RSS

Rupanya Ramai ADUN PR Sendiri Yang Tidak Faham MoU Air, Camanalah Nak Jadi MB, Sedangkan Premis Parti Negeri Sendiri Pun Di Sita Sebab Sewa Tak Bayar!!!




ADUN asak MB bertalu-talu isu MoU air




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diasak bertalu-talu oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor sewaktu usul supaya kebajikan rakyat Selangor dijamin dalam pelaksanaan loji rawatan Langat 2 dibentangkan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).




Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa, kiri) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) seorang demi seorang menghamburkan soalan kepada Khalid sewaktu membahaskan usul itu.


Yeo sewaktu mencelah ucapan Khalid menyifatkan suasana rundingan penstrukturan air dengan pusat dan pembinaan empangan Langat 2 ibarat berlangsung di dalam 'kotak hitam'.

“Rundingan ini ibarat berlaku di dalam kotak hitam..." kata Yeo yang tidak sempat menghabiskan kenyataannya dan dipotong Khalid.

Azmin pula sebelum itu meminta Khalid menjelaskan klausa berkaitan pembinaan Langat 2 dalam MOU penstrukturan air baru-baru ini yang menurutnya tidak boleh dihapuskan dan mengikat kerajaan Selangor dari segi undang-undang.

Sementara, Lau Weng San pula meminta Khalid menjelaskan persediaan kerajaan negeri sekiranya syarikat konsesi air mencabar Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) di mahkamah.

Khalid sewaktu memotong celahan Yeo menegaskan, beliau bertanggungjawab membuat keputusan ketika rundingan dan bukan hanya orang tengah dalam perbincangan dengan pusat.

'Saya bertanggungjawab'

Jelas Khalid, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat dengan kerajaan Persekutuan, mendapatkan butir perbincangan dan membawanya kembali ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diputuskan.

Jelasnya, peranan sama dimainkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili yang diberikan kepercayaan oleh kabinet untuk rundingan itu.

"Rekod lampau saya dalam pelaburan, perolehan (syarikat), dan penggabungan saya rasa boleh membantu perbincangan ini.

"Saya tak boleh jadi orang perantara, (dan kemudian) nanti saya balik ke dewan (untuk berbincang).


"Kabinet pun memberi kuasa kepada menteri untuk membuat perjanjian.
 
"Saya akan bertanggungjawab dengan menteri untuk berhadapan dengan anda semua, dan menteri akan bertanggungjawab dengan saya untuk berhadapan dengan kabinet," katanya.


Yeo kemudian cuba mencelah lagi, termasuk dengan ungkapan "with due respect" (dengan penuh hormat).

Tiada rasa hormat, bidas Khalid

Namun, Khalid menganggap celahan itu membawa maksud berbeza.

"Anda sebenarnya tiada rasa hormat apabila menggunakan istilah 'dengan penuh rasa hormat'," bidas Khalid.
 
Menjawab soalan Azmin pula, Khalid (kanan) menegaskan yang pembinaan Langat 2 masih perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri walaupun ia tidak tertulis dalam MOU itu.

"Itu sebab selepas tandatangan MOU itu berlaku, kerajaan Persekutuan buat susulan dengan kerajaan negeri supaya bersama-sama buat perjanjian dinamakan heads of agreement.

"Dia minta kerajaan negeri berikan kelulusan supaya ada kelulusan ambil tanah untuk Langat 2.

"Bererti kerajaan persekutuan memahami untuk menyiapkan Langat 2 perlu dapat kelulusan kerajaan negeri yang tak tertulis dalam MOU," tegas Khalid.

Menjawab soalan Lau pula, Khalid menerangkan yang pihaknya sedang bekerjasama dengan pusat untuk memastikan syarikat konsesi menerima tawaran pengambil alihan syarikat mereka.

Usul tersebut akhirnya diluluskan selepas perbahasan tersebut.



Dalam Isu Yang Sama, Tender terbuka Langat 2, ADUN BN dicabar letak jawatan
 
SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Selangor dicabar untuk keluar Umno jika projek Langat 2 tidak dilaksanakan melalui tender terbuka.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali (PKR) berkata, langkah itu perlu dilakukan sebagai bukti ADUN Barisan Nasional (BN) memang mengambil berat soal kos projek berkenaan.

Katanya, wakil rakyat BN Selangor juga perlu menunjukkan ketegasan kepada Kerajaan Pusat berhubung pendirian berhubung kos terbuka.

“Sungai Burong (BN-Datuk Shamsudin Lias) dan Permatang (BN-Sulaiman Abdul Razak) berhujah ingin jadi juara kos, kali pertama Umno ambil berat pasal kos.

“Tetapi apakah mereka berani beritahu Kerajaan Pusat supaya sesiapa yang dianugerahkan tender untuk Langat 2 perlu melalui tender terbuka.

“Berani bagi jaminan, kalau tidak buat macamana? Ingin keluar Umno,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan menyokong usul yang dibawa ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berhubung pelaksanaan projek Langat 2.

Pada masa sama, Azmin turut mendesak wakil Umno supaya menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak mengaklasifikasikan perjanjian projek Langat 2 di bawah Akta Rahsia Rasmi.


“Harap Ketua Pembangkang dapat desak Kerajaan Pusat jangan sorok tetapi bersikap terbuka dan telus serta tidak terikat dengan Akta Rahsia Rasmi.

“Ini hak setiap rakyat Selangor untuk tahu tender, kos dan segala butiran untuk memastikan tarif air tidak dinaikkan keterlaluan pada masa hadapan.

“Perlu ditegaskan, kami tidak menolak pembangunan tetapi mahu manfaatnya dibuat memberi kebaikan kepada rakyat, bukan kroni,” katanya.




.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors