RSS

Selangor Beri Subsidi Bagi Pembeli Rumah Jauh Lebih Tinggi Dari Yang Di Tawarkan Kerajaan Pusat



SHAH ALAM 18 APRIL : Kerajaan Selangor memberikan subsidi perumahan kepada pembeli sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan.

Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata subsidi ini adalah dalam bentuk harga jualan yang lebih rendah daripada kos pembinaan.

“Contohnya bagi 124 unit rumah mampu milik di Bandar Baru Bangi yang telah siap dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kos pembinaan sekitar RM130,000 tetapi harga jualan adalah RM100,000.

“Ini bermakna subsidi yang diberikan kepada setiap pembeli adalah RM30,000,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Adun Jeram Datuk Amiruddin Setro.

Selain itu, projek perumahan Bukit Botak atau Selayang Mutiara, seramai 1,196 bekas peneroka bandar telah ditawarkan membeli rumah pada harga RM99,000 walaupun harga pasaran melebihi RM200,000.

Jelasnya, projek Rumah Selangorku yang dilancarkan baru-baru ini akan dijual dengan harga kos.

“Adalah dijangkakan subsidi potongan harga yang dinikmati oleh pembeli kali ini akan melebihi dari RM30,000 yang diberikan oleh program MyHome,” kata beliau lagi.




.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors