RSS

Ibrahim Ali Tempelak Kerajaan Negeri Serawak Isu Kenaikan Gaji...wakakaka...



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menempelak kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor termasuk Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker menyifatkan ia boleh tersenarai dalam rekod dunia.

Ibrahim menyifatkan kenaikan 373.3 peratus yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai luar biasa dan tidak terkandung dalam Buku Jingga.

Katanya, wakil rakyat di Selangor perlu berkorban demi rakyat dan bukannya menggunakan dana kerajaan negeri bagi menanggung perbelanjaan mereka.

“Hebat dan luar biasa kenaikan gaji ADUN, menteri besar, speaker dan timbalan speaker dengan kenaikan 373.3%. Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat.

“Apakah ini salah satu janji dalam buku jingga? Saya semak, tidak ada pun. Gaji untuk wakil rakyat boleh dinaikkan tetapi peratusan kenaikan kali ini luar biasa. Boleh masuk dalam buku rekod perniagaan dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, alasan bebanan tugas semata-mata tidak boleh diterima dan dengan kenaikan sebanyak itu, orang kelainan upaya (OKU) pun mahu menjadi wakil rakyat.

“Bukankah wakil rakyat perlu berkorban? Malah harta sendiri juga perlu dikorbankan untuk rakyat. Kalau gaji besar,bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat.

“Orang pekak, bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat. Kalau kerajaan Barisan Nasional (BN) yang naikkan gaji seumpama ini, riuh-rendah mereka serang,” katanya.

Ibrahim mendesak rakyat Selangor membantah kenaikan itu termasuk kakitangan kerajaan supaya mereka mendapat kenaikan gaji sama.

“Mereka juga ada beban tugas lebih daripada wakil rakyat. Inilah yang dikatakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).



Berita terdahulu (pada WEDNESDAY, MAY 22, 2013)

Semua wakil rakyat di Sarawak mendapat nafas baharu untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi apabila mereka bakal menerima kenaikan gaji bulanan tiga kali ganda antara RM9,000 hingga RM26,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Mereka mendapat durian runtuh itu apabila Rang Undang-Undang (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-17 di Kuching semalam.

Rang undang-undang yang meliputi pelarasan gaji, pencen dan ganjaran itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dilakukan oleh Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Soon Koh berkata, wakil rakyat termasuk Setiausaha Politik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Muda, Menteri, Menteri Kanan, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri akan menerima kenaikan sekurang-kurangnya tiga kali ganda atau 200 peratus. 

Beliau berkata, kali terakhir DUN Sarawak membuat pelarasan gaji wakil rakyatnya ialah 21 tahun lalu iaitu pada tahun 1992.

“Pelarasan gaji ini mengambil kira faktor seperti peningkatan kos semasa, tanggungjawab dan cabaran ketika berkhidmat di wilayah yang besar,” katanya.

Mengulas lanjut, Soon Koh memberitahu, gaji Setiausaha Politik akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM9,000, ADUN (RM4,500 kepada RM15,000), Menteri Muda (RM7,000 kepada RM21,000) serta Menteri (9,000 kepada 27,000).

“Gaji Menteri Kanan pula dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM30,000, Timbalan Ketua Menteri (RM11,000 kepada RM35,000) serta Ketua Menteri (RM13,000 kepada RM39,000),” katanya.


Pada masa sama, Soon Koh menjelaskan, pelarasan berkenaan akan mengambil kira tunggakan gaji bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17 juta.




.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Taib Mahmud: Manusia Terkaya Di Malaysia – Apa, Kenapa Dan Bagaimana?



Pembongkaran terhadap kekayaan maha luar biasa Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan keluarganya bernilai sekitar US$21 billion menyebabkan tidak sedikit rakyat negara ini yang terkejut. Malah, kekayaannya mungkin dicemburui hartawan-hartawan negara pasca DEB-Mahathir yang lain termasuklah Syed mokhtar Al-Bukhary apalagi pemegang rekod manusia terkaya di Malaysia sebelum ini Tan Sri Robert Kuok.
 
Baru-baru ini sebuah NGO bernama Bruno Manser Fund (BMF) yang berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion).

Selain bumi Sarawak yang digondol Taib dengan pembalakan haram, kemakmuran negeri tersebut turut dikongsi secara peribadi tentulah bersama anak-beranaknya sendiri biarpun sebahagian besar rakyat pinggir bandar dan pedalaman negeri Sarawak hidup dalam keadaan serba kekurangan dirantai kemiskinan.

Kekayaan Taib itu lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.
Mungkin pendedahan ini akan membanggakan juak-juak fanatis UMNO dengan andaian. “Baguslah ada orang Melayu lebih kaya dari orang Cina.”
Pendedahan mengejutkan: adakah SPRM akan jatuh dayus?

Laporan oleh Bruno Manser dengan tajuk ‘The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia’ telah didedah dan dikeluarkan di Brussels dan kini ia boleh didapati melalui capaian internet.

Ini merupakan laporan pertama dengan gambaran terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi termasuk 20 ahli keluarga Taib di Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Jelas, laporan ini bertujuan bagi meletakkan tekanan ke atas ‘empayar’ pembesar Sarawak itu dan memberikan bukti nyata kekayaan Taib kepada badan penyiasatan, wartawan, rakyat Sarawak dan pihak-pihak yang berminat.

Persoalannya, apakah kekayaan luarbiasa yang menimbulkan jutaan tanda-tanya ini akan disiasat agensi anti rasuah negara SPRM?

Sekiranya bekas MB Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo telah disiasat malah didapati bersalah, begitu juga Teoh beng Hock yang disiasat ‘hingga mati’ bagi jumlah tuduhan penyelewengan yang teramat kecil, bagaimana pula dengan Taib? Apakah SPRM cukup berani?

Adakah Ketua Pengarah SPRM pusat akan meletak jawatan sekiranya beliau tidak mampu untuk menanggung beban kes dan beban fail Taib yang bertimbun kelak?

Siapa lagi BMF siasat?

Selain laporan terkini kekayaan Taib, BMF dalam laporannya sebelum ini telah membandingkan kekayaan keluarga Taib dengan keluarga bekas presiden Indonesia Suharto dan bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos.

Kedua-dua keluarga itu dilaporkan telah menggelapkan antara US$15 bilion dan US$35 bilion, juga di antara US$20 bilion dan US$900 bilion.

Menurut laporan BMF, ia percaya kajian yang dijalankannya hanya menunjukkan sebahagian kecil kekayaan Taib kerana ada kemungkinan besar kebanyakan aset keluarga Taib tersembunyi di luar negara atau di kawasan luar persisiran yang mana maklumat adalah sukar untuk diperolehi.

Anak-beranak dan adik beradik Taib yang untung

Dengan jaringan 400 buah syarikat di seluruh dunia, BMF menganggarkan nilai bersih harta 20 ahli keluarga Taib yang digabungkan hampir US$21 bilion. Laporan tersebut menyatakan empayar taib ini  dibina melalui kawalan hampir menyeluruh terhadap politik dan ekonomi negeri Sarawak dalam tempoh 30 tahun Taib memegang tampuk kuasa.

Laporan sebanyak 45 mukasurat tersebut telah menonjolkan kekayaan adik Taib iaitu Onn Mahmud yang merupakan orang yang kedua terkaya di kalangan ahli keluarganya dengan nilai bersih yang dianggarkan US$2 billion.
Anak sulung Taib bernama Mahmud Abu Bekir yang menjalankan perniagaan pembinaan, hartanah dan tenada di Sarawak berada di tempat ketiga dengan US$1 billion.

Ranking seterusnya adalah anak perempuan Taib yang menetap di Kanada, Jamilah Taib Murray (US$1 bilion), adik Taib salah seorang usahawan balak Tufail Mahmud (US$500 juta), adik perempuan Taib Raziah Mahmud (US$500 juta), anak perempuan Taib, Hanifah (US$400 juta) dan anak lelaki Taib, Sulaiman (US$300 juta).

BMF turut melaporkan mengenai pertikaian antara Mahmud Abu Bekir Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid yang menuntut RM400 juta muta’ah serta pembahagian harta sepencarian, dan perbicaraannya yang masih berterusan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada hari Isnin memandangkan tiada tawaran penyelesaian daripada peguam Mahmud untuk menyelesaikan pertikaian yang telah berlrutan lama.

Persoalan kreadibiliti Najib dan niat suci SPRM

Sebagaimana hasrat dan cita-cita murni SPRM untuk menjadi badan anti-rasuah yang benar-benar bebas, berani dan professional setanding Independent Commission Against Corruption (ICAC) di Hong Kong, adakah mereka bakal menempuh jalan berliku atau tersadung perihal kes kekayaan luarbiasa Taib Mahmud ini?

Malah, kenyataan Najib dalam satu sidang medianya supaya ‘jangan layan dakwaan yang bermacam-macam’ menimbulkan persoalan, adakah Najib cuba melindung jerung besar ini demi kepentingan politiknya?

Apakah kekayaan Taib Mahmud akan diperah Najib untuk dibuat modal memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dengan ‘janji rahsia’ meneruskan jawatan Ketua Menteri Sarawak itu jika BN menang disana atau, setelah habis madu Taib diperah, lantas sepah dibuang?

Kita tidak punya kuasa seperti SPRM, kita cuma mampu untuk tunggu dan lihat siapa yang lebih bijak samada Taib, Najib, SPRM atau rakyat? – Roketkini.com



.
Continue Reading... Labels: , ,


NAJIB & TAIB MAHMUD Mengupah Blogger PENGHINA ISLAM

2 comments



Caleb Howe

Luahan-lauhan kebencian anti-Islam, termasuk satu ejekan yang kasar terhadap Nabi Muhammad, antara beberapa pandangan yang sangat mengejutkan yang dikeluarkan oleh ahli pasukan blogger Amerika, yang diupah oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud kononnya untuk meningkatkan imej mereka .

Seorang ahlinya, bernama Caleb Howe, terlibat dalam beberapa Twitter yang jelas bertujuan untuk melakukan kesalahan melampau terhadap masyarakat Islam - walaupun beberapa rakan-rakannya di Red State, New Ledger, Sarawak Report(s), Malaysia Matters dan yang lainnya telah dilantik oleh Najib dan Taib sebagai penganjur profesional.

Dalam satu cetusan yang berlaku pada tahun lepas dia telah terlibat dalam kata-kata kasar dan kebudak-budakan yang berterusan di halaman Twitter seperti di bawah ini:








Tersalah Melantik 'Anjing Serangan' Yang Buruk?

Caleb Howe - penghina Islam dan sebahagian daripada sayap kanan rangkaian blog 'profesional' yang telah dilantik Najib dan Taib ini menggunakan wang pembayar cukai rakyat Malaysia

Majoriti rakyat di Sarawak tidak beragama Islam. Walau bagaimanapun, ia bukanlah bermakna mereka mengimpikan untuk terlibat dalam serangan yang biadap dan menyakitkan hati terhadap perkara-perkara yang dianggap suci bagi penduduk yang beragama Islam. Jadi, ia kelihatan seolah-olah Taib yang juga seorang ISlam benar-benar telah tersalah menilai, kerana menggunakan khidmat seorang yang kotor bahasa dan tingkah lakunya.


Datuk Seri Najib Tun Razak, PM Malaysia, yang juga telah mengupah rangkaian blog yang sama sudah tentu juga melakukan kesalahan sama kerana penilaian yang teruk? Beliau sepatutnya seorang pelindung bagi agama Islam itu sendiri, sebaliknya telah dikaitkan dengan pasukan Amerika yang turut disertai lelaki ini.


Caleb Howe amat rapat dengan Josh Trevino, blogger sayap kanan di sebalik blog Amerika 'Red State' dan blog 'New Ledger' dan juga sebuah syarikat PR yang dipanggil Perkhidmatan Strategik Rogue, juga pernah dilantik oleh pemimpin-pemimpin BN, termasuk Badawi, Najib dan kini Taib Mahmud untuk mewujudkan 'publisiti positif' bagi pihak mereka.


Sarawak Report telah mendedahkan bagaimana rangkaian laman web ini telah dilantik oleh Najib dan juga Taib untuk mempromosikan mereka dengan artikel yang menggalakkan di dalam blog-blog mereka di Amerika Syarikat dan Malaysia untuk memberi gambaran bahawa mereka mempunyai sokongan antarabangsa yang positif.



Josh Trevino sebagai 'kurator' di halaman Twitter Malaysia Matter

Caleb Howe, yang merupakan penyumbang tetap kepada laman utaman Trevino 'Red State', juga halaman Twitter yang disebut Malaysia Matter, yang dengan jelas berkaitan dengan laman web Malaysia Matter, salah satu projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN.

Laman web Malaysia Matter (yang baru saja dilancarkan semula) telah dimulakan pada tahun 2008 oleh Josh Trevino dan rakan sekerja Jerome Armstrong.


Armstrong, yang juga seorang profesional 'blogger untuk disewa', telah mendedahkan bahawa projek tersebut telah ditugaskan oleh Kerajaan Malaysia - dia telah menyenaraikan pelanggan mereka di laman web syarikatnya WebStrong.



Malaysia Matter yang dikendalikan oleh Josh Trevino dan Jerome Armstrong telah ditugaskan oleh Kerajaan Malaysia Badawi dan kemudian Najib


Lebih signifikan lagi, walaupun kurang dan tiada apa-apa bentuk permohonan maaf yang dapat dilihat di atas kata-kata kasar itu, Josh Trevino tetap meneruskan untuk bersekutu Caleb Howe di kedua-dua projek Red State dan Malaysia Matter.

PM dan Ketua Menter telah memilih untuk mengupah penulis blog yang pakar dalam perbuatan jahat dan mencaci maki terhadap orang-orang yang mereka tidak setujui. Dalam kes di Malaysia, orang-orang ini adalah musuh-musuh politik atau pengkritik pemimpin-pemimpin BN yang telah ditugaskan kepada mereka.



Caleb adalah seorang blogger biasa di Red State

Anwar Ibrahim dan juga Sarawak Report telah diberi komentar lucu dan terlalu banyak 'serangan anjing' di laman web ini, berdasarkan kewartawanan atau penyelidikan yang sifar. Tetapi, sekarang nampaknya tuan BN yang telah membayar mereka untuk kepentingan politik mereka sendiri telah digigit!

Sayap Kanan Yang Ekstrim, Anti-Islam dan Pro-Israel

Cetusan Caleb menghina Islam bukanlah satu insiden yang kecil. Sesungguhnya perlantikan blogger Amerika yang diupah oleh Taib dan Najib ini mengejutkan kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Josh Trevino sendiri tanpa rahsia berpandangan fanatik pro-Israel, dan turut meluahkan di dalam tweetnya bahawa kepada rakan-rakan Amerikanya yang merasakan kasihan terhadap rakyat Palestin dan turut menyertai dalam konvoi flotillan bantuan sepatutnya layak ditembak mati.

Anti-Palestin. Bukankah pandangan sebegitu akan membatalkan sebarang kontrak mereka dengan kerajaan BN Malaysia?

Dengan pendirian Najib yang menyokong kapal bantuan flotilla ke Palestin dan memuji rakyat Malaysia yang mengambil bahagian, ia sudah tentu luar biasa apabila beliau terus mengupah seorang lelaki untuk menjalankan serangan terhadap Anwar Ibrahim!

Jelas sekali BN mengupah Trevino dan penulis blog yang berhaluan kanan, kerana mereka sangat jahat dalam serangan mereka terhadap sesiapa saja. Sudah tentu mereka tidak teragak-agak untuk menyerang terhadap Anwar dalam masa kebanyakan penulis dari Amerika Syarikat (AS) dan UK enggan melakukannya. Sebaliknya apa-apa yang dikatakan senjata berbahaya itu telah berbalik kepada mereka akhirnya. Jika dilihat penglibatan Trevino dengan organisasi ACt For Israel dan gambaran mereka terhadap rakyat Malaysia yang menyokong kapal rahmat Palestin.


Menurut sayap kanan blog seperti Red State, umat Islam semuanya pengganas yang berpotensi.






     Kredit : MC


     

    (Ikhsan



  .
Continue Reading... Labels: , ,


Taib Mahmud dan Ragad Mula ‘Retak’?

2 comments


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berumur 75 telah berkahwin dengan Ragad Waleed Alkurdi berumur 29 tahun untuk enam bulan, 3 minggu dan 4 hari sehingga Jumaat, 22 Julai. Apakah perkahwinan itu akan menjadi satu perkara yang selama-lamanya bagi Taib dan Ragad?

Dalam kehidupan sebenar, gembira tidak selama-lamanya, agak sukar di dunia moden ini gaya hidup tertekan. Seperti perkahwinan kebanyakan, hari akan bertukar menjadi minggu dan bulan, cinta boleh terbang keluar dari tingkap.

Desas-desus perkahwinan kedua Taib bermula hanya beberapa bulan sebelum perkahwinan itu benar-benar menjadi kenyataan, tetapi ramai orang telah merasa ragu. Taib dikenali sebagai seorang lelaki yang setia kepada hanya satu wanita atau isteri, Laila Taib, telah meninggal dunia pada bulan April tahun sebelumnya.

Sentiasa ada perbandingan dengan yang pertama

Laila dilahirkan di Poland-tiba di Sarawak pada tahun 1959 dan berkahwin dengan Taib , sentiasa berada di samping kehidupan  berwarna-warni politik suaminya. Pasangan itu mempunyai empat orang anak dan 15 cucu. Laila dikatakan sangat disayangi oleh ahli-ahli Perkim Sarawak, dan sehingga hari ini, ada antara mereka yang membezakan dengan Ragad .

Ragad seorang yang cantik dan masih misteri ketika hari dia mula-mula melangkah ke Sarawak. Walaupun ada yang berkata beliau adalah dari Lubnan.

‘Cair dan menggiurkan’, Ragad hanya dibawa untuk majlis-majlis rasmi bersama Taib. Kedua-dua mereka sentiasa berpakaian warna yang sama dan pura-pura malu dalam tingkah laku mereka pada peringkat awal perkahwinan mereka.

Apabila duduk di pentas semua mata akan tertumpu kepada mereka, Taib tidak akan malu untuk menyentuh tangannya atau berbisik manis kepadanya.

Ragad tidak mengetahui tempatnya. Di majlis-majlis rasmi, dia akan duduk diam dan tersenyum sekitar. Walaupun, ada ketika dia bercampur dengan orang-orang kampung semasa kempen politik Taib, dia sentiasa dijauhkan dari pemberita. Pengawal peribadi Taib akan pastikan bahawa media tidak akan  mendapat tempat  untuk bercakap dengannya.


Bahagia selama-lamanya

Tetapi di sebalik semua senyuman manis itu, adakah wanita baru dalam kehidupan Taib menjadikan dia bahagia? atau dia membuat Taib tidak bahagia?

Terdapat cakap-cakap bahawa Taib telah melepaskan kemarahannya apabila dia kembali kerumah pada suatu petang apabila mendapati bahawa isteri muda itu tidak ada di rumah.kemanakah Ragad telah pergi?

Ragad dikatakan suka memandu kereta laju. Apakah Taib akan membenarkan jika dia membuat keputusan untuk mencuba salah satu daripada banyak kereta sport di rumah mereka yang boleh memecut sehingga 150 batu sejam?

Kita tertanya-tanya jika dia kesepian di sini.

Sangkar

Kehidupan di Sarawak boleh bertukar menjadi sebuah sangkar untuk seorang puteri yang masih muda.Beliau  perlu memilih untuk  kebebasan dan  kekayaan dengan budaya baru yang jauh berbeza dari tanah air sendiri. Adakah ia berbaloi?

Taib mengambil isteri baru mungkin kelihatan baik pada pandangan luaran, terutama apabila ia datang kepada sesi foto dengan piala yang cantik di sisinya. Tetapi semua orang tahu bahawa tambahan baru kepada keluarga akan sentiasa membawa masalah baru juga. Sudah ada bunyi bahawa anak-anak beliau tidak gembira dengan ibu baru yang pasti akan mahu berkongsi pai keluarga atau sebaliknya kek Sarawak dengan mereka. Sebagaimana yang mereka katakan, lebih ramai lelaki kurang mendapat bahagian.

Apa sahaja boleh berlaku di belakang tabir di kediaman Taib, rakyat Sarawak masih tertanya-tanya dan menunggu untuk melihat bagaimana jika dia akan membuat keputusan untuk bersara dan meluangkan lebih masa dengan isteri barunya yang gebu.

Tetapi kemudian beberapa pengkritik menunjukkan bahawa kemungkinan, Taib boleh memutuskan untuk terus merompak dari golongan miskin untuk lebih lama lagi kini, kerana tanggungjawab tambahan dan tekanan yang datang dari isterinya benar-benar eksotik yang baru.



Artikel berkaitan: ***The woman Taib Mahmud waited 75 years to find



edit dari MC



.
Continue Reading... Labels:


ABC Australia report on Taib

0 comments



Very interesting report.


ABC Australia from Sarawak Report on Vimeo.


.
Continue Reading... Labels: ,


42 NGO desak tubuh suruhanjaya diraja siasat kekayaan Taib & keluarga

0 comments


KUALA LUMPUR, 13 April — Tinggal tiga hari menjelang pengundian pilihan raya negeri Sarawak, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Putrajaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat aset Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, dipercayai memiliki kekayaan “luar biasa.”

Pada satu sidang media di sini, gabungan 42 NGO mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan kerana tidak mungkin Taib, seorang kakitangan kerajaan mampu memiliki aset yang begitu banyak sedangkan rakyat Sarawak miskin dan tidak dibela.

“Kami hari ini mendesak kerajaan agar dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat aset Taib dan keluarga kerana tidak mungkin seorang kakitangan kerajaan boleh memiliki harta begitu banyak.

“Aset Taib (dan keluarga) yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit ini adalah tidak logik, bagaimana Taib boleh mengumpul harta yang begitu banyak sedangkan beliau hanya ketua menteri yang juga kakitangan kerajaan,” kata Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Dr Kua Kia Soong.

Jelas beliau, pihaknya mempunyai bukti bahawa aset Taib diperoleh melalui salah guna kuasa dan rasuah termasuk ada kaitan dengan syarikat-syarikat dalam dan luar negara yang tidak diketahui.

“Sebahagian daripada syarikat di Malaysia dimiliki keluarga Taib dan ada syarikat di luar negara juga yang mempunyai kaitan dengan keluarga Taib tapi kita tidak tahu jumlah sebenarnya.''

Kata beliau syarikat yang ada kaitan dengan keluarga Taib adalah Achi Jaya Holding Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, Naim Holding Berhad, Kumpulan Sanyan, Syarikat Aluminium Sarawak, Sarawak Energy Berhad, Kumpulan Ta Ann, Tatanium Management Sdn Bhd dan UBG Berhad.

“Ini hanya di Malaysia,” katanya.

Kata beliau, yang di luar negara pula Adelaide Ottawa Corporation (Kanada), City Gate International Corporation (Kanada), Glowell Development Corporation (Kanada), Ridgeford Properties (Britain), Geneid Holding Pty Ltd (Australia) dan Valentine on George Pty Ltd (Australia).

Menurut Kua, keluarga Taib juga turut mempunyai kaitan dengan beberapa syarikat di Hong Kong dan Amerika Syarikat.

“Suruhanjaya diraja ini perlu ditubuhkan untuk menyiasat jumlah aset yang dimiliki Taib dan keluarga.

“Semua aset ini perlu disiasat dan didedahkan, bagaimana seorang kakitangan kerajaan boleh memiliki kekayaan yang begitu banyak? Apa yang beliau telah lakukan sedangkan ramai rakyat Sarawak hidup dalam keadaan miskin dan papa,” katanya.

NGO yang menyertai gabungan ini ialah Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam), Amnesty International Malaysia, Bersih 2.0, Bruno Manser Funds, Pusat Bagi

Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia, Inisiatif Pembangunan Kanak-kanak (CCID), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC), Gabungan Urus Tadbir Pulau Pinang, Badan Bertindak Jaringan Komuniti (CAN), Warga Kota Damansara (FoKD) dan Kumpulan Rakyat Prihatin.

Lain-lain ialah Inisiatif Ekuiti Kesihatan (HEI), Ikatan Hak Rakyat, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Johor Tamizhar Sangam, Persatuan Pengguna Klang, Lawyer of Liberty, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (DEMA), Persatuan Dravidian Malaysia, Persatuan Perniagaan India Malaysia dan Persatuan Pembangunan dan Uniti Masyarakat India Malaysia.

Turut bersama Pusat Pembangunan dan Kajian Manusia Malaysia, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Persatuan Sekolah Persendirian Cina Pulau Pinang, Persatuan Alumni Chung Ling Pulau Pinang, Organisasi Perkhidmatan Awam, Persahabatan Semparuthi, Persatuan Kemajuan Pendidikan Malaysia, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dan Persatuan Prihatian Belia Malaysia.

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Sembang-sembang Forum, Sem Kiong Angin, Woman Aid Organisation (WOA), Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang dan Pakatan Penulis Media Bebas (WAMI) juga menyertai gabungan NGO ini.

“Sebenarnya isu-isu yang kita bangkitkan ini bukan isu lama, kita sudah bawa sejak dari dulu lagi cuma ia tidak disebarkan melalui media.

“Sebagai contoh isu balak haram, kita dah bangkitkan sejak dari 1980 tapi sehingga kini tiada apa yang berlaku, siapa yang dapat hasil pun kita tidak tahu, syarikat mana pun kita tidak tahu. Begitu juga dengan empangan Bakun sehingga sekarang walaupun ada bantahan, ia diteruskan,” kata Pengarah Eksekutif KOMAS Tan Jo Hann.

Tambah beliau, terlalu banyak penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan Taib, namun tiada tindakan diambil sehingga beliau mampu bertahan selama 30 tahun sebagai ketua menteri.

“Banyak perkara yang berlaku (dalam pentadbiran Sarawak) dan kita tidak hanya sasarkan kepada Taib sahaja, cuma apa yang kita boleh katakan, pemimpin yang korupsi seperti beliau bagaimana masih boleh bertahan sehingga kini?

“Sebab itu kita mahu beliau disiasat, apa penyelewengan dan rasuah yang berlaku... berapa banyak? Siapa terlibat?” soalnya.

Bulan lalu, Transparency-International Malaysia (TI-M) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat dakwaan rasuah yang melibatkan Taib.

Badan pemantau antirasuah itu menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera memandangkan tuduhan terhadap Taib, ketua menteri paling lama memegang jawatan, sudah muncul di media asing sekarang.

Kata Kua, rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan pembangunan dan kebajikan seperti yang dilakukan sesebuah kerajaan lain.

“Rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan hak mereka, mereka juga berhak untuk mendapatkan pembangunan dan kemudahan.

“Sekarang sudah tiba masa bagi rakyat Sarawak untuk menentukan sendiri masa depan mereka yang telah dianugerahkan dengan alam semula jadi dan sumber alam, kini sudah tiba masa rakyat Sarawak bangkit untuk menyelamatkan diri mereka dan juga negeri,” katanya merujuk kepada pilihan raya Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Sementara itu, Jawatankuasa Komuniti Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, pilihan raya Sarawak perlu diadakan dengan telus dan bersih.

“Kita negara demokrasi tapi tidak amalkan demokrasi, jadi pada pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum amalan demokrasi ini perlu diterjemahkan.

“Jangan hanya sebelah pihak mendapat kebebasan untuk bersuara tetapi pihak satu lagi tidak boleh,” katanya.


MalaysiaInsider


   * Lagi Taib Mahmud




.
Continue Reading... Labels:


Big Problems For BN!

0 comments

A picture speaks a thousand words so we offer our readers a bit of a rest by posting one of George Chan addressing a BN rally last night in Miri, which is his constituency.  We invite you to contrast it with our featured picture of the rally half an hour later just a few yards away for PKR’s Anwar Ibrahim.
Wowing the crowd? George Chan in his own constituency!

The SUPP incumbant and Deputy Chief Minister George Chan drew an audience of less than a hundred.  On the other hand, his rival Anwar Ibrahim, who has been derided by BN for being an ‘outsider’ from West Malaysia drew 12,000 supporters in a crowd that later swelled to a record 20,000.  In the centre of George’s own constituency.  The atmosphere was electric and a sense of impending change ‘fizzled in the air’, according to participants at the PKR opposition event. 
Electric! The rally for the opposition PKR event a hundred yards away!
The dead-beat Chan event was supported by ex-Penang Chief Minister Koh Tsu Koon, who must know full well what impending defeat looks like – he got booted out in 2008.  The scenes must have been familiar for him.

PKR has a strong local base, led by the successful native rights lawyer Baru Bian, who has been beating the Chief Minister’s landgrab policies over and again in the courts. This is why the crowds are growing.

Earthquake tremors 

DAP poster – a message getting through?
Those political analysts with government jobs in universities, who have been opining over past months that BN can never be dislodged in Sarawak and that the opposition PR coalition (PKR/DAP/PAS) can make little progress outside the towns, can be forgiven.  They analyse the past and make predictable predictions.
But, who predicted the collapse of the Berlin Wall or the wave of uprisings now engulfing the Middle East and toppling dictators, who were only weeks ago considered to be in power for life?
The tipping point may arrive subtly, but then it is seismic.  Political settlements depend on the will of the people and if a ruler goes too far and at the same time demonstrates fatal weaknesses then the earth can shake, dams can burst and walls can crumble!

What are the signs are in Sarawak?

Taib has certainly gone too far, much too far.  His landgrabs of recent years have lacked judgement and caution, which were qualities he showed in his earlier period.  He has behaved like a greedy old man in a hurry.

But, people are starting to realise now that he is not only a greedy but also an increasingly weak old man, who is giving in to the grasping excesses of his sister Raziah and his closest ministers, all intent on enriching themselves at the expense of the people.  He has lost control.

The Raziah problem
Greedy and in charge…. sister Raziah is apparently running the show.
Insiders have told Sarawak Report that it is now just a question of Raziah identifying which bit of land she would like and then sending in a letter to the Land and Survey Department.  Her requests are automatically granted!  Others are also taking advantage.

Under the management of her 3rd husband Robert Geneid, Taib’s youngest sister has gone from a hard-up family scrounger to a fabulously rich and wealthy woman with houses strung across the world and a family dripping in wealth.  The weddings of her daughter Elia have been the talk of Sarawak for months because of the lavish opulence displayed.

There is a view that such matters are only understood in the towns and that the simple people of the villages will not be able to withstand the threats and bribes as the BN election machine moves into gear, illegally offering money and  ’development projects’ which will be ‘witheld’ if their vote is not on the right place.

This is what causes BN to be complacent and the analysts to say that things cannot change.  However, poor people are not stupid people and the word about Taib is getting out -  the flight of SW radios off the shelves as villages tune into Radio Free Sarawak bears evidence to that!

The enormous worry within the inner circles of Taib’s family and his closest political allies about Razia has also spread. Sarawak is a small place and the gossip travles, despite the muzzled media.  After Taib’s wife Laila died it is known how Raziah has ‘moved in’ from next door to dominate the ’palace’.  One close contact has explained the situation in graphic terms:
“The real Chief Minister of Sarawak is Raziah, she has used black magic on him…. Taib has come under the spell of Rosie [Raziah], she controls all of the contracts and land handed out” 
Bomoh rule?

'Stella' (Kharleen Tashman) attended Taib's nomination - accompanied by a couple of other 'witches' according to cousin Salleh Jafarudin!

The concern is that Raziah has not just exploited an elderly man recovering from cancer who is missing his wife, she has exploited the brother whom she well knows has a life-long weakness and dependency on bomohs and witchcraft!

This has been Taib’s dirty and embarrassing secret.  The man who preaches modernisation and development is in fact a slave to backward practices that defy his Muslim beliefs!  He engages ludicrous Bomohs to advise on matters of state and to ‘cast spells’ on his enemies.

As we exposed on Sarawak Report, Razia has convinced Taib to accept her own personal Bomoh, the blond Australian of Lebanese extraction, Kharleen Tashman, who goes by the name of Stella. Stella has told Taib that Raziah inherited the aura of his favourite disceased brother Arif, thereby giving Raziah added authority and influence over the failing leader.

With such an embarrasing story now public, to have then brought Stella into the open at Taib’s nomination ceremony last week could not have been more insanely misjudged. It was clearly a move of defiance and retaliation on the part of Raziah.  But as the dyed platinum blond started to attract immediate attention at this critical political moment the BN minders must have realised how badly it had backfired.   What arrogance and short-sightedness!

As the press clamoured with questions and the photographers moved in on the pouting sorceress, she sat in her weird attire observing the ceremony saying nothing.  The stage was thus set to record the angry tirade against her by Taib’s own frustrated cousin, Salleh.  Salleh Jafaruddin represents the worry and frustration of a large chunk of Taib’s own family by chosing now to contest the old man in his own seat:.

Taunting the botoxed fortune teller he first cried out  “are you going to cast a spell on me?!”  Then turning to the crowd he said “this is why I am doing this.  It is to save Taib from the Bomohs like her!” .  Salleh then went on to give interviews elaborating on the seriousness of the situation from the point of view of the family. 
““foreign witches are currently encircling him and his closely guarded political cronies.  I personally met and confronted the three witches on the day of nomination in Mukah. I explicitly told the witches that they have no business and legitimacy to give spiritual and mental advice and guidance to our chief minister”

Energetic ?
In this way Taib’s enormous weaknesses have been exposed on the eve of his most testing election.  Can a young wife (also known to have been supplied by his sister Raziah) save his image under such cicumstances?  The rumbling in Sarawak and BN’s own secret polls have been saying otherwise.  Those polls have been worrying the hell out of BN and now further  signs are starting to explain why.

When the longhouse villagers of the interior start to block the landing pads against BN’s army of election helicopters, as they did against Taib’s other Deputy Chief Minister, Alfred Jabu last week the rumbling turned into a definite murmur.  That murmur may very well develop into something louder over the coming few days.

Key indicators

When an oppressive regime starts to fail there are some key indicators.  You see the frustration of rising expectations among the people – in this case deprived Sarawakians who have been told for so long to expect improvement by BN, but never received them.

So what has BN done for you? (and what happened to your forest?)

There is also a loss of strength and faith within the inner circles and core structures of the regime.  In Sarawak there are signs of growing disaffection among the Civil Service, the police, the business partners, the lackeys and even the Mahmud family itself, which is also drawing out the carpet from under Taib.

These are the forces he is relying upon to engineer an election ’win’ - to allow the BN ballot box stuffers, vote riggers, bribers and bullies to get away with their dirty work.  These are the goverment employees that Taib is expecting to intimidate into voting for him.

This is why the emails like the ones currently circulating amongst civil servants urgning them to no longer fear reprisals, because “Taib cannot punish us all” are particularly dangerous to the old man.
Because, it is true.  When the earth begins to shake like it has been doing in Sarawak this week, then the people start to realise that the structures are failing.

They can no longer be singled out, controlled or punished for doing what they want… because everybody else is doing it too.  Just one more tremor came in this video received by Sarawak Report today.  It is doing the rounds and it is an eloquent answer to all the BN claptrap about  stewardship of the environment and their care of the native people of Sarawak.  Everyone in Sarawak knows the difference between the truth and the lies.  And BN are the ones who are lying.





Sarawak Report  


.
Continue Reading... Labels:


TANAH-TANAH YANG DIROMPAK OLEH TAIB DAN KELUARGA DI SELURUH SARAWAK !!!!

0 comments


Berikut ini adalah sebahagian daripada tanah negeri Sarawak yang dianugerahkan, diberi, diambil atau diluluskan oleh Taib dan Kerajaan negeri Sarawak kepada dirinya sendiri, ahli keluarganya dan kroninya.

750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
750 hektar … di Jalan, Miri.
2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).
70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

Jumlah keluasan tanah yang dirompak oleh Taib, keluarga dan kroninya berdasarkan senarai di atas ialah 352,563 hektar atau 871,202 ekar. Keluasan ini menyamai lebih daripada 2 kali ganda keluasan negeri Melaka atau lebih daripada 3 kali ganda keluasan negeri Pulau Pinang atau lebih daripada 10 kali ganda keluasan Wilayah Persekutuan.



sumber Fariz Musa  


.
Continue Reading... Labels:


Sarawak bumi yang kaya ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'BUAYA'

0 comments

Wall Photos by Madzamtoklah

Sarawak bumi yang kaya ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'BUAYA'

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakayta pada pilihan raya ke-10 Sarawak 'pertarung terbesar abad ini'.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pemerintahan berterusan BN sejak Sarawak mencapai kemerdekaannya pada 1963 telah membantutkan demokrasi dan menafikan rakyat daripada menikmati kemewahan daripada negeri itu yang kaya dengan sumber alam semulajadi.

“Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya',” kata Lim pada satu rali di ibu pejabat DAP di Kuching, malam semalam.

Gurauan Lim mengenai buaya itu menyaksikan lebih 500 hadirin gelak besar yang dikaitkanya dengan reptilia yang membaham manusia yang terdapat di sungai-sungai di Sarawak dengan pemimpin kerajaan yang korup.

“Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu,” kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirinnya.

Lim kemudian menjadikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai sasarannya dan mempersoalkan keikhlasan janjinya untuk bersara selepas pilihan raya.

Hadirin sekali lagi menjerit “Tidak!” apabila ditanya sama ada mereka mempercayai Taib. Lim kemudian mengingatkan mereka bahawa ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan juga pernah membuat janji yang sama pada 2006.

NONEKetiaka itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian.

“Lagipun, mereka (Taib and Chan) adalah menantu. Jika Chan tidak berundur, adakah awak fikir Taib akan berundur?” soal Lim.

Menurutnya, rakyat Sarawak tidak sepatutnya membenarkan BN terus menang pada pilihan raya 16 April ini atau tidak Taib akan menjadikannya sebagai isyarat untuk beliau terus kekal berkuasa.

“Jika awak mahu Taib pergi, awak mesti pastikan BN ditewaskan,” katanya.

-Malaysiakini


.
Continue Reading... Labels: , ,


EKSKLUSIF - NAJIB DAN TIMBALANNYA DATANG KE SARAWAK UNTUK MELUCUTKAN TAIB DARI JAWATANNYA

0 comments


Sarawak Report merasa amat bertuah kerana berpeluang mendapat maklumat daripada orang dalaman BN di KL, yang menyatakan bahawa Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, datang melawat Sarawak bukannya untuk memberi sokongan kepada Taib, tetapiInilah sebabnya lawatan serentak yang belum pernah dilakukan oleh dua ketua negara ke negeri Sarawak.


“Seorang memegang pistol dan seorang lagi memegang keris sambil berkata ‘kini sudah tiba masanya untuk kamu berundur. Kami sudah tidak dapat berkompromi dengan kamu lagi, kamu harus umumkan keputusan sekarang atau lihatlah nanti!” kata sumber kami tersebut


Show of unity, but behind the scenes there is fighting!
Veteran yang berusia 74 tahun yang telah memerintah selama 30 tahun itu telah berjaya mendapat penangguhan dari kedua-dua ketua negara itu – atas dasar bahawa dia bersetuju untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin dan meletakkan jawatannya sebaik sahaja ‘tempoh peralihan’ dapat ditubuhkan oleh penyandangnya yang sesuai.

Menurut sumber kami itu, Ketua Menteri, yang telah banyak kali enggan mengundur diri sehingga suatu masa yang difikirkannya selamat untuknya menjaga kekayaannya, telah menimbulkan rasa marah rakan-rakannya dalam BN di KL dengan caranya melewat-lewatkan pilihanraya. Mereka khuatir beliau akan bertahan hingga ke saat-saat akhir, yang sudah pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

The usual (illegal) promises of election handouts – RM200 million is promised to Serian! But even BN think the voters are past this tactic.

“Kini dia siap” – bukti yang memusnahkan dari pasukan rahsia BN!

Sumber kami mengesahkan bahawa masalah utama bagi Taib dibuktikan dengan kemerosotan sokongan pengundi, sebagaimana diperolehinya pada keputusan pengundian secara rahsia yang dilakukan. Maklumat sedemikianlah yang menyukarkan pihak BN untuk menyembunyikan.

Walaupun menampakkan wajah berani dan secara berterusannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum bahawa Taib ‘tidak boleh kalah’, namun pihak BN di peringkat persekutuan begitu yakin bahawa Taib pastinya akan kecundang teruk dan pastinya akan kehilangan kerusinya.


Pemberi maklumat kami itu, yang begitu rapat dengan tokoh-tokoh utama dalam BN, mengatakan bahawa Jabatan Maklumat Taib telah membuat pengundian rahsia secara menyeluruh sejak beberapa bulan yang lalu. Sampel-sampel pengundian rahsia yang melibatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pengundi dari setiap kawasan pilihanraya dan mendapati keputusannya sungguh menggerunkan BN.

Pihak kami telah diberitahu bahawa keputusan persampelan itu menunjukkan parti PBB Ketua Menteri itu sendiri akan kehilangan ‘sekurang-kurangnya’ 14 dari 30 kerusinya dan parti SUPP pimpinan George Chan akan kehilangan sehingga 90% undi semasanya, iaitu sejumlah 17 daripada 19 kerusi! Parti SPDP pimpinan William Mawan dan PRS pimpinan James Jemut Masing juga akan kehilangan satu kerusi tiap-tiap satunya.

“Kerusi-kerusi tersebut berada pada kawasan hitam, bukan kawasan kelabu”, kata sumber kami itu, maknanya kali ini BN pastinya akan kalah teruk. BN akan menerima hakikat bahawa parti-parti yang ada sekarang akan kehilangan sekurang-kurangnya 33 daripada 70 kerusi dan keputusan sebenar nanti mungkin lebih teruk dari itu.

Pandangan-pandangan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang yang dikatakan akan menafikan BN dengan majoriti dua-pertiga di Sarawak sekarang nampaknya ketinggalan zaman, jika berdasarkan perangkaan yang diperolehi. Pihak BN sendiri dikatakan akan dilanda tsunami perubahan dan mereka akan mengutuk Taib Mahmud atas kecundangnya “simpanan tetap” mereka itu.

BN's best projections are that they will lose their majority - but they fear a wipe-out!

Pihak SPRM sedang menunggu masanya sehingga selepas pilihanraya!

Sarawak Report percaya bahawa penggunaan pendekatan menyuntikkan maklumat rahsia oleh penokong-penyokong setia BN, walaupun kritikan-kritikan berterusan kami ke atas kerajaan BN Sarawak, adalah merupakan suatu sebab mengapa tokoh-tokoh BN di peringkat Kerajaan Persekutuan mulai menjauhkan diri mereka

Sejak beberapa lama Taib telah berada begitu kukuh di kalangan para pemimpin di Malaysia, tetapi kini para pemimpin BN pusat terpaksa membuat beliau tunduk kerana memandangkan kemerosotan popularitinya.

Kemarahan dan kebencian sebenar ke atas ketamakan dan sifat kleptokrasi Taib selama ini telah memburukkan lagi rekod jenayah rasuah BN. Sesungguhnya, kami telah dimaklumkan bahawa usaha-usaha telah dijalankan untuk menjejak dan mengambil balik aset-aset Taib di luar negara hasil dari kecurian dan rompakan yang dilakukannya selama ini.

Body language - Taib is pushed to the back as the anxious leaders from BN seek a new way forward without him.

“Kini habislah dia. Ini bukannya persoalan perletakan jawatannya, tetapi ini adalah persoalan bahawa dia akan didakwa atas kesalahan rasuah. Pihak SPRM menunggu sehingga selesainya pilihanraya” Sarawak Report diberitahu.

Rancangan keluar Taib kini telah disekat, sebagaimana disahkan, yang akan memburukkan lagi tekanan antara kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri. Strategi Ketua Menteri itu untuk mengundur diri, yang dirancangnya pada tahun lepas, adalah untuk menerima perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama, sebagai suatu helahnya untuk memperolehi kekebalan daripada didakwa. Tetapi Najib menafikannya. Akibatnya, penangguhan pilihanraya oleh Taib bagi membolehkannya mencari opsyen-opsyen baru telah menyebabkan krisis yang ada sekarang.

Clearly popular with Taib! Awang Tengah's new house is being built to impress - the 'future Chief Minister' is already big in the Planning Ministry and Taib hopes he will protect all his stolen land assets !

Tiada lagi laluan selamat untuk Taib

Strategi semasa Ketua Menteri itu adalah untuk mempastikan bahawa beliau diganti oleh seseorang yang liat dan beliau telah banyak kali memaksa KL untuk merestui pengganti pilihannya, Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber. Awang Tengah kini sedang membina sebuah kediaman yang amat besar di Kuching, suatu simbol kekayaan yang digemari oleh Taib sebagai menjadikannya kelihatan selari dengan gaji besar seseorang ahli politik!

Namun KL telah berkeras mencadangkan Taib diganti oleh Abang Zohari Tun Openg, yang menurut mereka, merupakan seorang ahli politik yang memiliki kejujuran dan kesopanan. Namun Taib seringkali menafikan Abang Zohari. Kami juga diberitahu, bahawa tetamu-tetamu dari Persekutuan itu telah kecewa dengan calon bakal pengganti yang dikemukakan oleh Taib pada hujung minggu lepas.

Taib dikatakan telah menyediakan suatu senarai sepuluh calon yang terdiri dari ahli-ahli keluarga terdekatnya. Namun Najib dan timbalannya yang gagah itu mengarahkannya untuk melupakan senarai nama calon-calon pilihannya itu.

Najib, his powerful Deputy Muhyiddin Yassin, are unhappy to be stuck going into the election with the spent old men of Kuching and all their "baggage"!
“Hubungan dengan KL kini semakin busuk”

Jadi, mereka berpura-pura tersenyum di hadapan kamera. Tetapi di belakang kamera kita tahu bahawa gambarannya adalah krisis dalaman BN, pada masa mereka melaung-laungkan tuduhan melulu bahawa pihak pembangkang kian bersengketa menjelang pilihanraya.

Dengan keadaan ahli-ahli politik tempatan yang kebanyakannya berdiam diri kerana gerun dengan reputasi garang Taib, beliau membuktikan kepada Najib bahawa penggantiannya adalah sukar dilakukan sebelum pilihanraya. Namun, BN telah menyedari bahawa beliau sebenarnya akan kalah, seorang yang malang yang mereka benci dan seorang yang malang yang ingin mereka jadikan sebagai contoh dan tauladan.

Dan dalam masa beberapa minggu yang akan datang, KL kini mencari jalan keluar dan ingin melihat suatu imej yang bukannya Taib dan semua “bagasinya’. Namun, setelah mereka bertoleransi dengan kecurian dan rompakan yang dilakukan oleh Rajah Berambut Putih Sarawak itu, mereka akan mengalami kesukaran untuk menjernihkan pandangan para pengundi mereka!

     Sarawak Report


.
Continue Reading... Labels: ,


ONN MAHMUD BERSAMA RUMAH PENTHOUSE YANG TERMAHAL DI AUSTRALIA!

0 comments

Sebuah rumah penthouse yang mempunyai pemandangan yang amat menakjubkan merupakan premis kediaman yang paling mahal di Australia terletak di Sydney. Pihak pemberita kami telah mendapatkan maklumat tentang penjualan rumah itu pada tahun 2008 yang merekodkan harga jualan AUS$20 juta.

Onn Mahmod,
Siapakah ‘ahli perniagaan bermisteri’ yang telah mampu membeli premis yang paling mahal di Australia itu, dan siapakah yang telah menjualnya? Apa yang kita tahu bahawa premis mahal itu telah melibatkan keluarga yang terkaya di Sarawak, khasnya Onn Mahmud, saudara kepada Ketua Menteri.

Australia's most expensive flat, who could find the money to pay $20 million on one appartment?
Kita telah mengetahui mengenai penglibatan Onn Mahmud dalam perkembangan atau pembelian apa yang dinamakan sebagai Ten Wylde Street, yang terletak kawasan perdana pelabuhan Sydney di lokasi Potts Points, kerana bukti-bukti tersebut telah dibawa ke mahkamah beberapa bulan sebelum berita sebenar didedahkan. Onn telah disaman berjuta-juta dollar Australia oleh sebuah syarikat perunding yang memasukkan yuran-yuran “pembangunan dan pengurusan” ke dalam bilnya berkaitan dengan Ten Wylde Street itu.

Kes mahkamah itu diketahui umum serentak dengan pendedahan berita mengenai keraguan ke atas kekayaan luar-biasanya oleh akhbar-akhbar di Jepun, yang sedang mengikuti pendakwaan pihak percukaian negara itu menentang sebuah kartel perkapalan. Dalam tahun 2007 terdapat satu berita mengenai syarikat-syarikat perkapalan yang dikehendaki membayar sebahagian dari keuntungan pengangkutan kayu balak yang tidak diikhtiraf, kepada sebuah syarikat misteri di Hong Kong yang dikaitkan dengan Onn Mahmud.

Spectacular and expensive - can the Taibs outbid the rest of Australia to gain Sydney's most expensive flat?
Onn yang berpengkalan di Sydney dan telah mengembangkan beberapa kepentingan perniagaan atas nama Kesuma Holdings, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh beliau dan isterinya, anak-anak mereka, tetapi operasi syarikatnya itu telah berhenti pada 2009.

Trendy, modern glass. A total of 530 square meters in prime downtown Sydney.
Apabila harta tersebut diketengahkan untuk dijual dengan harga yang amat mahal menerusi internet ia seterusnya dijual begitu sahaja. Sebenarnya perkembangannya adalah pengubahsuaian sebuah premis yang lama dan kerja-kerja pengubahsuaian masih dijalankan. Hanya beberapa hari yang lalu usahasama itu telah diumumkan di akhbar-akhbar yang melaporkan bahawa rundingan jualan itu telah dilakukan melalui pihak pemaju, yang menjualnya semula dengan harga yang sama semasa ianya dibeli – sekitar AUS$17.5 – 20 juta. Siapakah yang mempunyai wang sebanyak itu semasa harga harta itu berada di tahap yang tinggi?

Quite astonishing luxury - the product of timber corruption?
Para pemberita Sarawak Report yang berpangkalan di Sydney telah memberitahu kami bahawa Ten Wylde Street masih dalam peringkat dibangunkan. Laman web yang mengiklankan gambar-gambar rumah cantik lagi mewah itu, yang berharga AUS$20 juta pada masa itu, kini telah ditutup.

This is all off-plan imaging! A dream that is losing someone a lot of money…
Nama Onn Mahmud tidak pernah dikaitkan dengan projek itu. Inilah yang menjadi tanda-tanya, sama ada dia sendiri yang bertindak sebagai pembangun keseluruhan projek itu, atau bertindak sebagai pembeli bermisteri itu?

Apa yang gagal dinafikan oleh Onn Mahmud adalah apabila kes ini dibawa ke mahkamah pertengahan 2007 dan 2008, sebenarnya terdapat kerja-kerja pengubahsuaian ke atas Ten Wylde Street, Potts Points itu dilaksanakan bagi pihak dirinya. Persoalannya di sini, dari manakah beliau memperolehi wang sebanyak itu?


       Serawak Report


.
Continue Reading... Labels:


‘KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN’ KEMANAKAH WANG ITU PERGI?

0 comments


Ketika Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan kroni-kroni pembalakannya memanipulasi tanah-tanah NCR milik masyarakat rumah panjang dan kampung, mereka juga menaburkan janji-janji yang sama. Mereka menjanjikan ‘kemajuan dan pembangunan’. Kebanyakan orang tempatan tidak mendapat apa-apa dari pokok-pokok yang ditebang dan juga dari tanah-tanah NCR yang telah diasingkan dari kawasan yang telah dibuka oleh nenek-moyang mereka. Bagi mereka yang menerima pampasan beberapa ringgit, mereka hanya boleh membeli beras sekilo-dua sahaja.

Namun, mereka diberitahu bahawa Taib akan memperbaiki hidup mereka dengan memberikan segala kemudahan yang harus ada di zaman moden ini seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik 24-jam, jalan-jalan raya yang baik dan berturap, sekolah yang kondusif untuk anak-anak mereka, hospital dan klinik yang dikendalikan oleh para pakar, peluang-peluang yang luas untuk melanjutkan pengajian dan juga peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

Namun, setelah 30 tahun, apakah yang dapat kita lihat dan nikmati? Apa yang kita tahu adalah Taib dan rakan-rakan penyangak pembalakannya telah menebang sebanyak satu setengah juta hektar hutan kayu keras tropika bernilai berbilion-bilion dollar US di Sarawak. Mahkamah-mahkamah di Malaysia pula sedang membantu orang-orang tempatan ini mendapat kembali tanah-tanah NCR mereka. Tetapi orang-orang tempatan ini masih hidup serba kekurangan dan daif.

Orang-orang tempatan ini tiada lagi hutan untuk membekalkan buah-buahan, makanan dan haiwan-haiwan buruan untuk membolehkan mereka menjalani hidup berterusan, dan sungai-sungai mereka yang jernih dan indah pula telah dirosakkan dan dicemari. Ikan-ikan sungai banyak yang mati dan hampir pupus, dan air sungai pula tidak lagi selamat untuk diminum dan memasak makanan ataupun kerja-kerja mencuci dan pembersihan. Pengangkutan melalui sungai tidak lagi selamat kerana dipenuhi oleh rumpair yang hidup subur oleh baja-baja dari kawasan-kawasan perladangan.

Sementara itu, pendatang-pendatang dari negera-negara jiran pula dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang kerana sanggup diupah dengan murah, mana kala kaum lelaki orang-orang tempatan yang tidak berpeluang bekerja hanya duduk sepanjang hari dan ramai yang terlibat dalam kegiatan pengambilan alcohol yang tidak terkawal, yang mudah didapati dari kedai-kedai dengan tiada sekatan undang-undang kerajaan pimpinan Taib Mahmud.

Sarawak merupakan negeri yang terkaya di Malaysia dengan bilangan penduduknya yang kecil, dan penduduknya juga adalah di antara yang termiskin di negara yang telah merdeka selama lebih 40 tahun. 30 tahun dipimpin oleh Taib, Sarawak masih lagi tidak mempunyai akses jalan yang baik, tiada bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik 24 jam untuk semua penghuni rumah panjang dan perkampungan. Anak-anak mereka yang baru berusia 7 tahun dipaksa berdikari dengan menghuni asrama di sekolah-sekolah yang berada jauh dari kediaman mereka – ada di antara kanak-kanak itu diperkosa oleh para pembalak dalam perjalanan mereka ke sekolah.

Kemudahan kesihatan dan perubatan di negeri Sarawak juga sukar diperolehi atau dikunjungi oleh rakyatnya, seperti yang telah kami dedahkan dahulu. Kadar kematian di kalangan kaum ibu semasa bersalin adalah 3 kali ganda dari kalangan ibu-ibu di negeri-negeri lain di Malaysia, dan 10 kali ganda berbanding dengan di UK dan Australia.

Ke manakah pergi semua wang itu? Siapakah sebenarnya yang menikmati kemajuan dan pembangunan? Ketika Taib Mahmud akan meraikan ulangtahun ke-30 sebagai Ketua Menteri, kami mengambil keputusan untuk menerbitkan beberapa gambar dan imej yang telah dihantar oleh pembaca-pembaca setia kepada Sarawak Report. Taib bersaudara terdiri dari 10 orang , dan beliau mempunyai 4 orang anak dan ramai lagi ahli keluarga yang lainnya yang turut mendiami rumah-rumah mewah seperti beliau.

Keluarga-keluarga para kroni politik dan perniagaannya pula, di mana gambar-gambar rumah mewah mereka juga kami terbitkan di sini, adalah golongan individu yang paling bertuah yang telah menerima dan menikmati hidup hasil dari pemberian tanah-tanah NCR yang diasingkan dari NCR orang-orang asal, oleh Taib Mahmud sebagai ketua Menteri, juga selaku Menteri Sumber dan Perancangan, juga selaku Pengerusi Perbadanan

Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak (STIDC), juga selaku Pengerusi LCDA, dan jawatan-jawatan utama yang lain yang memberikan beliau segala kuasa ke atas Kerajaan Sarawak dan sumber-sumber asli negeri ini.


lagi di SINI  dan di SINI
Continue Reading... Labels:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors