RSS

Astaghfirullah!!! Khidmat Gigolo (Pelacur Lelaki) Semakin Berkembang Di Negara Ini!



Karen seorang wanita yang tidak punyai masa menjalin hubungan intim. Dia cuba melarikan diri dari belenggu kesunyian dengan meluangkan masa membuat pelbagai kerja. Pada sebelah malam, dia ke gimnasium bagi bertemu rakan sambil minum di kelab atau kafe. Bagaimanapun, tubuhnya perlukan sentuhan lelaki. Dia mahu dibelai dan dimanja. Lantas, Karen mendapatkan perkhidmatan pekerja seks lelaki yang jauh lebih muda dan bertenaga darinya.
 
Daniel seorang lelaki yang punyai nalurinya sendiri. Dia telah berkahwin dengan seorang wanita selama 12 tahun. Mereka dikurnia dua cahaya mata. Daniel sebenarnya berkehendakan seorang lelaki bagi memuaskan nafsu serakahnya. Dia mengunjungi kelab dan rumah urut. Dia terlibat dengan hubungan sejenis dengan pekerja seks lelaki warga tempatan ataupun yang didatangkan dari negara jiran.
 
Karen dan Daniel adalah antara manusia yang memerlukan khidmat pekerja seks lelaki, jantan sewaan atau gigolo terlampau. Mereka punyai kehendak seks namun tidak mahu hubungan berpanjangan. Permintaan bagi pekerja seks lelaki semakin meningkat, walaupun masih belum menyaingi permintaan bagi wanita peniaga tubuh di kancah pelacuran.
 
Majoriti pekerja lelaki memuaskan pelbagai kehendak manusia. Mereka sebenarnya di ambang risiko karena tidak mampu mengadu ke pihak berkuasa sekiranya nyawa terancam. Mereka terdedah jangkitan penyakit kelamin. Namun, ada pihak yang teramat perihatin dengan masalah yang mereka hadapi. Antaranya ialah Hanafi Ali yang menerajui Pertubuhan Advokasi Masyarakat Terpinggir (PAMT).
 
“Bukan semuanya menawarkan khidmat bagi jantan homoseks,” ujar Hanafi, seorang kauselor bagi pekerja seks ini. “Ada yang menawarkan seks bagi mendapat bekalan dadah, sementara yang lain menerima upah wang ringgit.”
Dadah kelab merupakan dadah jenis psikoaktif yang disalahguna oleh golongan anak muda di bar,kelab, konsert dan parti. Antara yang popular termasuk ketamin dan ekstasi.
 
PAMT memperjuangkan nasib golongan tertindas ini. “Kami ditubuhkan bagi memberi kaunseling kepada pekerja seks lelaki, terutama bagi menggalakan amalan seks selamat,” kata Hanafi.
 
“Sekutu kami, PT Foundation, merujuk mereka kepada kami. Setela menjalani soalselidik, ia mampu mengenalpasti pekerja seks lelaki.”
 
PT Foundation dahulu dikenali Pink Triangle Sdn Bhd. Ia menjalankan ujian ke atas 80 individu sebulan. Pekerja seks lelaki dirujuk kepada PAMT. Bagi mencapai mereka, Hanafi bergantung kepada laman media sosial dengan berkata, dia mahu mendapatkan khidmat lelaki pengiring bagi organisasinya.
 
  ~ Layari www.thebigissue.asia
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors