RSS

Penyeludupan Manusia, Kontingen Polis Perlis Patut Di Gantung Tugas!



KLANG, 31 MEI: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa seluruh kontinjen polis di Perlis digantung tugas sehingga isu pemerdagangan manusia di Wang Kelian dan Padang Besar selesai dibuat. Dalam kenyataannya hari ini Charles berkata, tidak masuk akal apabila polis menyatakan hanya dua anggota yang terlibat dalam jaringan penyeludupan manusia tersebut.

“Ini tak masuk akal. Ribuan ditahan dalam keadaan yang teruk. Ada yang diseksa dan dirogol. Ramai yang dibunuh.

“Penduduk tempatan sendiri turut melapor dan menyerahkan mereka kepada pihak polis,” kata Charles.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata bahawa ‘semua orang tahu tentang aktiviti penyeludupan’ di Wang Kelian dan Padang Besar. Namun, beliau kemudiannya mengubah nada dengan menyatakan hanya dua anggota polis Malaysia terlibat dalam rangkaian penyeludupan manusia. 

“Mereka (polis) memberi akses kepada pemberita ke tapak kem. Namun apabila ditanya soalan-soalan sukar, tiada jawapan diberikan,” ujar Charles. Tenaganita, sebuah NGO yang mengendalikan isu pelarian dan migran sebelum telah melaporkan kepada polis semenjak 2008 mengenai aktiviti pemerdagangan manusia di kawasan tersebut.

“Sudah tentu orang akan berfikir bahawa polis membuat susulan dengan siasatan, namun tidak ada laporan mengenai perkara ini,” kata Charles.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen berkata, perkara tersebut di luar pengetahuan polis, lebih-lebih lagi kem tersebut berada di lokasi yang sukar. Dilihat cuba berundur dari melibatkan polis dan pihak berkuasa lain, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya memainkan peranan kecil. 

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula memalukan dirinya sendiri apabila menyatakan bahawa anggota polis yang ditangkap itu didorong sogokan wang, sehingga tidak menyedari pembunuhan dan penyiksaan di kem tersebut.
 
“Rakyat Malaysia tidak bodoh. Pihak polis mesti menyatakan kebenaran. Kami mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku, hanya akibat ketamakan dan wang.

“Sehingga siasatan selesai, seluruh pasukan polis di Perlis patut ‘digantung’', ujar Charles.




.

Continue Reading... Labels: , , , , ,


Warga Myammar Ketua Sindiket Pemerdagangan Manusia Rapat Dengan Ahli Politik Pulau Pinang Rupa-Rupanya!


EKSKLUSIF: KUALA LUMPUR: Lelaki ini dilihat sebagai dermawan di kalangan masyarakat kerana sering membantu rakyat senegaranya yang kurang bernasib baik tetapi apa yang tidak diketahui adalah bekas pelarian Myanmar ini bersama rakan niaganya warga Malaysia memperoleh keuntungan berjuta daripada kesengsaraan mereka yang diperdagangkan.

Mereka dikaitkan dengan isu pemerdagangan warga Rohingya dan Bangladesh ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut sumber, pihak berkuasa menjejaki dua lelaki ini, berusia lewat 40-an dan 40-an, boleh ditahan di bahawa undang-undang tahanan pencegahan tidak lama lagi.

Kedua-dua meeka dikatakan merupakan individu yang dikenali di George Town dan gaya hidup bersahaja mereka.

Dermawan dari Kepala Batas itu mewujudkan pangkalan di sini sejak dua dekad lalu dan terlibat dalam pengeluaran MyKad dan dokumen pelarian UNHCR palsu untuk warga Rohingya yang masuk ke negara ini secara haram.

Dia yang memiliki status penduduk tempatan mempunyai hubungan baik dengan beberapa ahli politik tempatan dan menggunakan sifat dermawannya bagi menutup aktiviti haramnya dengan memberikan sumbangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan badan keagamaan di Pulau Pinang.

"Kita sedang melihat tentang bagaimana kedua-dua ini mengadakan hubungan dengan satu sindiket antarabangsa bagi pemerdagangan manusia," kata sumber itu.

Tambahnya, pegawai bersenjata yang berkhidmat untuk pedagang haram itu akan menyamar sebagai anggota tentera bagi menggelakkan ia dikesan oleh pegawai tentera yang membuat pemantauan di sempadan.



Kegiatan pedagang haram itu dikesan dua tahun lalu selepas pihak berkuasa memperoleh maklumat daripada 'tonto' (orang tengah) warga tempatan yang diupah dan daripada pendatang haram di depot tahanan, kata sumber itu. 

Sumber itu berkata, dermawan dan ahli perniagaan itu mengupah orang tempatan untuk menyeludup diesel, beras dan barangan lain antara Malaysia dan Thailand. 

Mereka kemudiannya bergerak melakukan pemerdagangan manusia kerana pulangannya lebih baik, terutama sejak tempat pengambilan di sepanjang sempadan diuruskan oleh anggota sindiket warga Thailand yang bersengkongkol dengan mereka. 

Satu tempat pengambilan mengambil masa dua setengah jam bagi berjalan kaki dari tapak kem di mana kubur secara besar-besaran ditemui di Bukit Burma dan satu lagi melibatkan perjalanan dua hari ke Padang Besar melalui ladang tebu. 

Sumber berkata, pendatang tanpa izin Rohingya dan Bangladesh dipaksa membuat bayaran sebanyak RM7,000 setiap seorang kepada anggota sindiket antarabangsa bersenjata setibanya mereka tiba di sempadan. 

Mereka yang gagal untuk berbuat demikian akan dibunuh atau dibiarkan mati kebuluran.

'Tebusan' itu dibayar seperti berikut: 

- Warga Thailand mengambil antara RM1,000 dan RM1,500 seorang dan memberikan bakinya kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan di George Town. 

- 'Tonto' yang diupah oleh ahli perniagaan itu untuk membawa pendatang ke Pulau Pinang dan Sungai Petani memperoleh RM100 seorang pendatang, di mana bayaran itu akan dimasukkan ke akaun bank selepas menghantar mangsa-mangsa. 

- Sebahagian daripada baki bayaran itu digunakan untuk merasuah agensi penguatkuasaan dan dalang sindiket akan mengambil selebihnya. 

Sumber berkata, kebanyakan 'tonto' adalah golongan muda yang menganggur dan berhadapan dengan masalah kewangan selepas meninggalkan rumah mereka di Kuala Perlis dan Padang Besar. 

Seorang 'tonto' boleh memperoleh sehingga RM1,500 bagi setiap perjalanan yang boleh memuatkan 15 pendatang dalam satu van. 

Sumber berkata, mereka yang ditahan hanyalah orang bahawan sejak kubur besar-besaran di kedua-dua bahagian sempadan dibongkarkan dan orang atasan yang mempunyai kaitan dengan sindiket masih lagi bebas. 

Adalah sukar untuk membanteras kesemua penjenayah ini kerana tonto akan diberikan kad SIM telefon mudah alih yang berbeza bagi setiap perjalanan, dan menghapuskan kad yang digunakan sebaik sahaja mereka menghantar pendatang.


Sumber menambah, sebahagian pendatang haram akan dihantar untuk bekerja dengan bayaran murah di kawasan pembinaan manakala yang lain dihantar ke kawasan penduduk Myanmar di Kuala Perlis untuk didagangkan.

Pada 16 Mei lalu, pada pukul 10.15 pagi, sekumpulan anggota Pasukan Gerakan Am menemui sebuah kem dengan empat lelaki di sepanjang sempadan.


Keempat-empat warga asing itu melarikan diri tetapi polis berjaya merampas pakaian seragam tentera, makanan, sekeping pasport antarabangsa Vietnam dan kanvas.





.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Pokok Ganja Di Tanam Sebagai Pokok Hiasan Perbandaran





ASTANA, KAZAKHSTAN – Pihak berkuasa majlis perbandaran di ibu negara Kazakhstan pada Rabu melancarkan satu siasatan terperinci susulan penemuan ribuan pokok ganja hidup subur menghiasi kawasan hijau di pusat bandar raya itu.

Terdahulu, penduduk tempatan di Astana, menyedari bau-bauan aroma luar biasa ketika mereka berjalan di Auezova Street sehingga menyebabkan ramai mengadu pening kepala selain berkhayal macam penagih dadah.

Keadaan itu mengakibatkan ramai memaklumkan kepada pihak berkuasa majlis tempatan dan akhirnya setelah disiasat pegawai bahagian landskap, baharulah diketahui tanaman hiasan terbabit sebenarnya ialah marijuana!



Majlis bandar raya Astana segera mengarahkan penyiasatan dilakukan ekoran penemuan amat mengejutkan itu yang menyaksikan sepanjang jalan utama tersebut ditanam ribuan spesies kanabis diharamkan pemerintah.

Siasatan awal merumuskan pokok ganja berkenaan mungkin ditanam secara tidak sengaja oleh pekerja landskap majlis tempatan yang tidak tahu ia adalah tumbuhan narkotik atau memang ditanam sindiket dadah tertentu.

Seorang jurucakap firma kontraktor perkhidmatan tanaman bandar, Zelenstroy yang mendapat tender landskap oleh majlis tempatan berkata, mereka turut menjalankan siasatan dalaman terhadap semua pekerja terlibat.



“Jika benar itu memang sah ganja, kami tidak teragak-agak membuang tumbuhan marijuana tersebut dengan segera dan digantikan kepada pokok hiasan lain,” tegas jurucakap berkenaan dalam satu kenyataan media.

Seorang penduduk awam, Mihail Malorod yang merupakan individu pertama menyedari pokok narkotik itu mendakwa, tanaman spesies kanabis itu juga ditanam subur di sepanjang bahu laluan Dzhangeldina Street.

Astana yang menggantikan Almaty sebagai ibu negara baharu Kazakhstan sejak 1997, merupakan bandar raya terancang dengan banyak landskap tanaman menghiasi seluruh kawasan pentadbiran.

 – Agensi







.
Continue Reading... Labels: , ,


BR1M 2015. Ketahuilah Anda Layak Menuntut Skim Khairat Kematian BR1M 2015!




Seperti di bantuan rakyat satu malaysia br1m2014,BR1M 2015 juga turut diberi skim perwarisan iaitu skim khairat kematian di mana waris kepada si mati yang menerima br1m akan boleh tuntut dan terima wang sebanyak RM1000
Skim Khairat Kematian BR1M 2015
Skim khairat kematian br1m 2015 ini akan berkuat kuasa mulai 1 januari 2015 hingga hujung tahun 2015.walaubagaimana pun,skim khairat kematian ini hanya layak bagi penerima br1m 2015 yang berstatus berkeluarga serta warga emas.yang bujang jangan minta maaf. 
Seperti yang semua sedia maklum,setiap penerima berstatus keluarga dan warga emas di wajibkan mengupdate permohonan masing-masing dengan mengisi bahagian C iaitu bahagian perwarisan.
DOKUMEN DAN CARA TUNTUT SKIM KHAIRAT KEMAITAN BR1M 2015:
Waris yang telah di namakan oleh si mati perlu mengunjungi mana-mana cawangan banks simpanan nasional (BSN).tuntutan akan dibuka mulai 2 februari 2015. 
Waris hanya perlu membawa IC/My Kad dan juga Surat Kematian atau Sijil Kematian. 
Baki br1m si mati yang belum disalurkan juga boleh dituntut oleh waris dengan mengunjungi mana-mana cawangan banks simpanan nasional (BSN) dengan membawa IC sendiri dan sijil kematian si mati. 
Untuk sebarang kekeliruan atau ketidak fahaman anda boleh terus menghubungi hotline 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun melalui e-mel pada br1m@treasury.gov.my.
Continue Reading... Labels: , ,


Rohingya... Fakta Dan Pembohongan Media Tentang Pembunuhan Di Arakan




Banyak pihak yang resah akan berita pembantaian Umat Muslim di Birma yang di beritakan dengan foto2 yang ternyata adalah HOAX Berita ini bahkan disebarkan oleh website-website pro ISLAM yang notabenenya adalah Islam garis keras .

Kami menduga hal ini dilakukan untuk menggalang dana donasi, ajakan Jihad dan membuat suasana harmonis antar agama di Indonesia supaya HANCUR

Gambar 1: Di beberapa website/Media PKS dikatakan ini adalah korban pembantaian biksu budha terhadap Umat Muslim bahkan anak-anak tidak luput dari pembantaian ini, padahal FAKTANYA adalah: Ini adalah foto saat para biksu sedang membantu korban bencana alam di China, beberapa waktu lalu.

burma 1
Hoax disebarkan oleh penghasut Voa-islam.com

Gambar 2: Disebarkan bahwa orang di foto ini telah tewas saat dirinya sedang membela kepentingan ISLAM di birma, ternyata FAKTA kenyataannya adalah: Orang tersebut beragama budha dan masih hidup sampai saat ini.

Kiri hoax, kanan FAKTAnya




Kiri hoax, kanan FAKTAnya

Gambar ke 3: Rangkaian foto ini katanya ini adalah salah satu foto mengenai pembantaian para pria muslim di Birma INI ADALAH HOAX, sebenarnya ini adalah kejadian tahun 2004 di thailand demonstrasi anarkis Islam garis keras yang ditahan pihak berwajib di thailand, dan sama sekali tidak ada yang di bunuh atau terluka parah di kejadian ini.
burma 3
burma 5
HOAX ala VOA-ISLAM yang ingin menyulut perpecahan umat beragama di Indonesia




HOAX ala VOA-ISLAM
yang ingin menyulut perpecahan umat beragama di Indonesia
burma 8


FAKTA TIDAK ADA YANG MATI TAPI DITANGKAP

burma 7

FAKTA TIDAK ADA YANG MATI TAPI DITANGKAP

burma 9

FAKTA TIDAK ADA YANG MATI TAPI DITANGKAP

Gambar 4: foto dibawah dikatakan sebagai perang antar umat beragama di birma (Budha vs ISLAM) padahal kenyataannya ini adalah kejadian demonstrasi di thailand tahun 2007 karena KENAIKAN BBM.
FAKTANYA : kejadian demonstrasi di thailand tahun 2007 karena KENAIKAN BBM.

FAKTANYA : kejadian demonstrasi di thailand tahun 2007 karena KENAIKAN BBM.

Gambar 5: DIkatakan juga ini adalah foto korban pembantian di burma oleh para biksu terhadap umat muslim, padahal sebenarnya ini adalah kejadian tahun 2007 disaat seorang penganut Jihad ISLAM melakukan pengeboman bunuh diri di sebuah wilayah di burma timur yang padat penduduk, korbannya bukan hanya muslim tapi juga umat budha.

BIRMA 2
FAKTANYA: padahal sebenarnya ini adalah kejadian tahun 2007 disaat seorang penganut Jihad ISLAM melakukan pengeboman bunuh diri di sebuah wilayah di burma timur yang padat penduduk, korbannya bukan hanya muslim tapi juga umat budha.


Gambar 6: voa-islam menuliskan ini adalah korban pembakaran hidup-hidup umat muslim di burma, padahal ini adalah foto korban terbakarnya kilang minyak di Kongo tahun 2010
Gambar 7: lagi Fitnah yang beredar disebarkan media penyebar fitnah mengenai jenazah pembantaian umat muslim di birma, padahal ini adalah foto korban bencana alam (badai Nargis di tahun 2008)
FAKTANYA: padahal ini adalah foto korban bencana alam (badai Nargis di tahun 2008)


FAKTANYA: padahal ini adalah foto korban bencana alam (badai Nargis di tahun 2008)
Gambar 8: Foto yang disebarkan sekali lagi oleh voa-islam, yang mengatakan para biksu sedang mempersiapkan pembakaran masal untuk menghilangkan bukti pembantaian mereka di birma, yang F

AKTANYA adalah para biksu YANG SEDANG MENGUMPULKAN MAYAT KORBAN BENCANA ALAM DI CHINA.
FAKTANYA: para biksu YANG SEDANG MENGUMPULKAN MAYAT KORBAN BENCANA ALAM DI CHINA.

FAKTANYA: para biksu YANG SEDANG MENGUMPULKAN MAYAT KORBAN BENCANA ALAM DI CHINA.

Pesan kami untuk seluruh keluarga Anti Faker Indonesia, bantulan kami untuk menyebarkan FAKTA dari berita yang disebarkan yang dapat menyulut keharmonisan umat beragama di Indonesia, karena kami banyak menerima permintaan Verifikasi ini dari hampir 80an email dan hampir 300 pesan di FP kami.

Salam damai, salam persatuan.
(WES-Anti Faker Indonesia)






 ,
Continue Reading... Labels: , ,


Mat Sabu Setuju Najib Kekal Sebagai PM



SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu turut menyatakan sokongannya supaya Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah yang timbul bukannya berundur melepaskan diri dari masalah tersebut.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Najib kekal menerajui negara.

“Saya setuju apa yang Ustaz (Abdul) Hadi katakan.

“Beliau (Najib) kena hadapi rakyat untuk selesaikan masalah yang timbul,” katanya.

Menurut Mohamad, adalah lebih baik PRU dipercepatkan dan tidak ditangguh bagi membolehkan rakyat membuat pilihan.
 
 
 
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , ,


SUBHANALLAH! Cucu Di Jaga Dan Di Besarkan Oleh Nenek Bukan Islam...



Tohmahan dan fitnah masyarakat berikutan perbezaan agama serta budaya, menjadi penguat semangat seorang wanita berketurunan Baba dan Nyonya sepanjang membesarkan cucunya yang beragama Islam.

Tan Guan Neo, 71, mengakui lali dengan cemuhan diterima dalam menjaga Fahira Nabila Isham, 19, sejak cucunya itu berusia empat bulan.

Kematian suami, Lee Nyong Jin, pada Januari lalu, Guan Neo yang mempunyai lima anak perempuan berusia antara 39 hing- ga 50 tahun mengakui berdepan pelbagai dugaan apabila masyarakat mengetahui cucunya ber­agama Islam.

"Tiga daripada anak saya memeluk agama Islam, termasuk anak bongsu yang juga ibu Fa­hira.

"Oleh kerana anak saya rae- ngalami masalah kesihatan, saya ambil keputusan membela Fahira ketika masih bayi.

"Orang luar mencemuh konon- nya saya tidak layak menjaga cu- cu beragama Islam tetapi saya diamkan,"
katanya.

Beliau ditemui selepas menjadi antara 10 penerima Anugerah Ibu Cemerlang sambutan Hari Ibu peringkat negeri sempena Program Jelajah Keluarga Bahagia 2015 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh, semalam.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; bekas Ketua Menteri yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusa haan Getah (RISDA), Tan Sri Ab­dul Rahim Thamby Chik, EXCO Wanita, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri, Datuk Latipah Omar serta Pengarah LPPKN negeri, Muhamad Noh Abdullah.

Menyara hidup dengan bekeija di kilang getah di Krubong sebelum berhentl, Guan Neo mengakui dirinya buta huruf tetapi mementingkan penjagaan Fahira, terutama aspek halal makan minumnya.

"Fahira diajar berpuasa seiak usia lima tahun. Soiatnya juga dijaga lima kali sehari kerana saya tahu kewajipan orang Islam," katanya.

Beliau berkata, lama-kelamaan masyarakat menyedari Fahira dididik mengikut kehendak Islam hingga khatam al-Quran tiga ka­li.

Guan Neo turut berulangalik memandu bagi menghantar Fa­hira ke sekolah bagi memastikan cucunya itu mendapat pendidikan sempurna, bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Malim, Se­kolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim dan Sekolah Agama di Paya Krubong.

Fahira ketika ditemui mengesahkan bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MA­RA (UiTM) Jasin dalam jurusan Sains Komputer dan Matematik bulan depan.

"Saya bersyukur kerana dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh nenek dan mendapat pendidikan agama sempurna.

"Nenek pernah rotan saya kerana meninggalkan solat. Agama kami berbeza tetapi nenek tegas dengan saya.

"Bila dah ke universiti, tiada lagi nenek kejut saya bangun sahur dan suap saya makan,"
ka­tanya.



.
Continue Reading... Labels: , , ,


Peluru Berpandu Sidewinder RM74 Juta Ke Malaysia Di Luluskan Obama..



Washington meluluskan jualan senjata baru bernilai jutaan dolar ke Indonesia dan Malaysia minggu ini, lapor majalah isu semasa The Diplomat. 

Undang-undang Amerika Syarikat (AS) mensyaratkan penjualan senjata ke negara asing perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA), yang bertindak sebagai orang tengah antara kerajaan luar dengan kontraktor senjata. 

The Diplomat berkata kelulusan itu sebahagian daripada 5 set jualan senjata bernilai kira-kira AS$3.5 bilion dijelaskan untuk sekutu dan rakan kerjasama AS di Timur Tengah dan Asia Pasifik, termasuk peluru berpandu udara ke udara bernilai AS$21 juta (RM74 juta) untuk Malaysia.

Jualan untuk Indonesia bernilai kira-kira AS$47 juta, membabitkan peluru berpandu udara ke udara jarak dekat Sidewinder dan peralatan berkaitan serta sokongan logistik.  

Laporan itu memetik kenyataan DSCA merujuk Malaysia sebagai “rakan kongsi utama sejak sekian lama dan akan terus menjadi rakan, pasukan penting untuk kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara”. 

Hubungan AS-Malaysia berada pada tahap terbaik dalam tempoh berdekad di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, malah Presiden Barack Obama menjadi presiden AS pertama melawat Malaysia sejak lawatan Lyndon Johnson pada 1966.

Malaysia juga dianggap sekutu penting berikutan AS berharap dapat memuktamadkan perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) untuk menggabungkan 12 negara di rantau Asia Pasifik.

Najib juga dijangka melawat AS lewat tahun ini.




~TMI


.
Continue Reading... Labels: , ,


CELUPAR!. Mencaci KPN.. PDRM Mahu Azmin Ali Mohon Maaf Secara Terbuka...



Selepas mengingatkan mengenai dosa dan tata susila Persatuan Pegawai Kanan Polis mendesak Menteri Besar Selangor Azmin Ali memohon maaf secara terbuka kepada pasukan itu kerana "mencaci dan menyelar Ketua Polis Negara".

Dalam kenyataan dikeluarkan persatuan itu, pengerusinya Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata kenyataan Azmin itu turut terkena kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata Shah Gzali, PDRM adalah pasukan keselamatan yang menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat tanpa berkiblat kepada mana-mana fahaman politik, bangsa atau agama.

"Sebagai menteri besar yang berpendidikan dan berjawatan tinggi, tidak wajar Azmin menggunakan kata-kata sebegitu jelek dan kesat terhadap sesama manusia".

"Tidak seharusnya ceramah politik digunakan untuk tujuan menghasut dan menghina, apatah lagi sebagai satu platform untuk membangkitkan masyarakat terhadap polis," katanya.

Kelmarin dalam ceramahnya Azmin bertanya kepada hadirin jika majlis itu turut dihadiri anggota cawangan khas (SB) polis.

Apabila hadirin menjawab ada, Azmin berkata: "Saya tak takut.
Beritahu ketua polis negara, tolonglah, nak jadi ketua polis yang menjaga keselamatan rakyat atau nak jadi barua Umno dan BN?"

Kenyataan itu disambut sorakan kira-kira 200 hadirin.

Shah Gzali berkata, seluruh warga PDRM berharap Azmin lebih berhemah dan bersopan dalam ceramahnya kerana "bahasa melambangkan bangsa".

"PDRM tidak pernah mencampuri urusan politik dan tidak sesekali berkiblatkan mana-mana parti. Ia jelas dengan perkhidmatan profesional dan kerjasama erat diberikan di negeri diperintah pembangkang," katanya. 


Azmin semasa muda merupakan anak didik dan anak angkat Tun Dr Mahathir

Sebelum ini apa yang admin tahu Azmin Ali tidak pernah sekali pun ditahan atau dilokap. Semasa era reformasi para Reformis dan Pemimpin Pembangkang keluar masuk lokap tetapi tidak berlaku pada Azmin Ali. Semoga Azmin Ali terus berjaya dikarier Politik dan menjadi Pemimpin yang baik dimasa hadapan demi Rakyat Marhaem sesungguhnya.





.
Continue Reading... Labels: , , ,


Skandal Seks Anggota Polis, Sanjeevan kini telah bergelar "DATUK"?



  
Hampir setahun masyarakat dihidangkan dengan drama senetron oleh PDRM dalam kes Skandal Seks yang melibatkan Pegawai Berpangkat Tinggi. Kes ini adalah hasil dakwaan dari Pengerusi NGO Benteras Jenayah, San jeevan.

Timbul persoalan apabila PDRM dilihat seperti ingin menutup kes yang mencemarkan nama baik PDRM terutama menimbulkan trauma kepada ahli keluarga polis yang berpangkat tinggi. Keluarga anggota yang berpangkat mula bertanya satu sama lain, siapakah yang dimaksudkan oleh Sanjeevan itu.

Masyarakat mula mendesak SPRM supaya masuk campur di dalam kes ini. Pelbagai NGO yang perihatin telah pun membuat aduan rasmi di balai polis agar kes dakwaan Sanjeevan ini disiasat dengan telus. Dalam masa yang sama, pihak NGO juga membuat aduan rasmi berhubung dakwaan Sanjeevan yang lain.

Antara dakwaan Sanjeevan yang lain adalah, mantan Ketua Polis mempunyai aset mewah di Singapura dan pembunuhan yang dikatakan dilakukan oleh anak mantan Ketua Polis Negara. Siapakah mantan tersebut?

Kenapa kes dakwaan yang begitu serius ini tidak mendapat perhatian PDRM?

Anihnya, apabila Sanjeevan yang membuat aduan berhubung sesuatu kes, begitu cepat tindak balas PDRM. Rujuk sahaja twitter PDRM yang memberi maklum balas kepada Sanjeevan secara langsung. Apa keistimewaan Sanjeevan kepada PDRM? Apakah kerana bukti bergambar tentang Skandal Seks tersebut masih di tangan beliau dan ada unsur ugutan?
 

Sanjeevan sanggup menipu masyarakat bahawa beliau hadir ke Balai Polis Kajang untuk memberi keterangan tentang dakwaan beliau tersebut, tetapi disangkal oleh pegawai penyiasat. Sanjeevan tidak pernah hadir.

 
Sanjeevan kini telah bergelar "Datuk"?  ~Malaysia Crime






Continue Reading... Labels: , , ,


AL FATIHAH. Nur Atikah Alias, Penuntut Malaysia Meninggal Dunia Dalam Tragedi Kebakaran Hostel Di Moskow



Pelajar perubatan Malaysia Nur Atikah Alias, 25, yang cedera dalam kebakaran di kampus Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia bulan lepas, telah meninggal dunia.

Menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Moscow, Francisco Munis, Nur Atikah meninggal dunia pada pukul 2.30 petang waktu tempatan (7.30 petang waktu Malaysia) hari ini.

Beliau berkata kematian penuntut itu disebabkan komplikasi pernafasan dan lecur di muka, tangan dan kaki dalam kebakaran pada 23 April lepas.

Nur Atikah meninggal dunia di Hospital Skifosovsky Moscow. "Kami (di kedutaan) sedang membantu keluarga untuk membawa mayat Atikah pulang," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sebelum ini dilaporkan kebakaran di asrama 16 tingkat di luar kampus universiti itu berlaku pada pukul 11.30 malam (4.30 pagi waktu Malaysia).

Sejumlah 40 mangsa, termasuk 27 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kebakaran itu.

Munis berkata seorang rakyat Malaysia masih lagi menerima rawatan di unit rawatan rapi di hospital itu sementara beberapa penuntut lain telah dipindahkan ke wad biasa.

Majoriti daripada pelajar Malaysia telah keluar dari hospital, katanya tanpa memberikan jumlah mereka. – Bernama
 
 
 
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors