RSS

TS Khalid Ibrahim Pertikai Gaji Samy Vellu Lebih Tinggi Daripada Jumlah Pelancung India Ke Malaysia



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan hanya bergajikan RM1.
 
Katanya, dibandingkan dengan bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu  yang dilantik Putrajaya menjadi duta khas ke India dan menerima gaji serta elaun lebih tinggi daripada jumlah pendapatan yang diperoleh melalui tarikan pelancong India ke Malaysia.

"Kalau saudara lihat Samy Vellu, bekas menteri pelancongan, begitu ramai yang bukan dapat seringgit tapi beratus ribu ringgit untuk dijadikan penasihat kerajaan persekutuan.

"Ini bukan perkara baru. Dia pergi ke India sepatutnya tarik pelancong tapi pendapatan dia boleh jadi kurang daripada pendapatan yang kita dapat daripada pelancong India," katanya ketika sesi penggulungan ucapan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

  Samy Vellu dilantik menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan sejak tahun 2010 dengan menerima pendapatan bulanan serta elaun berjumlah RM27,227.20.
 
Jelas Khalid, beliau menerima Anwar kerana pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selain pernah menerima pengiktirafan daripada European Institute of Bankers.

"Sepandai-pandai saya pun belum diiktiraf European Institute of Bankers.
 
"Bila berjumpa berbincang dengan dia, saya boleh tahu 10 minit pandangannya bererti 10 tahun pengalaman beliau," katanya dalam respons kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) sebeum ini yang mahu Khalid mencari pengganti lain sebagai penasihat ekonomi.
 
Adun BN-Permatang, Sulaiman Abdul Razak kemudiannya bangun dan mengulangi semula kenyataan Anwar sebelum ini bahawa beliau akan membawa masuk berbilion pelaburan daripada negara Timur Tengah kerana hubungan baiknya dengan negara terbabit.
 
"Tapi menurut jawapan Exco dalam Selangor paling banyak pelabur dari China, tiada satu pun daripada Timur Tengah. Kita terkilan," katanya.

Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mempertahankan Anwar mahu menggunakan pengalamannya sebelum ini sebagai penasihat bank pelaburan di Arab Saudi, Dallah Albaraka.
 
Beliau juga mengakui enggan bekerjasama dengan pelabur Timur Tengah kerana beberapa masalah tertentu.
 
Sementara itu, Khalid mengumumkan perlantikan Adun Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Pengerusi Yayasan Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membantu keluarga yang pernah menerima kesan buruk semasa di bawah tahanan.
 
Katanya, peruntukan RM500,000 melalui geran Selangorku akan diberi bagi membuka jalan membantu menjaga kebajikan mereka yang menerima kesan daripada ISA. – 11 April, 2014.



.



There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors