RSS

Krisis Air: Kerajaan Pusat Patut Bertanggungjawab, Wajib Sedia Perancangan



SHAH ALAM 20 APRIL: Pihak yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya berhubung isu ketiadaan air di beberapa negeri termasuk di Selangor ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, sebagai menteri persekutuan, Dr. Ongkili seharusnya mempunyai perancangan untuk diberitahukan kepada rakyat seluruh negara mengenai pengurusan air di setiap negeri.

Zaid memberi contoh, setiap kerajaan negeri mempunyai program catuan air sendiri untuk menangani kekurangan sumber itu, tetapi apa yang Kerajaan Persekutuan lakukan di negeri yang mengalami masalah air kronik seperti Selangor, Kelantan dan Melaka.

“Tidakkah beliau berasa bertanggungjawab untuk memberitahu kepada rakyat mungkin kerajaan atau kementeriannya mempunyai cara yang sistematik untuk memastikan tidak berlaku masalah kekurangan bekalan air sebagaimana dihadapi beberapa negeri.

“Atau jika kerajaan tidak mempunyai sebarang alternatif bagi mengatasinya, sekurang-kurangnya beliau mempunyai perancangan menyeragamkan tarif air supaya lebih adil dan tidak membebankan rakyat,” katanya dipetik portal MalaysiaGazette.

Zaid berkata, dalam keadaan rakyat berdepan dengan masalah ketiadaan bekalan air sekarang dan berpanjangan seperti dihadapi di Selangor yang terpaksa membuat catuan sehingga berlarutan hampur tiga bulan, mereka mengharapkan sesuatu yang baik daripada Kerajaan Persekutuan.

Sudah tentu, katanya, antara menteri yang diharapkan oleh rakyat ialah Dr. Ongkili kerana beliau menjaga kementerian berkaitan dengan tenaga dan sumber air, yang boleh memberi jaminan dengan menunjukkan keseluruhan pelan jangka panjang dan jangka pendek bagi menangani isu kritikal ini.

“Sekurang-kurangnya Dr. Ongkili atau timbalannya jarang-jarang sekali muncul di televisyen untuk menjelaskan apa yang Kerajaan Persekutuan, jabatan dan agensi bawah kementerian lakukan bagi mengatasi masalah kekurangan dan ketiadaan air,” katanya.

Masaalah yang sama juga berlarutan sejak sekian lama di Negeri Pahang termasuk Pekan yang diwakili oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Video dibawah menggambarkan kesulitan yang dihadapi Rakyat Pahang,,,






 .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors