RSS

KEMENTERIAN PELANCONGAN : NG YEN YEN, JUNIE EWE & KONTRAK


Siapa Junie Ewe?

Kata Menteri Pelancongan Ng Yen Yen, Junie Ewe adalah rakan karib beliau.

Tetapi penulis akhbar The Sun hari ini memberi gambaran bahawa Junie Ewe lebih dari seorang rakan kepada Ng Yen Yen.

Menurut penulis tersebut, Junie Ewe merupakan konsultan kepada sebuah syarikat yang bernama Impact Creations yang diberi kontrak oleh Kementerian yang diterajui oleh Ng Yen Yen untuk iklan-iklan pelancongan di Kementerian beliau.

Baca artikel The Sun ini di SINI:

"Everyone believes Tourism Minister Datuk Dr Ng Yen Yen when she says she is not involved in the tender selection process. Everyone wants to agree that the successful bidders including Impact Creations were selected purely on merit and nothing else. Everyone wants to agree when the minister’s friend, Junie Ewe, declares that her company did not bid for the job directly to avoid putting Ng in a difficult position. But she’s a consultant to the successful bidder and as a matter of fact, they share the same office and phone number. Of course, we are expected to say: "Yes, minister!" when Ng declared that "Junie (Ewe) is a friend from our women’s work."

Nampaknya umno/bn masih belum berubah. Kedua-dua Menteri Pelancongan terdahulu - Tengku Adnan Tengku Mansor dan Azalina Othman Said - juga diselubungi kontroversi. Ia memberi gambaran seolah-olah Kementerian Pelancongan umpama lubuk emas kepada Menteri-Menteri Pelancongan.

Sementara Ng Yen Yen tidak sunyi dari kontroversi. Banyak masa beliau dihabiskan di benua Eropah, Australia, China dan Amerika. Jarang benar kita mendengar Ng Yen Yen mempromosikan Malaysia di Bangladesh, Kampuchea, India atau Pakistan.

Lihatlah pada Nor Mohamed Yakcop.Bekas Setiausaha Sulit beliau didakwa di mahkamah kerana pemindahan wang haram sebanyak RM2.1 juta. Tetapi Nor Mohamed Yakcop masih lagi Menteri dan membuat keputusan-keputusan penting melibatkan khazanah negara.

Begitu juga dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan yang didapati menghantar RM10 juta melalui penukar wang asing (money changer). Beliau masih lagi Menteri Besar serta pengerusi Felda.

Yang dikenakan tindakan ialah 41 penukar wang asing yang hidup mereka bergantung kepada komisen. Tuan punya wang masih berjawatan tinggi.

Siapa kata umno /bn akan berubah..mungkin mereka berubah bila mereka rebah nanti..


0 Responses to "KEMENTERIAN PELANCONGAN : NG YEN YEN, JUNIE EWE & KONTRAK"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors