RSS

PRU 13: Tauke - Tauke Tak Mahu Sponser, Najib Pening Kepala!



Najib dan Umno sekarang ini sedang berusaha mencari Dana Pilihanraya yang dianggarkan mencecah berbilion Ringgit.  Setiap seorang calon ahli parlimen sahaja akan diberi peruntukan RM2.5juta… itu belum lagi wang yang hendak di’rasuah’kan kepada pengundi… kos logistik, kos menggerakkan jentera dan sebagainya…

Dan yang paling merunsingkan Najib dan Umno sekarang ini adalah masalah mendapatkan sumber kewangan, terutamanya dari ‘tauke-tauke’ besar sepertimana yang berlaku pada pilihanraya2 yang lepas.

Dahulu, ‘tauke-tauke’ ini  memberikan sumbangan kepada UmnoBn.   Tetapi kali ini, masalah besar timbul apabila mereka tidak lagi mahu memberi sumbangan kepada UmnoBn atas sebab-sebab yang agak rahsia, tetapi berkaitan dengan kepentingan diri mereka sendiri.

Najib Sedang Kais Pagi Dan Petang

 
Sekarang ini sudah jelas kelihatan Najib dan konco-konconya sedang berusaha untuk mengaut sebanyak mungkin dana yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya.
  • Dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) sahaja, dijangkakan modal berbayar pada nilai par FGVH ialah RM6 billion dan dijangkakan akan melonjak kepada RM20-21 billion dalam jangkamasa terdekat pasca penyenaraian.
Walaupun terbukti penyenaraian FGVH ini akan menghancurkan kehidupan peneroka di masa akan datang, tetapi dalam masa penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan diberi puluhan ribu ringgit untuk mengaburi mata mereka.
  • Najib dan UmnoBn juga akan menggunakan RM1.5 bilion daripada dana KWSP untuk membantu membiayai skim pembelian rumah kos rendah.
Wang ini sudah semestinya akan disalurkan sebaik sahaja projek perumahan itu diluluskan untuk pembinaan.  Dalam masa pembinaan yang memakan masa bertahun, wang RM1.5 bilion tersebut akan digunakan dahulu sebagai dana pilihanraya.
  • Business Times melaporkan semalam bahawa Khairy telah dimanfaatkan untuk mengetuai Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebagai satu langkah untuk memastikan Ketua Pemuda Umno itu yang tidak mempunyai jawatan rasmi di luar UmnoBn mendapat jawatan di dalam kerajaan bagi mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU13.
Perlantikan Khairy sebagai Pengerusi PUNB akan memberi manfaat kepada Umno bukannya kepada Melayu dan ia akan menjadi satu langkah ke belakang untuk masyarakat Bumiputera, kerana dengan perlantikan itu jelas menunjukkan bahawa kepentingan fahaman politik, tidak berkeupayaan dan pengalaman diberi jawatan tertinggi dalam GLC kerajaan.

Kerugian Melampau


  • Dalam satu kenyataan, syarikat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd telah mencapai kerugian sebelum cukai sebanyak RM84.054 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011.  Dan pendapatan syarikat telah berkurangan kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion tahun sebelumnya.
  • Scomi Engineering Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM70.721 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011.  Pendapatan susut kepada RM303.65 juta.
Scomi Marine Bhd pula mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM116.47 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2011.  Hasil jatuh kepada RM390.82 juta daripada RM409.029 juta setahun yang lalu.
  • Semalam satu pengumuman mengejutkan apabila kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya, Malaysian Airline System Bhd (MAS) yang menyatakan bahawa MAS mencatatkan kerugian besar sebanyak RM2.52 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011.  Bagi suku keempat, syarikat penerbangan nasional itu mencatatkan RM1.28 bilion dalam kerugian bersih, pada perolehan sebanyak RM3.68 bilion.
Apakah segala kerugian besar yang diumumkan ini ada kaitan dengan PRU 13 yang akan datang ?!!!

Segala-galanya ada berkaitan dengan dana Pilihanraya umnoBn ?!!! 




. 
Continue Reading... Labels: , , , ,


Jingga 13 Hantar Memorandum ke Kedutaan Palestin



Jingga 13 hari ini menghantar memorandum dan bukti adanya kerjasama perdagangan diantara kerajaan malaysia dengan syarikat pekapalan milik negara haram Israel.

Penyerahan memorandum itu dimulai selepas menunaikan solat Jumaat di masjid tabung haji sebelum mereka beramai-ramai bergerak ke kedutaan Palestin di jalan U-thant Kuala Lumpur.

Jingga 13 menyerahkan memorandum dan bukti tersebut sebagai tanda sokongan dan soladirasi kepada rakyat Palestin yang diperlaku secara kejam oleh tentera-tentera Israel.

Penyerahan memorandum itu juga adalah untuk meminta campur tangan dari kerajaan Palestin supaya memberi tekanan dan desakan kepada kerajaan malaysia agar hubungan niaga antara negara malaysia dan Israel dihentikan.

Selain Jingga 13, NGO-NGO lain yang terlibat sama dalam menjayakan penyerahan memorandum tersebut ialah AIC Malaysia (Anwar Ibrahim Club), Mapim (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) Dewan pemuda PAS, SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia), Activis 901 dan beberapa badan NGO lain.

Diharapkan dengan penyerahan memorandum tersebut, hubungan dagang antara Israel dan Malaysia akan dihentikan sebagai tanda sokongan kepada rakyat palestin.
 
 Sumber ~ Tukang Lawan
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Lantik "RAJA PORNO" Jadi Presiden umno, DAP Tibai Mahathir



SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai "lidah bercadang" agar menamakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Presiden Umno.

"Ada dicadangkan agar respons kepada cadangan Tun Dr Mahathir bahawa saya sepatutnya dijadikan Presiden Pas, adalah sama ada Mahathir akan mengesyorkan agar Datuk Seri Chua Soi Lek  menjadi Presiden Umno," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir ekoran Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang bersetuju jawatan Timbalan Presiden Pas dipegang oleh bukan Islam jika ada tuntutan dan keperluan.


“Apapun, kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan semua ‘Tun serta anak dan cucu’ mereka perlu disiasat ekoran dakwaan negara kehilangan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya lebih menarik perhatian saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ahli Parlimen veteran ini berkata, semua Tun dari zaman Dr Mahathir seharusnya bersuara sama ada mereka bersedia menyokong penyiasatan penuh kehilangan wang ini sepanjang pemerintahan Perdana Menteri ke empat.


“Biarlah (bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam, Tun Daim Zainuddin, Tun Ling Liong Sik dan Tun Lim Keng Yaik bersuara sama ada menyokong atau tidak (penyiasatan ini),” katanya.


Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir sama ada ia melibatkan semua bekas Perdana Menteri termasuk anak mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan sekarang.


“Biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercakap dan menjelaskan perkara ini, mereka berdua anak Perdana Menteri kedua dan ketiga,” katanya.

Jelas Kit Siang lagi, dengan kenyataan Dr Mahathir itu, adakah beliau benar-benar sudah bersedia disiasat bersama-sama dengan semua berpangkat Tun serta anak dan cucu mereka.

“Tun serta anak dan cucu yang lain tidak akan sesekali bersetuju dengan sebarang penyiasatan penuh yang dicadangkan ini. Jadi adakah Dr Mahathir terlalu yakin bahawa beliau akan memperoleh kekebalan dan sewenang-wenangnya bebas dari dakwaan kehilangan RM100 bilion ini?”
katanya.



.
Continue Reading... Labels: , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors