RSS

Anak YB Iskandar, Exco Selangor Ditumbuk Dan Ditikam!



Serangan Ke Atas Anak YB Iskandar A. Samad : Polis Digesa Menyiasat Dari Segala Sudut.

Saya amat berharap pihak Polis akan menyiasat dari segala sudut di dalam kejadian serangan ke atas anak saya di Pulau Pinang awal pagi Rabu.

Anak saya seorang pelajar semester kedua sebuah IPTA telah ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi di sebuah pangsapuri di Seberang Jaya yang disewanya bersama 2 orang pelajar lain.

Pada lebih kurang jam 3 pagi, lima orang lelaki berjaya memasuki pangsapuri itu setelah mengaku diri mereka anggota Polis.

Setelah dibenarkan masuk, mereka telah menggari 2 orang rakan anak saya dan terus menyerang dan menikam anak saya.

Selepas mencederakan beliau, mereka telah membawa lari komputer riba, telefon bimbit dan dompetnya.

Pada pendapat saya, kejadian ini bukan kes rompakan biasa kerana,

1) Mereka datang ke pangsapuri itu bertujuan untuk mencari anak saya dengan memanggil nama penuhnya.

2) Mereka hanya menyerang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

3) Mereka hanya membawa lari barang-barang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis yang sedang menjalankan siasatan.

Saya amat menghargai akan kerjasama pihak Polis yang memaklumkan kepada saya status penyiasatan yang sedang berjalan.

Walau bagaimanapun saya berharap pihak Polis akan menyiasat dari semua sudut termasuk sudut politik.

Lebih-lebih lagi kita berada di dalam suasana di mana pihak media setiap hari meniup api permusuhan di kalangan rakyat dengan pembohongan bahawa terdapat pihak yang mahu mencetuskan huru hara. Mereka juga sentiasa berusaha untuk melaga-lagakan rakyat dengan hasutan-hasutan yang meracuni fikiran mereka.

Tetapi walau apa sekalipun motif serangan tersebut, saya berharap mereka yang bertanggung jawab akan ditahan dan didakwa secepat mungkin demi keselamatan pelajar-pelajar lain dan masyarakat di Seberang Jaya amnya.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah menyelamatkan anak saya dari kecederaan yang lebih parah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau ketika saat yang mencabar ini terutamanya kakitangan institut pengajian tinggi beliau, pihak hospital, pihak Polis, rakan-rakan beliau dan orang ramai yang telah sudi membantu.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan /
ADUN Chempaka
1 Julai 2011


.


1 Responses to "Anak YB Iskandar, Exco Selangor Ditumbuk Dan Ditikam!"
Zamil Mail said...

makin ditekan.. makin rakyat bangun melawan..makin ramai pemimpin PR ditangkap.. makin kemuncak meluat rakyat... Perkasa buat perhimpunan diKelab Sultan Sulaiman, Kg Baru KL sambil membakar semangat rasis melampau dan bakar foto Datuk Ambiga diberikan permit...pemuda Umno kepung, halang lalu lintas dan ugut nak lenyapkan bangunan PKR tengah malam buta polis hadir buat buta..dizinkan dan tiada sebarang tindakan diambil..semalam di Pulau Pinang Pemuda Umno, Perkasa, KIMMA dan beberapa NGO mesra UMNO buat kecoh, sekat lalu lintas sampai traffic jam selama beberapa jam, tutup laluan jambatan Pulau Pinang, pecahkan cermin beberapa buah kereta.. polis hanya memerhatikan sahaja..bukan tutup sebelah mata.. tetapi tutup kedua belah mata, telinga dan mulut...TANDA-TANDA KERUNTUHAN SEBUAH KERAJAAN YANG AMAT ZALIM..


July 1, 2011 at 10:40 PM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors