RSS

Ibrahim Ali Tempelak Kerajaan Negeri Serawak Isu Kenaikan Gaji...wakakaka...



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menempelak kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor termasuk Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker menyifatkan ia boleh tersenarai dalam rekod dunia.

Ibrahim menyifatkan kenaikan 373.3 peratus yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai luar biasa dan tidak terkandung dalam Buku Jingga.

Katanya, wakil rakyat di Selangor perlu berkorban demi rakyat dan bukannya menggunakan dana kerajaan negeri bagi menanggung perbelanjaan mereka.

“Hebat dan luar biasa kenaikan gaji ADUN, menteri besar, speaker dan timbalan speaker dengan kenaikan 373.3%. Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat.

“Apakah ini salah satu janji dalam buku jingga? Saya semak, tidak ada pun. Gaji untuk wakil rakyat boleh dinaikkan tetapi peratusan kenaikan kali ini luar biasa. Boleh masuk dalam buku rekod perniagaan dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, alasan bebanan tugas semata-mata tidak boleh diterima dan dengan kenaikan sebanyak itu, orang kelainan upaya (OKU) pun mahu menjadi wakil rakyat.

“Bukankah wakil rakyat perlu berkorban? Malah harta sendiri juga perlu dikorbankan untuk rakyat. Kalau gaji besar,bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat.

“Orang pekak, bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat. Kalau kerajaan Barisan Nasional (BN) yang naikkan gaji seumpama ini, riuh-rendah mereka serang,” katanya.

Ibrahim mendesak rakyat Selangor membantah kenaikan itu termasuk kakitangan kerajaan supaya mereka mendapat kenaikan gaji sama.

“Mereka juga ada beban tugas lebih daripada wakil rakyat. Inilah yang dikatakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).



Berita terdahulu (pada WEDNESDAY, MAY 22, 2013)

Semua wakil rakyat di Sarawak mendapat nafas baharu untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi apabila mereka bakal menerima kenaikan gaji bulanan tiga kali ganda antara RM9,000 hingga RM26,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Mereka mendapat durian runtuh itu apabila Rang Undang-Undang (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-17 di Kuching semalam.

Rang undang-undang yang meliputi pelarasan gaji, pencen dan ganjaran itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dilakukan oleh Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Soon Koh berkata, wakil rakyat termasuk Setiausaha Politik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Muda, Menteri, Menteri Kanan, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri akan menerima kenaikan sekurang-kurangnya tiga kali ganda atau 200 peratus. 

Beliau berkata, kali terakhir DUN Sarawak membuat pelarasan gaji wakil rakyatnya ialah 21 tahun lalu iaitu pada tahun 1992.

“Pelarasan gaji ini mengambil kira faktor seperti peningkatan kos semasa, tanggungjawab dan cabaran ketika berkhidmat di wilayah yang besar,” katanya.

Mengulas lanjut, Soon Koh memberitahu, gaji Setiausaha Politik akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM9,000, ADUN (RM4,500 kepada RM15,000), Menteri Muda (RM7,000 kepada RM21,000) serta Menteri (9,000 kepada 27,000).

“Gaji Menteri Kanan pula dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM30,000, Timbalan Ketua Menteri (RM11,000 kepada RM35,000) serta Ketua Menteri (RM13,000 kepada RM39,000),” katanya.


Pada masa sama, Soon Koh menjelaskan, pelarasan berkenaan akan mengambil kira tunggakan gaji bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17 juta.




.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Ibrahim Ali - Manusia Yang Tak Tahu Erti MALU


Ketentuan untuk Perkasa telah terpahat. Ianya ditubuhkan tiga tahun lalu oleh sesumpah politik, Ibrahim Ali. Harapan untuk terus bernafas mungkin kurang dari dua tahun. Sebagai satu kemasyghulan kepada orang bukan-Melayu dan ketidakmampuannya mempengaruhi kaum sendiri, Si Batu Api terkenal Malaysia ini akan melihat sendiri kemandulan penyertaan ahli ke dalam pertubuhan pro-Melayu yang dibentuk selepas kejadian pembakaran beberapa gereja tahun 2010 yang lalu.

Dan samada dia akan menutup warungnya atau tidak, Perkasa terlihat berkecai, akibat pemimpin mereka sendiri yang kekurangan buah fikiran, dinamik dan wawasan untuk perjuangan.

Namun begitu, dalam pengertian sebenarnya, Ibrahim Ali yang juga ahli Parlimen Pasir Mas menyalahkan semua orang termasuk orang Melayu di dalam kenyataan terbarunya. Sewaktu memberikan ucapannya di acara Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 pertubuhan itu, Ibrahim mengherdik orang Melayu kerana tidak menyertai secara beramai-ramai pada acara menentang ‘Kristianisasi’ di negara ini.

“Sudah jam 4 petang pun, masih kurang dari 10,000 orang yang hadir. Saya amat malu sebagai seorang Melayu dan Islam. Ke mana perginya orang Melayu kita?” persoal Ibrahim ketika menggulung perbahasannya.

Seperti yang dihujahkan oleh pengamal politik negara, Ibrahim gagal melihat apakah dia turut boleh dipersalahkan kerana kehadiran orang ramai yang kurang di acara Himpun yang memainkan isu kaum itu.

Dengan sokongan dari bekas Perdana Menteri, Mahahtir Mohamad, Perkasa tertubuh dengan gegak-gempita dan dokongan parti UMNO. Namun, kebergantungan yang tinggi menghantui kaum dan agama lain tidak difikirkan.

Hampir tiga tahun berlalu dan Perkasa masih belum mampu mengotakan kata-katanya untuk memperjuangkan hak kaum Melayu untuk lebih sejahtera. Dari satu sisi yang lain, cara berpolitik Ibrahim yang merendah-rendahkan UMNO dan seterusnya ketidakmampuan dalam menuntut kerajaan pimpinan UMNO menggubal dasar-dasar utama bagi memperbaiki keperluan-keperluan untuk orang Melayu, adalah kesilapan besar. Orang Melayu yang selama ini diberikan hak istimewa ekonomi tetap masih antara yang termiskin di dalam negara.

Betul, Ibrahim Ali patut merasa malu terhadap diri sendiri kerana menghalau orang Melayu pergi. Ini menunjukkan masyarakat Melayu menolaknya dan sebagai satu amaran kepada UMNO yang ia tidak lagi mampu menggunakan taktik lapuk menipu orang Melayu.
 
Acara yang dinamakan Perhimpunan Sejuta Umat Islam itu hanya dihadiri kurang dari 5000 orang di stadium Shah Alam, apabila dikesan oleh politikus parti itu yang mempergunakan isu agama sebagai sandaran.

Ibrahim Ali dikatakan sebagai penggalak utama tetapi selepas penganjur acara menghidu gerak-geri dia dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim Zulkifli Nordin, mereka bergegas dihilangkan dari senarai rasmi penceramah.

Pada ketika itu, ianya sudah agak terlambat. Himpun dilihat sebagai sebuah acara politik dan bila PAS mendedahkan yang UMNO cuba menggunakan acara itu untuk sekali lagi menghidupkan kerajaan perpaduan, orang Melayu rasa tertipu dan tidak mengambil pusing tentang acara itu lagi.  

Sewaktu mesyuarat Perkasa beberapa tahun dulu, Ibrahim turut merungut yang orang Melayu hanya tahu meminta-minta untuk ‘sesuatu’ namun tidak mahu bangun melawan mendapatkan hak mereka. Sekiranya orang Melayu terus menjadi pasif, mereka akan dibuli dan merana seperti nasib orang Melayu di Singapura dan Pulau Pinang di mana mereka terpaksa akur dengan orang Cina.

"Namun bila ada pertemuan atau perhimpunan, kenapa ini kenapa itu? Apa pengorbanan kita? Berapa jauh yang sanggup kita lakukan?” kata Ibrahim yang sering menyatakan bahawa dia neutral dalam politik.

Namun orang Melayu hilang kepercayaan terhadap Perkasa yang memperjuangkan kaum Melayu kerana tiada penghasilan dan sering sahaja memperkudakan bangsa dan agama orang lain dalam kegiatannya. Ramai orang Melayu yang turut malu dengan kelakuan perkauman Ibrahim dan sahabat-sahabatnya yang langsung tidak diendahkannya dan malah menyatakan kelakuan ini adalah apa yang diperlihatkan di dalam jaguh orang Melayu.

Orang Melayu mula menjauhkan diri mereka dari Ibrahim yang gagal hadir perhimpunan BERSIH 2.0 untuk pilihanraya bersih dan adil, di mana dia berikrar akan hadir melawan sesiapa sahaja yang mempersoal hak orang Melayu. Bagi ramai orang Malaysia, watak yang dimainkan oleh Ibrahim sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 itu dibuktikan tanpa ragu-ragu yang PERKASA hanyalah alat atau jentera UMNO untuk melemahkan sesiapa yang menentangnya.

Ibrahim Ali telah berbakti lebih dari orang lain menongkat pengertian Mahahtir yang orang Melayu itu lemah, tidak mandiri dan terlalu bergantung kepada pemberian kerajaan dan jika mereka tidak dapat apa yang diinginkan, mereka sanggup menggunakan kekerasan ke atas orang bukan Melayu. Inilah gambaran yang telah Ibrahim dan Mahathir berikan kepada orang bukan Melayu dan gambaran yang sama jugalah yang sedang digunapakai oleh dunia luar tentang orang Melayu di Malaysia.

Sebelum ini Mahathir pernah berkata "Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri."

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).


.
Continue Reading... Labels: , , , ,


PENDEMO Depan Ibu Pejabat PKR Kena KENCING Oleh perkasa/umno...hahahaha!!!



Barua Detected....Celaka....Rupanya Panglima Perang dan Pejuang Umngok + PERKASA cuma bernilai RM20..hahahahahahahaha...

Kalau ko cuci stokin aku, aku bagi RM50....

https://www.facebook.com/razmanphotoarts/posts/625093317506786?notif_t=like


Elaun tak dapat, FB jadi tempat lepas geram..


Last2..hahhahaha..Kantoi.... -Jahar




.
Continue Reading... Labels: , ,


Perkasa/UMNO HINA KALIMAH ALLAH!



Najib ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu berkata -
"Satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara. Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam."

Najib juga berkata satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Tetapi mempertahankan umat Islam dan akidahnya macam mana yang Najib faham???

Cuba lihat gambar program jelajah bermotosikal menentang penggunaan kalimah Allah anjuran NGO-pro UMNO Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kota Setar..

Apa yang anda nampak???


Adakah Islam begini yang najib mahukan???

Kononnya nak pertahan kalimah Allah dari digunakan oleh Kristian.. tapi dalam masa yang sama ada jelas melanggar perintah Allah.. ~ Kerabu Bersuara




.
Continue Reading... Labels: , ,


Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Didakwa Membunuh


Pengasas Utama Pewaris Malaysia Dato' Seri Jaafar Shaari bersama Tan Sri Omardin di Majlis yang dianjurkan oleh Penawar Satu Malaysia

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga air bulan lepas.

Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya Ahmad Jiwari Jaafar, 23, secara bersama didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan, Selangor, antara 3.40 pagi dan 5.30 pagi pada 13 Ogos lepas.

Jaafar dan Ahmad Jiwari yang juga ahli perniagaan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Datuk Abd Halim Yahya yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah agar wang jaminan dikurangkan kerana penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya merupakan seorang pekerja kilang manakala penjamin bagi Ahmad Jiwari pula adalah ibu saudaranya.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Okt untuk tarikh sebutan.

- Bernama


SIAPA DATUK SERI JAAFAR B SHAARI?



Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan yang mesra-UMNO.

Beliau sebelum ini pernah meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.

Dengena keceluparannya mengungkapkan Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

Sila baca:


 


.



Continue Reading... Labels: , , , ,


Anwar Perlu Pulangkan RM3 Bilion




KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta supaya memulangkan RM3 bilion dalam bentuk akaun induk sebelum bersara daripada politik sekiranya pakatan tersebut gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, rakyat sudah pasti tidak mahu Anwar bersara tanpa memulangkan wang tersebut kepada pihak berwajib.

"Duit itu amat berguna dan boleh digunakan untuk membantu ramai orang miskin dan anak-anak yatim. Tolong pulangkan semula duit rakyat itu sebelum bersara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isu akaun induk bernilai RM3 bilion yang dikawal Anwar diperkatakan kembali selepas didedahkan oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali baru-baru ini.

-Utusan


Anwar Dedah Akuan Sumpah Bekas Pengarah Siasatan BPR RM3 Bilion



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendedahkan surat akuan bersumpah oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idrus.

Surat akuan bertarikh 10 November 2009 yang dimuat naik dalam laman blog beliausemalam memaparkan bukti bahawa siasatan terhadapnya berhubung pertuduhan menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat telah pun ditutup kerana tiada sebarang kes.

"Siasatan telah dijalankan oleh satu Cawangan di bawah penyeliaan saya di Ibu Pejabat BPR Malaysia.

"Siasatan dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan teliti termasuk ke luar negara seperti Singapura dan United Kingdom.

"Siasatan itu menghasilkan tiada sebarang kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa berhubung dengan Akuan Bersumpah tersebut dan saya mengarahkan siasatan itu ditutup," kata Abdul Razak dalam akuan tersebut.

Menurut akuan itu lagi, selaku Pengarah Siasatan BPR pada tahun 1999, Abdul Razak telah mengarahkan siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 ke atas akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid yang diterbitkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

Bekas Pegawai Kanan BPR itu memberi keterangan akuan bersumpah itu dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas).

Anwar memfailkan saman itu pada 4 Julai 2003.

Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.

Abdul Razak membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 – kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada awal September tahun berkenaan.

Anwar dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998.

Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Dalam perkembangan sama, Abdul Murad semalam dilapor menegaskan sudah memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung isu berkenaan.


Akuan bersumpah Abdul Murad

Saya, Abdul Murad Bin Khalid (No Kad Pengenalan 531215-08-5957), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan menetap di No 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya mengaku sebagai berikut: -

1. Pada 16 September 1999 saya telah didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar berkenaan saham Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) dan 51 hartanah yang didakwa memberi manfaat kepada saya menurut seksyen 87 (2) (c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

2. Untuk melakukan keadilan kepada diri saya sendiri, saya mesti membuat akuan awam mengenai perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan pelbagai jawatan yang saya lakukan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa bebanan besar dan tekanan yang dipikul untuk jawatan-jawatan tersebut. Pernyataan awam ini juga bertujuan untuk memberikan perspektif yang betul kepada orang ramai tentang komplot bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”) yang juga Menteri Kewangan dalam penglibatannya secara langsung dalam memberi arahan terhadap BNM.

3. Sebagai salah satu daripada eksekutif tertinggi di BNM, Saya kebiasaannya termasuk di dalam kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disukai – dan kemudiannya diamanahkan kepada saya untuk menjalankan beberapa arahan beliau, apa yang dipercayai oleh saya sekarang adalah untuk melanjutkan cita-cita politiknya. Dalam melaksanakan skim politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk melaksanakan eksesais korporat tertentu yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni-kroninya. Hutang-hutang kroni-kroni beliau telah dibersihkan / diselesaikan dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan-rundingan menggunakan pengaruh BNM.

4. Antara eksesais korporat yang paling ketara ialah pengambilalihan syarikat Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak. Konsesi itu telah dijual kepada MRCB atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MRCB kemudian menyuntik ‘konsesi’itu ke dalam Malakof Berhad yang merupakan anak syarikat MRCB. Saya percaya bahawa keuntungan kira-kira RM50 juta daripada urus niaga ini dimasukkan ke salah satu dana politik DSAI.

5. Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dengan ketara dalam meningkatkan bantuan kewangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad yang disenaraikan di Papan Utama BSKL. Phileo Allied Bank juga adalah di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong menjadi kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengenalan saya dan mereka kemudiannya menjadi sangat rapat. Tong Kooi Ong kemudiannya mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menubuhkan satu “Akaun Induk” (Master Accounts) – yang di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akaun Induk itu hasil yang diperolehi daripada pegangan saham dan bangunan. Pada satu peringkat Tong Kooi Ong membuka rahsia kepada saya bahawa Akaun Induk itu bernilai RM200 juta berdasarkan nilai saham dan bangunan yang diperolehi daripadanya.

6. Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 Akaun Induk lain yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pelbagai kroni-kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana dalam 20 Akaun Induk adalah lebih RM3 bilion. Modus operandi DSAI adalah pecah dan perintah serta setiap operator untuk setiap Akaun Induk tidak sedar tentang kewujudan Akaun Induk yang lain. Saya percaya kerajaan sedar tentang siapakah kroni-kroni ini.

7. Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih daripada RM120 juta telah dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politik beliau sendiri. Sebagai contoh ia dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya dan individu-individu pengikutnya serta organisasi-organisasi yang dikenali berkaitan atau berhubungan dengannya antara 1992 hingga 1997: -

(1) Dirinya sendiri (DSAI) – RM50 juta
(2) Dato ‘Abdullah Ahmad (PBB) – RM 5 Juta
(3) Dato Nasaruddin Jalil – RM10 Juta
(4) Asia Pasifik Dasar Centre (APPC) – RM 38 juta & Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
(5) Institut Kajian Asas (IKD) – RM5 Juta
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar – RM5 Juta
(7) Abim – RM 5 Juta – Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) – RM 2 Juta
(8) Yayasan Islam yang berpangkalan di UK – RM 1 Juta

JUMLAH RM 121 Juta

8. Saya juga diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tong Kooi Ong untuk membayar Puan Shamsidar dan seorang lagi bernama Encik Rahman terhadap apa yang mereka lakukan. Puan Shamsidar adalah isteri Encik Azmin Ali, Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara meluas telah diketahui bahawa Puan Shamsidar dibayar lumayan dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu serta pada kebanyakan masa dia tidak perlu untuk pergi ke tempat kerja.

9. Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD 10 Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar.
 
Saya percaya bahawa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak dapat memastikan jumlah sumbangan mereka secara tepat, saya yakin jumlahnya juga mencecah berjuta-juta dolar AS. APPC dan Douglas H. Paal adalah salah satu daripada jentera utama yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan imej beliau di negara-negara Barat, terutamanya di Washington, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. APPC juga pelobi utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan organisasi media antarabangsa.

10. APPC menganjurkan “Dialog Pasifik” iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC.

11. Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan.

Apa yang saya telah saya nyatakan di atas tanpa keraguan membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk faedah cita-cita politik dengan bantuan elemen-elemen asing. Perkembangan semasa yang sedang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat untuk melanjutkan cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti yang mencukupi bagi menyokong dakwaan ini.

12. Saya juga telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan untuk membantu orang yang berikut untuk membersihkan hutang mereka seperti yang dinyatakan di bawah: -

(a) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (sekarang Wakil Tetap ke PBB) dengan Bank Bumiputra tentang hutang lebih daripada 10 Juta. Saya membantu dengan rundingan hutang penyelesaian sebanyak RM7 Juta. Suatu amaun sebanyak RM5 Juta telah diambil daripada Akaun Induk untuk membayar hutang tersebut. Manakala baki sebanyak RM2 Juta datang dari Tan Sri Ahmad Abdullah sendiri, hasil dari penjualan tanah.

(b) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Puan Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta. Saya telah menyampaikan permohonannya itu kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk bantuan membangunkan tanah di sepanjang Jalan Tun Razak, yang kini telah disiap dikenali sebagai Marinara Kompleks. Panel TPU meluluskan permohonan beliau. Puan Marina Yusof sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

(c) Sebuah syarikat berpengkalan di Pulau Pinang Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih daripada RM l0 juta yang dicagar dengan caj tanah pihak ketiga. Pemegang saham majoriti ialah Chew Seng Guan dan Encik Ahmad Kamal yang Datuk Seri Anwar Ibrahim latih untuk menjadi ahli perniagaan dan ahli politik Bumiputera. Saya kemudiannya membantu mengatur pejualan tanah kepada Matang Emas Sdn. Bhd sebuah syarikat yang dimiliki oleh Encik Taib Hamid, di mana jualan tanah itu juga dapat menyelesaikan beberapa masalah peribadi Encik Taib Hamid. Sebidang tanah yang sama kemudiannya dijual oleh Encik Taib kepada TPPT Sdn Bhd untuk projek perumahan kos rendah yang kini dikenali sebagai Taman Tun Perak. 

(d) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan saya untuk membantu Kumpulan Dato ‘Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan NST daripada Renong. Saya meminta bantuan dari Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya Kumpulan Dato ‘Nazri menggunakan MRCB sebagai kenderaan untuk mengambil alih saham NST. Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri untuk membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST. 

(e) Saya telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu Encik Faiz Abdullah ( penulis hantu Datuk Seri Anwar Ibrahim), bersama-sama dengan Seow Lun Hoo dari Hong Leong untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB), kemudian dimiliki oleh Berhad ldris Hidraulik. Skim yang terlibat menggunakan Arus Murni Berhad dahulunya dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Utama BSKL sebagai syarikat induk.

Saya mendekati bank-bank berikut (i. Hong Leong Bank ii. Hong Leong Finance iii. Sime Bank iv. RHB Bank v Southern Bank vi. BSN Commercial Bank) untuk membantu pinjaman sindiket untuk membeli saham KUBB yang bernilai melebihi RM400 juta. Faiz Abdullah adalah seorang penulis hantu yang sangat bijak dan operator politik untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga seorang peguam, bekas wartawan dan bekas pegawai polis Cawangan Khas.

13. Penglibatan saya dengan Tong Kooi Ong dan Akaun Induk dalam melaksanakan arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan saya dalam masalah undang-undang. Pada 16 September 1999 saya didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar tentang pemilikan saham-saham Ben Harta Sdn Bhd dan 51 hartanah yang diwujudkan untuk faedah saya yang berjumlah RM23.9 juta.

14. Saya mesti menyatakan bahawa saya tidak pernah tahu tentang kewujudan kedua-dua individu yang kononnya menjadi pemegang saham Ben Harta Sdn Bhd iaitu Gan Hong Sin @ Lan Hong Sing dan Gan Sor Ting. Tong Kooi Ong telah menunjukkan kepada saya bahawa syarikat ini memegang hartanah dan saham sebagai sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana untuk Datuk Seri Anwar.

Saya tidak pernah ditunjukkan atau melihat buku Akaun Induk yang dikendalikan oleh Tong Kooi Ong. Saya tidak tahu apa-apa saham yang dipegang oleh Ben Harta bagi pihak saya, serta lokasi daripada 51 hartanah yang juga dikatakan telah diadakan bagi pihak saya, kecuali satu apartmen dan satu banglo yang saya telah diamanahkan untuk mengekalkannya bagi tujuan pelaburan yang kemudiannya dijual untuk Akaun Induk.

15. Saya amat percaya bahawa maklumat yang salah telah diberikan kepada pihak berkuasa untuk mengaitkan saya dengan Ben Harta Sdn Bhd. Saya menuding jari kepada Tong Kooi Ong dan dua pemegang saham Ben Harta. Mereka telah mensabitkan saya untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.

16. Selain dari hartanah yang dipegang di bawah Ben Harta Sdn Bhd, saya juga tahu bahawa beberapa harta telah dibeli untuk pelaburan dan Akaun Induk dan untuk kegunaan masa depan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lokasi harta-harta ini terletak di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai kira-kira RM15 juta.

17. Berkenaan dengan polisi kerosakan yang diguna pakai oleh BNM berikutan kemelesetan ekonomi pada Julai 1997, saya secara mutlak, menyatakan bahawa saya telah menentang kuat terhadap polisi-polisi ini. Saya menentang polisi ‘Had Pinjaman Dibenar’(Legal Lending Limit), pengurangan NPL (pinjaman tidak berbayar) daripada 6 bulan hingga 3 bulan, ‘Pengecutan Kredit (Credit Crunch) diperkenalkan pada Oktober 1997 dan ‘Kadar Faedah Tinggi ‘ (Higher Rate of Interest). Semua polisi-polisi ini telah disahkan dan diterima pakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya dan beberapa pegawai eksekutif BNM berusaha untuk menghentikan polisi-polisi ini daripada dilaksanakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengecam saya kerana bersuara menentang polisi-polisi ini. Dia menuduh saya “terlalu dekat dengan pasaran”. Saya kini sedar bahawa ini adalah satu taktik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghancurkan ekonomi dan membawa Malaysia melutut dan menjemput International Monetary Fund (IMF) bagi memaksa Dr Mahathir meletak jawatan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

18. Berikutan penangkapan saya dan diikuti dengan peletakan jawatan saya sebagai Pengarah Eksekutif RHB Bank Berhad yang telah membuatkan saya berfikir bahawa sepanjang penglibatan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat dikesali walaupun seperti yang saya katakan sebelum ini saya telah dipaksakan sebagai salah seorang Eksekutif di BNM.

Saya kini sedar bahawa saya telah dieksploitasi dan diperalatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang aset untuk kegunaan politik peribadi dan manfaatnya. Aset-aset yang ditahan di bawah Ben Harta bukan milik saya. Oleh itu, terpulang kepada kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya berkenaan pengurusan kuasa, termasuk penyitaan jika dibenarkan.

19. Saya kini menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan dan setia Malaysia untuk menolak taktik politik kotor yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya, sebaliknya menyokong semua usaha-usaha ekonomi dan fiskal untuk membawa kembali kesejahteraan ekonomi negara. Saya sentiasa bersedia dan sanggup untuk mengutuk sesuatu yang tidak betul dan komplot Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan cita-cita politik beliau yang sememangnya menjejaskan keselamatan negara, keamanan dan kestabilan politik.

20. Kesimpulannya, saya dalam keadaan tidak berbelah bagi bahawa Sidang Akhbar / Siaran ini dibuat melalui Akuan Berkanun dibuat oleh saya secara sukarela, tanpa apa-apa dorongan, ugutan atau janji atau paksaan dari mana-mana pihak, mahupun sebagai balasan bagi apa-apa nikmat atau rawatan khas berkaitan dengan tuduhan yang saya hadapi dan saya membuat pengakuan ini dengan hemat sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan menurut kuasa Akta Akuan Berkanun, 1960.

Ditandatangani oleh penama 

DATO‘ Abdul Murad bin Khalid
Kuala Lumpur, 26 Oktober 1999.

NOTA :


AKUAN BERSUMPAH INI DIBUAT PADA 26 OKTOBER 1999, LEBIH SETAHUN SELEPAS ANWAR DIPECAT PADA 2 SEPTEMBER 1998.

TIDAKKAH IA SATU LAGI KONSPIRASI POLITIK MEMBURUKKAN ANWAR OLEHMAHATHIR SETELAH KES FITNAH LIWAT LANGSUNG TIDAK DIPERCAYAI RAKYAT??


.
Continue Reading... Labels: , , ,


PERKASA...CUKUPLAH LAKONAN BODOH KORANG TU!!!




Pihak Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) melahirkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap perbuatan biadap oleh budak hingusan yang kononnya “WIRA PERKASA PULAU PINANG”. Insiden yang menunjukkan kasut kepada Ketua Menteri baru-baru ini amatlah tidak bertamadun sebagai seorang Melayu yang beragama Islam. Beginikah caranya PERKASA menyelesaikan masalah orang-orang Melayu di negeri ini? Dari mula lagi memang majoriti melayu di sini tidak bersetuju langsung dengan cara pihak PERKASA membantu permasalahan orang-orang melayu Pulau Pinang. Dengan mempraktikkan revolusi fizikal bagi tujuan memaksa Kerajaan Negeri melayan kehendak mereka bukanlah jalan yang terbaik. Kalau hendak menjadi gangster jalanan bukanlah di negeri ini.

Pihak PERKASA perlu cermin diri mereka terlebih dahulu tindak-tanduk yang bermula dengan cara agresif dan kemudiannya menggertak Kerajaan Negeri supaya tunduk kepada kemahuan mereka sudah tidak terpakai. Pihak KMPP sendiri begitu lantang bersuara tetapi tidak pernah memberontak, justeru tiada masalah kepada kami untuk menyampaikan terus memorandum kepada Ketua Menteri biar kurang publisiti asalkan kita diterima baik seadanya.

Pihak saya percaya walaupun Ketua Menteri bukan orang Melayu namun beliau ada caranya untuk sedaya upaya membantu orang-orang Melayu di negeri ini. Beliau lebih sedar tanpa sokongan orang-orang Melayu pentadbiran Kerajaan Negeri akan menjadi kucar kacir. Beliau lebih arif tentang geo-politik di negeri ini, “Bertepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi”. Hentikanlah sandiriwara wahai pihak PERKASA. Jangan mengambil terlalu banyak kesempatan untuk menjadi hero orang-orang Melayu. Cukuplah lakonan anda.

Adalah dikhuatiri orang-orang melayu dinegeri ini akan terus terpinggir dan berada di dalam kerugian akibat permainan politik serta tindakan ganas seperti itu. Berilah peluang kepada orang-orang melayu yang seramai hampir 640,000 dinegeri ini memulihkan maruah mereka serta menarik nafas lega sementara menanti kedatangan PRU-13 nanti. Tindak - tanduk pihak PERKASA berkenaan semestinya bakal menguntungkan sokongan terhadap pihak lain. KMPP berpandangan tidak perlulah pihak Kerajaan Negeri membuang masa melayan karenah yang berunsur keganasan seperti ini. Pihak saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin politik melayu di negeri ini khususnya hanya membisu dalam soal ini? Mengapa tidak berani menyuarakan pandangan bagi memperbetulkan akhlak anak-anak muda ini dari terus berkelakuan biadap atau mungkin juga pemimpin berkenaan bersekongkol dengan isu tersebut.

Pada masa yang akan datang adalah disarankan agar pihak Kerajaan yang diterajui oleh Parti DAP tidak memandang ringan ke atas isu-isu yang melibatkan soal ekonomi orang-orang Melayu di negeri ini. Kita faham perlaksanaanya tidak mudah seperti yang diungkapkan. Namum pelan transformasi bagi tujuan penambahbaikkan perlu diterjemahkan supaya tidak timbul persoalan kedudukan Melayu di negeri ini dianaktirikan.

Itulah sebabnya pihak KMPP telah mengemukakan cadangan agar pihak Kerajaan Negeri dapat menubuhkan MAJLIS RUNDINGAN EKONOMI MELAYU PULAU PINANG (MREMPP) supaya semua permasalahan ekonomi serta kebajikan orang-orang melayu di negeri ini dapat disalurkan terus kepada Majlis Rundingan berkenaan. Ini disebabkan tiada seorang Exco Melayu pun dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang yang berkaliber serta berkebolehan dapat menyelesaikan masalah-masalah orang-orang melayu dinegeri ini. Situasi demonstrasi dan tindakan biadap seperti itu berkemungkinan dapat diredakan. Pihak KMPP memohon supaya cadangan tersebut dikaji secara serius dari sudut positif setidak-tidaknya satu impak yang berkesan dari segi sokongan moral kemanusiaan dapat diterjemahkan demi keselesaan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Pihak KMPP tidak berhasrat menyebelahi mana-mana pihak namun atas nama maruah orang-orang Melayu di negeri ini maka pihak kami mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut yang secara tidak langsung menjatuhkan maruah orang Melayu di sini. Jika beginilah perbuatan mereka maka sudah pasti orang Melayu di negeri ini akan terus terpinggir tanpa pembelaan.

Mohd Noor Mohd Abdul Kader,
Setiausaha KMPP
 
 
 
.


Continue Reading... Labels: , , , , ,


Perkasa dan Ibrahim Ali memalukan orang Melayu




Jika anda pergi ke kampong-kampung atau desa dan bertanya jika orang-orang Melayu disitu tahu apa itu PERKASA atau perjuangannya. Kebanyakkan daripada mereka tidak akan tahu apa-apa mengenainya dan mungkin juga ada diantara mereka akan ingat ia adalah ubat untuk tenaga batin.

Mereka yang tahu apa itu PERKASA dan pemimpin kontroversinya, Ibrahim Ali selalunya tidak menyokong pertubuhan ini. Mereka tidak mempunyai komen yang baik buat si penegak hak Melayu ini dan hanya membaca berita tentang aktiviti mereka di dalam akhbar atau online. Sememangnya, tiada siapa yang sebenarnya menyokong PERKASA dari kalangan orang Melayu- di bandar mahupun di desa.

Walaupun mereka yang menyokong UMNO tidak mempedulikan PERKASA dan menganggap mereka sebagai orang tua yang berlagak seperti badut yang gemuk. Di Kelantan, Ibrahim Ali dikenali sebagai ahli parlimen bebas di Pasir Mas. Menurutnya, PERKASA ditubuhkan berikutan kemelut politik mengenai hak sama rata dan meritokrasi selepas pilihan raya umum 2008 semasa UMNO kehilangan banyak kerusi bagi memerintah kerajaan persekutuan.

Jaguh politik yang gagal mendapatkan sokongan orang Melayu

Ibrahim terlebih dahulu bertanding di bawah tiket PAS tetapi mengisytiharkan dirinya sebagai bebas selepas menang dan akibatnya disumpah seranah oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana menipu dan bersikap opportunis. Ibrahim boleh dikatakan sebagai jaguh politik yang terlebih dahulu dibuang dari UMNO. Terasing tanpa teman seperjuangan, PAS lah yang memberi peluang terakhir baginya.

Walaupun mendakwa sedemikian, idea untuk menubuhkan perkasa bukanlah sebenarnya untuk memperjuangkan hak orang Melayu tetapi untuk memberi dirinya peluang untuk berada di khalayak ramai dan sentiasa relevan. Jika tidak, dirinya sudah pasti hilang di persada politik. Juga, mereka juga adalah ‘tukang karut’ untuk UMNO. Bosan dengan Pemuda UMNO yang sudah hilang taringnya dibawah pimpinan Khairy Jamaluddin, pemimpin parti veteran seperti Mahathir juga menggunakan PERKASA, sayap pelampau mereka yang rasis.

Ahli PERKASA yang terdiri daripada orang UMNO yang diakui oleh Ibrahim Ali dalam sebuah temuramah dengan media online. “Beberapa orang ahli parlimen dan ahli majlis tertinggi UMNO,” kata Ibrahim dengan nada berlagak sambil menolak untuk untuk memberi nama mereka kecuali Mahathir Mohamad, penaung PERKASA. Ramai juga adalah bekas tentera dan penjawat awam dari bahagian teknikal sehinggalah pengkeranian. Ada juga sebilangan kecil merupakan ahli PAS dan PKR.

“Saya juga tidak sangka akan sambutan ini kerana saya tidak meletak target untuk keahlian. Ia jauh melepasi jangkaan saya,” dia dilaporkan berkata.

Memang sepatutnya dia terkejut kerana telah menjangkakan sambutan yang lebih. Sebenarnya, dia mengharapkan semua orang Melayu untuk menyokong PERKASA tetapi hanya mampu mendapat sebilangan kecil sahaja yang berada dalam situasi serba salah kerana mereka juga penyokong dan terlibat dalam parti politik.

Si Penaung Mahathir juga dibenci orang Melayu

Mahathir, bekas perdana menteri, menulis dalam blognya; apa jua perasaan UMNO, saya telah memutuskan bahawa NGO ini berkemungkinan akan menjejaskan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang jika mereka mahu. Jadi, saya sudah nekad untuk bersama PERKASA untuk memastikan mereka tidak beralih kepada pembangkang. Saya jamin, PERKASA menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang.

Walaupun begitu, sokongan dari Mahathir dan bekas ketua polis Rahim Noor tidak boleh meyakinkan orang Melayu bahawa PERKASA bagus buat mereka. Ramai yang masih menjauhkan diri dari PERKASA.

Kenapa? Adakah kerana orang Melayu tidak begitu pedulikan Mahathir dan juga Rahim Noor? Jujurnya, Melayu sudah ada UMNO, PAS dan PKR jika berminat. Dalam pada itu, selain Barisan Nasional, mereka juga ada Pakatan Rakyat sebagai alternatif; jadi mereka sudah mempunyai pilihan.

Sifat Melayu dan kenapa PERKASA dipinggirkan

NGO juga berbeza daripada parti politik. NGO seperti PERKASA hanya mampu menyalak tapi tidak menggigit. Selain daripada itu, PERKASA juga dilihat sebagai perkauman dan nasionalis Melayu yang melampau- yang bukan merupakan nilai budaya orang Melayu.

Sebelum merdeka lagi, Melayu sudah boleh menerima pendatang Cina dan India. Orang Melayu juga telah membiarkan pendatang ini bersetinggan di tanah mereka dan membina rumah, bercucuk tanam dan membela ayam dan itik. Orang Melayu sememangnya baik hati dan bersopan santun. Jadi, cara dan pendirian yang digunakan oleh Ibrahim Ali dan PERKASA tidak memberi kesan yang baik kerana ia amat asing bagi orang Melayu.

Orang boleh berkata bahawa Melayu tidak semuanya bersopan santun kerana pada masa demonstrasi menentang pembentukan Malayan Union pada tahun 1950-an, ramai Melayu yang menyertainya. Walaubagaimanapun, mereka bukan disana untuk berdemonstrasi. Sedihnya, mereka datang kerana dijanjikan wang. Wang adalah sebabnya kerana mereka sangat miskin.

Masih miskin

Kesnya sama juga sekarang. Majoriti orang Melayu masih miskin. Jadi, selepas 54 tahun memerintah dan memperjuangkan orang Melayu, UMNO masih belum membangunkan komuniti ini, apatah lagi PERKASA?
Orang Melayu tidak berminat pada cakap-cakap kosong, slogan, ugutan dan teriakkan. Namun, ini sahajalah yang mampu dibuat UMNO dan PERKASA.

Orang Melayu mahukan jawapan. Mereka mungkin miskin, tapi bukan dungu. Orang Melayu sudak muak dengan UMNO dan PERKASA dan lebih muak lagi apabila tiada apa yang dijanjikan telah dikotakan atau membuahkan hasil.

PERKASA mungkin boleh membantu jika ia menyoalkan apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk orang Melayu, dan bertanya juga mengapa hanya beberapa orang Melayu sahaja, menteri UMNO dan orang UMNO sahaja yang kaya raya. Kumpul semua kemungkinan dan siasat untuk pembaikan, bukan hanya memilih siapa yang patut kerana hanya talibarut UMNO sahaja yang akan berbuat begitu.

PERKASA hanya menyalahkan orang lain atas masalah yang dihadapi orang Melayu, dan meminta supaya orang Cina dan India untuk balik ke Negara asal dan meminta agar kerakyatan mereka dilucutkan dan memberi tekanan kepada mereka dari segi kaum dan agama. Contoh terbaru adalah pertikaman lidah antara Ibrahim Ali dan Rev Eu Hong, dimana PERKASA dan Ibrahim Ali terutamanya, telah memalukan nama baik orang Melayu.

Bilakah Ibrahim Ali akan sedar dan bangun dari mimpi buruk ini. Dia tidak sedar bahawa dia gagal untuk mengumpul sokongan orang Melayu dan membawa mereka untuk berhimpun menentang perhimpunan 9 Julai, bermaksud, PERKAS bukan sahaja tidak relevan kepada orang Melayu, tapi dia, Ibrahim Ali juga pembawa sakit.

Malaysia Chronicle


.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors