RSS

Ibrahim Ali Tempelak Kerajaan Negeri Serawak Isu Kenaikan Gaji...wakakaka...



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menempelak kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor termasuk Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker menyifatkan ia boleh tersenarai dalam rekod dunia.

Ibrahim menyifatkan kenaikan 373.3 peratus yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai luar biasa dan tidak terkandung dalam Buku Jingga.

Katanya, wakil rakyat di Selangor perlu berkorban demi rakyat dan bukannya menggunakan dana kerajaan negeri bagi menanggung perbelanjaan mereka.

“Hebat dan luar biasa kenaikan gaji ADUN, menteri besar, speaker dan timbalan speaker dengan kenaikan 373.3%. Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat.

“Apakah ini salah satu janji dalam buku jingga? Saya semak, tidak ada pun. Gaji untuk wakil rakyat boleh dinaikkan tetapi peratusan kenaikan kali ini luar biasa. Boleh masuk dalam buku rekod perniagaan dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, alasan bebanan tugas semata-mata tidak boleh diterima dan dengan kenaikan sebanyak itu, orang kelainan upaya (OKU) pun mahu menjadi wakil rakyat.

“Bukankah wakil rakyat perlu berkorban? Malah harta sendiri juga perlu dikorbankan untuk rakyat. Kalau gaji besar,bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat.

“Orang pekak, bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat. Kalau kerajaan Barisan Nasional (BN) yang naikkan gaji seumpama ini, riuh-rendah mereka serang,” katanya.

Ibrahim mendesak rakyat Selangor membantah kenaikan itu termasuk kakitangan kerajaan supaya mereka mendapat kenaikan gaji sama.

“Mereka juga ada beban tugas lebih daripada wakil rakyat. Inilah yang dikatakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).



Berita terdahulu (pada WEDNESDAY, MAY 22, 2013)

Semua wakil rakyat di Sarawak mendapat nafas baharu untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi apabila mereka bakal menerima kenaikan gaji bulanan tiga kali ganda antara RM9,000 hingga RM26,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Mereka mendapat durian runtuh itu apabila Rang Undang-Undang (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-17 di Kuching semalam.

Rang undang-undang yang meliputi pelarasan gaji, pencen dan ganjaran itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dilakukan oleh Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Soon Koh berkata, wakil rakyat termasuk Setiausaha Politik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Muda, Menteri, Menteri Kanan, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri akan menerima kenaikan sekurang-kurangnya tiga kali ganda atau 200 peratus. 

Beliau berkata, kali terakhir DUN Sarawak membuat pelarasan gaji wakil rakyatnya ialah 21 tahun lalu iaitu pada tahun 1992.

“Pelarasan gaji ini mengambil kira faktor seperti peningkatan kos semasa, tanggungjawab dan cabaran ketika berkhidmat di wilayah yang besar,” katanya.

Mengulas lanjut, Soon Koh memberitahu, gaji Setiausaha Politik akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM9,000, ADUN (RM4,500 kepada RM15,000), Menteri Muda (RM7,000 kepada RM21,000) serta Menteri (9,000 kepada 27,000).

“Gaji Menteri Kanan pula dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM30,000, Timbalan Ketua Menteri (RM11,000 kepada RM35,000) serta Ketua Menteri (RM13,000 kepada RM39,000),” katanya.


Pada masa sama, Soon Koh menjelaskan, pelarasan berkenaan akan mengambil kira tunggakan gaji bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17 juta.




.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Ibrahim Ali - Manusia Yang Tak Tahu Erti MALU


Ketentuan untuk Perkasa telah terpahat. Ianya ditubuhkan tiga tahun lalu oleh sesumpah politik, Ibrahim Ali. Harapan untuk terus bernafas mungkin kurang dari dua tahun. Sebagai satu kemasyghulan kepada orang bukan-Melayu dan ketidakmampuannya mempengaruhi kaum sendiri, Si Batu Api terkenal Malaysia ini akan melihat sendiri kemandulan penyertaan ahli ke dalam pertubuhan pro-Melayu yang dibentuk selepas kejadian pembakaran beberapa gereja tahun 2010 yang lalu.

Dan samada dia akan menutup warungnya atau tidak, Perkasa terlihat berkecai, akibat pemimpin mereka sendiri yang kekurangan buah fikiran, dinamik dan wawasan untuk perjuangan.

Namun begitu, dalam pengertian sebenarnya, Ibrahim Ali yang juga ahli Parlimen Pasir Mas menyalahkan semua orang termasuk orang Melayu di dalam kenyataan terbarunya. Sewaktu memberikan ucapannya di acara Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 pertubuhan itu, Ibrahim mengherdik orang Melayu kerana tidak menyertai secara beramai-ramai pada acara menentang ‘Kristianisasi’ di negara ini.

“Sudah jam 4 petang pun, masih kurang dari 10,000 orang yang hadir. Saya amat malu sebagai seorang Melayu dan Islam. Ke mana perginya orang Melayu kita?” persoal Ibrahim ketika menggulung perbahasannya.

Seperti yang dihujahkan oleh pengamal politik negara, Ibrahim gagal melihat apakah dia turut boleh dipersalahkan kerana kehadiran orang ramai yang kurang di acara Himpun yang memainkan isu kaum itu.

Dengan sokongan dari bekas Perdana Menteri, Mahahtir Mohamad, Perkasa tertubuh dengan gegak-gempita dan dokongan parti UMNO. Namun, kebergantungan yang tinggi menghantui kaum dan agama lain tidak difikirkan.

Hampir tiga tahun berlalu dan Perkasa masih belum mampu mengotakan kata-katanya untuk memperjuangkan hak kaum Melayu untuk lebih sejahtera. Dari satu sisi yang lain, cara berpolitik Ibrahim yang merendah-rendahkan UMNO dan seterusnya ketidakmampuan dalam menuntut kerajaan pimpinan UMNO menggubal dasar-dasar utama bagi memperbaiki keperluan-keperluan untuk orang Melayu, adalah kesilapan besar. Orang Melayu yang selama ini diberikan hak istimewa ekonomi tetap masih antara yang termiskin di dalam negara.

Betul, Ibrahim Ali patut merasa malu terhadap diri sendiri kerana menghalau orang Melayu pergi. Ini menunjukkan masyarakat Melayu menolaknya dan sebagai satu amaran kepada UMNO yang ia tidak lagi mampu menggunakan taktik lapuk menipu orang Melayu.
 
Acara yang dinamakan Perhimpunan Sejuta Umat Islam itu hanya dihadiri kurang dari 5000 orang di stadium Shah Alam, apabila dikesan oleh politikus parti itu yang mempergunakan isu agama sebagai sandaran.

Ibrahim Ali dikatakan sebagai penggalak utama tetapi selepas penganjur acara menghidu gerak-geri dia dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim Zulkifli Nordin, mereka bergegas dihilangkan dari senarai rasmi penceramah.

Pada ketika itu, ianya sudah agak terlambat. Himpun dilihat sebagai sebuah acara politik dan bila PAS mendedahkan yang UMNO cuba menggunakan acara itu untuk sekali lagi menghidupkan kerajaan perpaduan, orang Melayu rasa tertipu dan tidak mengambil pusing tentang acara itu lagi.  

Sewaktu mesyuarat Perkasa beberapa tahun dulu, Ibrahim turut merungut yang orang Melayu hanya tahu meminta-minta untuk ‘sesuatu’ namun tidak mahu bangun melawan mendapatkan hak mereka. Sekiranya orang Melayu terus menjadi pasif, mereka akan dibuli dan merana seperti nasib orang Melayu di Singapura dan Pulau Pinang di mana mereka terpaksa akur dengan orang Cina.

"Namun bila ada pertemuan atau perhimpunan, kenapa ini kenapa itu? Apa pengorbanan kita? Berapa jauh yang sanggup kita lakukan?” kata Ibrahim yang sering menyatakan bahawa dia neutral dalam politik.

Namun orang Melayu hilang kepercayaan terhadap Perkasa yang memperjuangkan kaum Melayu kerana tiada penghasilan dan sering sahaja memperkudakan bangsa dan agama orang lain dalam kegiatannya. Ramai orang Melayu yang turut malu dengan kelakuan perkauman Ibrahim dan sahabat-sahabatnya yang langsung tidak diendahkannya dan malah menyatakan kelakuan ini adalah apa yang diperlihatkan di dalam jaguh orang Melayu.

Orang Melayu mula menjauhkan diri mereka dari Ibrahim yang gagal hadir perhimpunan BERSIH 2.0 untuk pilihanraya bersih dan adil, di mana dia berikrar akan hadir melawan sesiapa sahaja yang mempersoal hak orang Melayu. Bagi ramai orang Malaysia, watak yang dimainkan oleh Ibrahim sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 itu dibuktikan tanpa ragu-ragu yang PERKASA hanyalah alat atau jentera UMNO untuk melemahkan sesiapa yang menentangnya.

Ibrahim Ali telah berbakti lebih dari orang lain menongkat pengertian Mahahtir yang orang Melayu itu lemah, tidak mandiri dan terlalu bergantung kepada pemberian kerajaan dan jika mereka tidak dapat apa yang diinginkan, mereka sanggup menggunakan kekerasan ke atas orang bukan Melayu. Inilah gambaran yang telah Ibrahim dan Mahathir berikan kepada orang bukan Melayu dan gambaran yang sama jugalah yang sedang digunapakai oleh dunia luar tentang orang Melayu di Malaysia.

Sebelum ini Mahathir pernah berkata "Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri."

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).


.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors