saifuddin akan memberi peluang besar untuk Azmin Ali menang. Katalah, bahwa pertandingan akan menjadi 3 penjuru, (walaupun terdapat seorang calon lagi yang bertanding) , Saifuddin dilihat sebagai calon yang paling lemah berbanding Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Saifuddin dikatakan sebagai “ the late starter.”  Lebih malang lagi bahwa beliau masih belum turun ke cabang-cabang yang jumlahnya 220 buah di seluruh Negara. Ada dikalangan ahli yang menyebut begini; “ Huh! Bukan mudah pertandingan kali ini.”  “ Kalau setakat nak cuba-cuba,baik tak payah.” 

Yang ditanya oleh banyak ahli ialah; apa sebenarnya matlamat Saifuddin ini? Hal ini malah merunsingkan mereka. Apakah beliau  setakat ini berjaya mengangkat martabat parti ke tahap yang boleh dibanggakan? Jika belum, maka jawaban nya ialah; teruskan dengan jawatan Setiausaha Agung seperti  yang dipegang sekarang.

Calon untuk jawatan kedua tertinggi dalam parti mestilah seorang yang mempunyai kekuatan sendiri. Beliau tak boleh bersandar dan bergantung atas kekuatan tokoh lain. Jika begitu hal nya maka orang akan melihat bahwa individu tersebut adalah ‘seorang yang sangat lemah’ se olah-olah ianya dikenal sebagai ‘calon remote control.’  

Ada kebimbangan bahwa memandangkan Saifudin masih memegang jawatan Setiausaha Agung beliau akan menggunakan kemudahan dan maklumat yang mudah diakses di ibupejabat parti untuk memudahkan gerak kerja kempen beliau. Kita jangan hanya pandai bercakap mengenai ketelusan, akauntibaliti dan pertanggung-jawaban dengan mengkiritik BN/UMNO tetapi di masa yang sama melakukan kerja yang lebih teruk dari BN/UMNO. Jika Saifudin buat begitu maka sememangnya lah ianya sangat tidak adil dan tidak bertanggung jawab. Selepas ini Saifudin jangan nak ‘borak’ tentang  intergriti dan ketelusan!

Apakah Saifudin masih perlu meneruskan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Timbalan Presiden? Atas kertas, sukar sekali untuk Saifuddin  menang. Ahli-ahli parti di seluruh Negara sedang melihat gelagat Saifudin dalam pertanding pada kali ini.



 `

.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors