RSS

5 Fakta Penting Presiden Hosni Mubarak

4 comments

Mubarak bersama isteri, dua anak lelaki serta menantu perempuan
Ratusan ribu rakyat Mesir berdemonstrasi di  Tahrir Square, Kaherah menuntut pengunduran  Presiden Hosni Mubarak. Ribuan tentera telah dikerahkan mengawal keadaan disusuli dengan jet pejuang serta helikopter tentera yang berlegar diruang udara Ibukata kaherah pada ahad lepas. Dengan keadaan yang semakin medesak Presiden Mubarak supaya berundur, Beberapa fakta menarik mengenai Mubarak yang memerintah Mesir selama tiga dekad yang harus kita ketahui

Berikut adalah beberapa fakta tentang Presiden Hosni Mubarak

Seorang  bekas juruterbang pesawat pejuang dan pengebom yang pernah memimpin angkatan tentera udara  Mesir.
Dilahirkan pada tahun 1928 di sebuah desa kecil berhampiran Kaherah. Dia dan isterinya dikurniakan dua anak lelaki, Gamal dan Alaa. Gamal ahli perbankan , bakal dilantik sebagai penganti presiden digeruni oleh peminpin dan ahli parti-parti  pembangkang.

Pertama kali mengisytiharkan undang-undang darurat tak berapa lama selepas berkuasa.
Mubarak juga adalah presiden keempat Mesir serta presiden negara yang paling lama memerintah. Dia telah memerintah Mesir selama tiga dekad. Kejayan beliau mematahkan penentangan terhadap beliau saban tahun telah menguatkan cengkaman kuasa beliau.

Mubarak berada disebelah Anwar Sadat ketika Sadat ditembak mati.  
Pada tahun 1975 Mubarak telah dilantik sebagai naib presiden, Mubarak berada disebelah Anwar Sadat sewaktu prersiden itu ditembak mati pada tahun 1981, anehnya Mubarak terselamat dalam tragedi tersebut.

Pertama kali dicabar dalam Pilihanraya yang terahir diadakan.
Mubarak tidak melantik Naib presiden selama  lebih daripada satu dekad, sehinggalah beliau menamakan  Omar Suleiman jawatan tersebut pada sabtu lalu. Mubarak memenangi kesemua pilihanraya yang telah diadakan sebanyak tiga kali tampa dicabar sehinggalah pada tahun 2005. beliau buat pertama kalinya dicabar dalam pilihanraya.presiden.

Mubarak terselamat dari enam kali  percubaan membunuhnya,
Wartawan BBC melaporkan beliau  terselamat sekurang-kurangnya enam percubaan membunuhnya. Terutama sekali ketika rombongan  beliau ditembak dengan senjata automatik AK 47 sekitar lawatan negara ke Habsyah pada tahun 1995. Mubarak terselamat didalam kereta Mercedes kalis peluru yang diterbangkan khas dari Mesir.
Continue Reading... Labels:


Tol : Permainan Silap Mata Pemerintah Sekular

1 comments


Kerajaan umum penstrukturan tol kurangkan beban rakyat

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan penstrukturan tol selepas semakan semula kos pengangkutan dilakukan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penstrukturan itu membabitkan tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

Katanya ia juga melibatkan penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur, yang dijangka pada Mei tahun ini.

"Sejajar dengan semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi tol mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

"Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak besar kepada rakyat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.  Turut hadir, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor

Sumber: Berita Harian 28/01/11

Tidak Ada Istilah Diskaun Mahupun Pengstrukturan Tol. Yang Ada Hanyalah Hapuskan Tol

Para pemimpin sekular umat Islam nampaknya terus menerus memikul dosa kerana menerapkan sistem kufur dalam pemerintahan mereka, ketika mana kuasa itu ada di tangan mereka. Amatlah ruginya para pemimpin yang berkuasa saat ini kerana mereka tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mendapatkan pahala malah sebaliknya mereka lebih suka memilih untuk membuat dosa. Tol bukanlah isu yang boleh digula-gulakan dengan istilah 'diskaun' atau 'pengstrukturan'. Satu-satunya istilah bagi tol adalah “hapuskan sahaja cukai itu”.

Ini adalah kerana tol merupakan satu bentuk  cukai yang diharamkan oleh Islam. Tapi nampaknya Najib selaku pemimpin yang paling berkuasa saat ini, sejak memerintah Malaysia terus berusaha untuk memperbodohkan rakyat dengan memperkenalkan pelbagai istilah-istilah yang nampaknya seolah-olah baik untuk rakyat. Tetapi yakinlah bahawa umat kini sudah mula melihat dan celik dengan Islam. Parti politik dan gerakan Islam bekerja siang dan malam untuk membina umat dengan Islam agar mereka sedar akan hak-hak mereka dari sudut pandangan Islam.

Untuk itu, salah sekiranya Najib beranggapan bahawa dengan memperkenalkan pelbagai istilah yang menipu ini beliau boleh melunakkan kebangkitan rakyat. Rakyat sebenarnya sudah jelak dan meluat dengan istilah diskaun, pengstrukturan dan seumpamanya. Apa yang mereka ingin dengar adalah tol dihapuskan.

Wahai umat Islam! Yakinlah bahawa jika Khilafah berdiri maka laluan-laluan tol yang bersepah di sana-sini di sepanjang lebuhraya akan tinggal kenangan semata-mata, sebagai peninggalan sejarah yang membuktikan kepada generasi akan datang bahawa Malaysia pernah diperintah dengan sistem sekular kapitalisme. Sudah saatnya Khilafah berdiri menggantikan sistem kufur ciptaan manusia yang rosak ini.

Realiti Tol

Sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang hukum-hakam yang berkait dengan isu tol ini, perlu difahami dahulu apakah ‘status’ tol itu sendiri. Adakah tol ini sekadar kutipan wang, atau merupakan harga kepada perkhidmatan, atau umpama harga barang dagangan ataupun satu bentuk cukai yang dikenakan kepada rakyat?

Jika diteliti dengan pemikiran yang sederhana sekalipun, setiap orang akan tahu bahawa tol adalah satu bentuk cukai yang dikenakan kepada pengguna lebuh raya dalam sesebuah negara. Ia bukan harga kepada perkhidmatan sebagaimana ‘bayaran’ kita menaiki teksi atau bas. Ia juga bukan harga barang dagangan untuk disamakan dengan harga bawang atau gula.

Ternyata, tol hakikatnya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan cukai dan ia adalah bentuk cukai yang dipungut ke atas seseorang yang melalui jalanraya/jambatan. Cuma bezanya, tol ini dikutip oleh individu (syarikat swasta) dan bukannya oleh negara (pemerintah). Apa pun, ia dikutip dengan izin/persetujuan dari negara. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan konsep tol ini tidak ada bezanya dengan cukai jalan/jambatan yang dikutip oleh kumpulan-kumpulan samseng zaman dahulu kala yang memeras wang daripada orang ramai yang melaluinya.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa syarikat-syarikat swasta tersebut telah mencurahkan modal mereka dalam membangunkan infrastruktur lebuh raya yang ada, maka sewajarnyalah mereka mengenakan bayaran sepertimana seorang pengusaha hotel yang mengenakan bayaran kepada mereka yang menginap di hotelnya. Inilah kesalahan pandangan orang yang tidak memahami hakikat tol. Di sinilah pentingnya umat Islam memahami realiti tol, dan seterusnya merujuk pula kepada dalil-dalil syara’ untuk melihat sama ada cukai jalan yang dipungut oleh ‘samseng jalanan’ ini halal atau haram.

Hukum Syara’ Tentang Kemudahan Awam

Islam telah mewajibkan ke atas negara (pemerintah) agar menyediakan segala bentuk kemudahan awam untuk kemaslahatan rakyat. Jalan raya adalah salah satu darinya. Segala infrastruktur lain seperti sistem pengangkutan, bekalan air, elektrik (sumber tenaga), hospital sekolah dan sebagainya wajib disediakan oleh negara secara percuma untuk setiap warganegara.

Negara tidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab ini atau mengalihkannya kepada individu atau pihak swasta untuk disempurnakan. Islam berbeza sama sekali dengan sistem Kapitalis yang diamalkan pada hari ini di mana sistem Kapitalis membenarkan mana-mana individu atau pun syarikat swasta untuk menyediakan infrastruktur-infrastruktur asas negara dan mengaut keuntungan darinya.

Dalam sistem Islam, pemerintah itu bertugas untuk melayan rakyat dan salah satu bentuk pelayanan terhadap rakyat adalah penyediaan kemudahan-kemudahan asas ini. Perbelanjaan untuk membina dan menguruskannya diambil dari Baitul Mal. Di sinilah Baitul Mal berperanan dalam menguruskan perbelanjaan negara dalam melaksanakan semua kewajipan negara yang diperuntukkan oleh syara’.

Perlu difahami bahawa dengan mengatakan segenap keperluan ini menjadi tanggungjawab negara tidaklah bermaksud negara perlu membina semua kemudahan tersebut dengan sendiri. Negara dibenarkan mengupah syarikat-syarikat swasta untuk membina kemudahan-kemudahan tersebut bagi pihak negara dan mereka berhak untuk mendapat upah membangunkan infrastruktur tersebut. Mereka juga dibenarkan untuk mendapat upah atas kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan.

Apa yang tidak dibenarkan oleh syara’ adalah syarikat-syarikat tersebut ‘memiliki’ kemudahan tersebut dan mendapat keuntungan daripada bayaran yang dipungut dari rakyat yang menggunakan kemudahan yang disediakan. Inilah yang salah (sebagaimana di amalkan sekarang). Ini kerana pada asasnya, ia menjadi kewajipan negara untuk menyediakannya dan rakyat telah diberikan hak oleh syara’ ke atas kemudahan-kemudahan untuk dinikmati secara percuma.

Pemberian hak kepada syarikat swasta untuk ‘memperniagakan’ kemudahan-kemudahan ini adalah satu pencabulan ke atas ketentuan syara’. Tindakan seperti ini tidak ada bezanya dengan seorang bapa yang mengupah seorang tukang rumah membina rumah mereka, lalu mengenakan bayaran kepada anak isterinya selama mana mereka tinggal di rumah tersebut!

Di sinilah umat Islam perlu memahami dan membezakan di antara hak dan kewajipan. Menyediakan kemudahan asas adalah kewajipan/tanggungjawab pemerintah dan menikmati kemudahan tersebut adalah hak rakyat. Apabila disebut kewajipan, maka ia adalah berkait dengan soal hukum syara’ (dan wajib merujuk kepada hukum syara’) dan nas syara’ dalam hal ini menjelaskan bahawa ia wajib disediakan secara percuma oleh orang yang ditaklifkan kewajipan tersebut (pemerintah).

Jadi, haram bagi pemerintah memungut apa-apa bayaran di dalam menunaikan kewajipan ini. Ia umpama kewajipan/tanggungjawab seorang bapa untuk menyediakan rumah, makan dan pakai kepada anak isterinya. Haram bagi si bapa (yang ditaklifkan kewajipan tersebut) untuk memberi makan atau membeli baju untuk anak isterinya, kemudian mengenakan bayaran terhadap mereka.

Haram juga bagi bapa/suami yang tinggal sebumbung dengan anak dan isteri, kemudian mengenakan bayaran sewa rumah kepada orang yang wajib dipeliharanya. Tempat tinggal dan nafkah adalah hak anak/isteri yang wajib di beri secara percuma. Begitulah haramnya bagi kerajaan membina segala kemudahan asas, kemudian mengenakan bayaran terhadap rakyatnya, walhal itu adalah kewajipan/tanggungjawab kerajaan di dalam melayani orang yang wajib dipeliharanya (rakyatnya) dan bagi rakyat pula, ia adalah hak yang mesti dinikmati secara percuma.

Tol Dari Perspektif Syara’

Adalah teramat jelas di dalam Islam bahawa tugas dan amanah yang diletakkan oleh Allah ke atas bahu pemimpin adalah untuk menjaga/memelihara rakyat. Di dalam sektor kemudahan awam, negara bertugas untuk membina segala infrastruktur dan menyelianya dan tidak boleh sama sekali bagi negara untuk menjadikannya sebagai milik swasta/negara, apatah lagi mengambil untung darinya.

Dalam sesebuah pemerintahan yang mengamalkan ideologi Kapitalis (termasuk Malaysia), kerajaan dan kroni kerap menjadi penghisap darah rakyat. Kerajaan dan kroni semakin untung dan kaya raya manakala rakyat semakin menderita dan sengsara. Kerajaan bukan lagi menjadi pemelihara rakyat, namun menjadi pihak yang menzalimi dan menindas rakyat.

Ada pun di dalam Islam, hubungan kerajaan dengan rakyat bukan merupakan hubungan pengaut untung sebagaimana antara penjual dan pembeli ataupun hubungan antara pemungut cukai dengan pembayar cukai, apatah lagi hubungan ‘penghisap darah’ dengan mangsanya. Hubungan yang wujud adalah satu ikatan yang mulia yakni hubungan antara pelayan/pemelihara dengan orang yang wajib dilayan/dipelihara. Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam,

“Imam (pemimpin) itu adalah pemelihara, dan dia akan dipertanggungjawabkan dari apa yang dipeliharanya (rakyatnya)” [HR Bukhari].

Pemerintah kaum Muslimin yang zalim dan jahil cuba menjelaskan kepada rakyat bahawa mereka memungut cukai bukan untuk kepentingan mereka tetapi untuk kepentingan rakyat. Alangkah pelik dan naifnya dalih ini! Bukan setakat itu, malah pelbagai dalih lain lagi terus-menerus diberikan untuk ‘mengindahkan’ kezaliman mereka. Mereka berdalih atas alasan pembangunan dan kesejahteraan, mereka berdalih bahawa mereka tidak pernah mengambil untung, ia adalah milik syarikat konsesi.

Kerajaan menyatakan bahawa mereka telah banyak memberi subsidi dan menanggung rugi. Persoalannya, jika demikian, kenapakah kerajaan menandatangani satu perjanjian yang nyata-nyata boleh merugikan mereka? Kenapakah kerajaan membuat satu perjanjian yang mereka tahu bahawa ia adalah berat sebelah dan menyengsarakan rakyat?

Dalam menandatangani perjanjian tersebut, kepentingan siapakah yang dijaga oleh kerajaan, kepentingan rakyat atau kepentingan para kapitalis yang sudah sememangnya kaya? Lebih buruk, mereka menyatakan bahawa di dalam Islam tidak salah untuk memungut cukai malah dibolehkan untuk tujuan pembangunan dan sebagainya. Nampaknya mereka ini tidak pernah merujuk kepada hukum syara’ di dalam membuat perjanjian, tapi hanya mengikut hawa semata-mata.

Sesungguhnya memungut cukai adalah satu perbuatan yang jelas-jelas haram di sisi Islam dan terdapat banyak nas yang mengharamkannya. Sabda Rasul Sallalahu 'alaihi wa Sallam,

Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)”
[HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Rasulullah juga bersabda,

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

Kita mesti ingat bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam adalah orang yang paling menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat, namun tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memungut cukai atas alasan untuk memperoleh pendapatan negara, untuk kepentingan rakyat, untuk pembangunan negara dan sebagainya. Tidak pernah terjadi bahawa Rasulullah melakukan hal ini, malah yang berlaku adalah sebaliknya, bahawa apabila mendengar sahaja ada pungutan cukai ke atas barangan yang diimport di sempadan, Rasulullah terus melarangnya. Sabda baginda,

“Sekiranya kamu mendapati pemungut usyur (cukai yang dipungut di sempadan @ cukai import-export), maka bunuhlah dia[HR Ahmad].

Begitulah jelasnya nas yang mengharamkan cukai di dalam Islam.

Selain nas haramnya memungut cukai, terdapat nas lain yang menjelaskan bahawa tidak boleh mengambil harta kaum Muslimin tanpa izin mereka. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi orang lain) selain dengan kerelaannya.”

Rasulullah juga bersabda,

“Harta, kehormatan dan darah seorang Muslim diharamkan ke atas Muslim lainnya”
[HR Abu Daud & Ibnu Majah].

Di dalam al-Qur’anul Kareem, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu...”
[TMQ an-Nisa’ (4):29].

Tindakan mengenakan tol (cukai) adalah jelas merupakan satu tindakan di mana harta seseorang Muslim itu diambil secara paksa dari mereka dan perbuatan ini nyata-nyata haram di dalam Islam.

Orang-orang jahil sering melontarkan pertanyaan - jika tidak dipungut cukai, dari manakah negara akan memperolehi pendapatannya? Jika mereka ini benar-benar ikhlas di dalam pertanyaan, maka mereka sepatutnya belajar Sistem Ekonomi Islam (Nizamul Iqtisad Fil Islam) dengan betul dan benar (bukan mengikut acuan Kapitalis), yang mana mereka wajib merujuk kepada sistem ekonomi yang dijalankan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin. Insya Allah mereka akan dapati bahawa Islam telah lama menyelesaikan masalah ekonomi manusia dengan tuntas dan sempurna.

Mereka akan dapati bahawa dalam ekonomi Islam, pendapatan negara diperoleh dari Anfal, Ghanimah, Fai', Kharaj, Jizyah, 'Usyur, Khumus, Rikaz dan beberapa sumber lain yang diizinkan syara’ termasuk Dharibah. Selain daripada harta yang diizinkan oleh Allah untuk mengambilnya, maka secara mutlaknya harta yang lain tidak boleh diambil (haram).

Ini kerana harta seseorang Muslim itu tidak boleh diambil walaupun sedikit melainkan dengan cara yang hak mengikut ketetapan syara’, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh dalil-dalil secara terperinci. Sementara itu tidak ada satu dalil pun yang menjelaskan bolehnya mengambil cukai daripada seorang Muslim selain daripada mekanisme yang telah ditetapkan oleh syara’.

Inilah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul dalam menjelaskan bentuk harta yang boleh dipungut dan yang tidak boleh dipungut daripada rakyat. Dalam permasalahan tol ini, secara mutlak, pungutan tol (cukai) adalah satu aktiviti yang diharamkan oleh syara’ tidak kira sama ada ianya dilaksanakan oleh negara ataupun oleh pihak swasta (syarikat konsesi). Ini kerana lebuh raya, jambatan dan sebagainya adalah termasuk infrastruktur negara yang wajib disediakan oleh negara dan dinikmati oleh setiap rakyat secara percuma.

Tidak timbul persoalan bahawa mereka yang tidak mahu atau tidak mampu membayar tol boleh menggunakan laluan alternatif yang tidak dikenakan tol. Ini kerana, dalam pemenuhan tanggungjawab ini, syara’ tidak membezakan kelayakan mereka yang boleh menikmati kemudahan tersebut. Kaya atau miskin, mampu atau tidak masing-masing mempunyai hak yang sama untuk menikmati prasarana ini. Malah, membezakan penyediaan infrastruktur bagi orang-orang yang mampu dan tidak mampu hanyalah satu bentuk kezaliman, penindasan dan diskriminasi, malah ia akan menyuburkan nilai kasta di dalam masyarakat.

Kedudukan Baitul Mal & Dharibah

Baitul Mal adalah sebuah autoriti yang bertanggungjawab terhadap setiap pendapatan dan perbelanjaan negara yang menjadi hak kaum Muslimin. Oleh itu, setiap harta sama ada tanah, bangunan, bahan galian, wang atau barangan apa pun yang mana kaum Muslimin berhak ke atasnya mengikut hukum syara’, maka ia menjadi hak Baitul Mal (untuk diuruskan).

Apabila suatu harta telah diambil, maka dengan penerimaan ini, harta tersebut akan dikategorikan sebagai hak Baitul Mal, tidak kira sama ada harta tersebut telah dimasukkan ke dalam tempat simpanan harta ataupun tidak. Ini kerana yang dimaksudkan dengan ‘Baitul Mal’ adalah suatu ‘autoriti’, bukan sahaja sekadar sebuah ‘tempat simpanan’. Jadi, keseluruhan hak harta yang perlu diuruskan bagi kaum Muslimin merupakan hak (atau autoriti) Baitul Mal.

Sesungguhnya Islam telah menjelaskan sumber pendapatan dan perbelanjaan Baitul Mal dengan terperinci. Rasulullah dan Abu Bakar adalah orang yang senantiasa memungut dan membelanjakan harta Baitul Mal untuk kepentingan kaum Muslimin, mengikut ketentuan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pula, apabila Daulah Islam telah semakin besar dan jumlah orang yang memasuki Islam semakin ramai, beliau telah memperkemas dan mensistematikkan lagi kedudukan Baitul Mal demi untuk mengatur kemaslahatan kaum Muslimin dengan sebaik-baiknya.

Di dalam mengurus ekonomi negara, pemerintah wajib terikat dengan hukum Allah di mana segala perbelanjaan yang perlu dikeluarkan dari Baitul Mal hendaklah sesuai dengan tuntutan syara’. Dalam menguruskan keperluan rakyat, syara’ telah mengklasifikasikan perbelanjaan Baitul Mal kepada dua;

Pertama, keperluan yang dituntut dari Baitul Mal (yang mana perbelanjaannya mesti diambil daripada sumber-sumber tetap Baitul Mal yang dinyatakan tadi) dan kedua, keperluan yang dituntut daripada semua orang Islam yang mana negara diberikan hak untuk memungut sebahagian daripada harta orang-orang Islam untuk pemenuhannya. Pengambilan harta (dari orang Islam) inilah yang disebut sebagai dharibah (sejenis pungutan) yang dibenarkan oleh syara’ untuk dipungut oleh negara dan menjadi tanggungjawab negara untuk membelanjakannya dengan hak.

Perlu ditegaskan bahawa dharibah bukanlah ‘cukai’ sebagaimana yang sering disalahtafsir atau yang dijadikan hujah oleh mereka yang jahil untuk membolehkan cukai. Dharibah adalah satu bentuk ‘pungutan khas’ yang dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak sahaja, itu pun hanya pada keadaan Baitul Mal mengalami defisit atau tidak cukup untuk melaksanakan apa jua kewajipan oleh negara.

Tidak boleh memungut dharibah jika Baitul Mal negara masih mencukupi. Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak (urgent) sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai.

Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja, (i) Untuk memenuhi keperluan asas (makan/pakai/kediaman) orang-orang fakir dan miskin (ii) Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran (iii) Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya (iv) Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya (v) Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

Dharibah bukanlah seperti cukai yang ada sekarang (dalam sistem ekonomi kapitalisme) kerana (i) Ia bersumberkan wahyu dan diambil dari hadis Rasulullah Sallahu 'alaihi wa Sallam dan juga Ijmak Sahabat (ii) Ia bukan sumber tetap pendapatan negara kerana ia dikutip hanya ketika Baitul Mal mengalami defisit serta berdepan dengan situasi yang kritikal sahaja dan ia tidak dikutip secara berpanjangan (iii) Ia hanya dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak mengikut kadar yang ma’aruf sehingga mencukupi kadar yang diperlukan sahaja (iv) Ia diguna untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat/negara, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah ataupun kroni.

Berbalik kepada perbincangan tentang jalan raya sebagai sebuah prasarana awam, sekiranya satu lebuh raya dibina atas dasar untuk menambah jalan raya yang sedia ada sedangkan jalan raya alternatif masih boleh digunakan, maka hal ini mengikut ulama fikih, termasuk dalam kategori pertama, iaitu ia termasuk dalam kewajipan Baitul Mal yang hanya dilakukan bila tabungannya ada.

Jika tabungan tidak ada atau tidak mencukupi, maka projek ini tidak akan dilaksanakan. Jika tabungan Baitul Mal tidak mencukupi dan jalan raya yang sedia ada masih boleh digunakan, namun jika negara tetap membina jalan raya yang baru dan mengenakan cukai kepada rakyat, maka negara sebenarnya telah merompak kekayaan rakyatnya dan ini adalah satu kezaliman.

Jika lebuh raya yang ada tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak dan negara memandang bahawa demi kemaslahatan rakyat, rakyat perlu kepada lebuh raya baru, maka negara perlu membinanya dengan duit dari Baitul Mal. Dalam keadaan ini, jika Baitul Mal telah kehabisan wang, maka negara bolehlah memungut dharibah dari rakyat, tetapi hanya sekadar untuk mencukupkan perbelanjaan tadi sahaja, bukan untuk mengaut keuntungan atau menghisap darah rakyat. Tugas negara di sini hanyalah untuk menghilangkan kemudharatan rakyat, sesuai dengan hadis,

“Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh memudharatkan [HR Ibnu Majah dan Daruqutni].

Kewajipan ke atas negara adalah untuk mencabut/menghilangkan kemudaratan dari kaum Muslimin, bukannya ‘memudharatkan’ lagi kaum Muslimin dengan memungut cukai yang haram itu [Ringkasan dari kitab Nizhamul Iqtisad Fil Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sudah sekian lama kita dizalimi oleh para pemerintah kaum Muslimin dengan peraturan dan undang-undang kufur yang mereka terapkan. Sesungguhnya tol/cukai itu adalah satu bentuk kezaliman yang dikenakan ke atas kita. Tol itu adalah cukai dan sesungguhnya cukai itu adalah haram. Justeru, tugas kita bukanlah untuk menuntut agar kerajaan tidak menaikkan harga tol atau mengurangkan kadar tol, namun kita bertugas untuk memuhasabah kerajaan agar menghapuskan terus tol dan segala bentuk cukai yang ada. Tol dan cukai wajib dihapuskan.

Segala keharaman dan kezaliman wajib dihapuskan. Inilah tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim yakni memuhasabah pemerintah agar mereka menunaikan hak kita – hak untuk menikmati segala kemudahan asas, termasuk jalan raya secara percuma. Jika tidak dimuhasabah, maka nescaya pemerintah sekular yang ada sekarang akan terus menerapkan hukum buatan sendiri mengikut hawa nafsu mereka, tanpa mempedulikan lagi hukum-hukum Allah.

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Sampai bilakah kalian akan terus menyeksa dan menindas rakyat? Kalian hidup mewah dikelilingi harta dan wang berjuta, namun rakyat terus menderita dan sengsara. Sampai bilakah kalian akan terus bergelumang dengan maksiat dan dosa mengenakan cukai ke atas rakyat yang sepatutnya kalian jaga?

Sampai bilakah kalian ingin mengundang azab Allah ke atas diri kalian kerana kalian tidak berhukum dengan hukum Allah? Sampai bilakah kalian mahu sedar akan tanggungjawab kalian? Sampai bilakah kalian akan menginsafi dosa-dosa yang kalian telah lakukan? Tidakkah kalian sedar bahawa menanggung beban tanggungjawab itu adalah jauh lebih baik dan lebih mulia dari menanggung beban dosa?

Sesungguhnya Allah sedang melihat kalian, sesungguhnya Allah sedang memerhatikan kalian dengan sungguh dekat dan sesungguhnya Allah akan mencabut nyawa kalian. Kalian pilihlah sama ada ingin berjumpa Allah dengan membawa segunung pahala atau menemuiNya dalam keadaan selautan dosa. Buatlah pilihan sebelum tiba hari di mana kalian tidak lagi dapat memilih!!!

 ~ lagi
Continue Reading... Labels:


Pergolakan Mesir: Pemimpin Zionis Israel Bimbang

0 comments


Tel Aviv - Jan 30 - Perdana Menteri Israel semalam berkata bahawa perjanjian damai selama tiga dekad dengan jirannya Mesir harus dijaga, dalam kenyataan umum pertama beliau yang merujuk pada pergolakan politik negara jiran, Mesir yang juga sekutunya.

Para pegawai Israel yang selama ini hanya membisu mengenai pergolakan di Mesir yang dipimpin regim autokratik Presiden Hosni Mubarak, sekutu Israel yang paling akrab

"Kerajaan Israel bimbang dengan perkembangan di Mesir dan negara arab serantau yang lain," kata Benjamin Netanyahu persidangan mingguan kabinetnya di Tel Aviv.

"Israel dan Mesir telah berdamai selama lebih dari tiga dekad dan tujuan kami adalah untuk memastikan bahawa hubungan ini harus dipertahankan," katanya.

"Pada masa ini, kita harus memikul tanggung jawab, bersabar dan berwaspada." ujarnya lagi.

Israel memeterai perjanjian damai bersejarah dengan Anwar Sadat pada tahun 1979.
Mubarak yang mengambil alih kuasa selepas Sadat dibunuh pada tahun 1981 telah meneruskan perjanjian damai tersebut, menjadikan Mesir faktor penting kesetabilan rantau tersebut. Perjanjian damai itu juga menyaksikan kedua pihak menarik kembali tentera masing-masing dari sempadan kedua-dua negara.

Israel memantau secara serius perkembangan yang sedang berlaku dinegara jirannya, dan beberapa ulasan menyatakan kebimbangan bahawa pemerintah yang baru boleh membatalkan perjanjian damai tersebut dan meneruskan konflik dengan Israel. Sebelum perjanjian damai terjalin kedua negara tersebut telah terlibat dalam peperangan antara dua negara tersebut sebanyak empat kali.

Rakyat Mesir mendesak Mubarak berundur dengan berdemonstrasi jalanan sejak minggu lalu dan protes itu telah merebak keseluruh negara. Pendemontrasi telah bertempur dengan polis serta membakar bangunan-bangunan kerajaan setelah pihak keselamatan gagal mengawal keadaan.
Continue Reading... Labels:


Omar Suleiman: 5 Fakta Naib Presiden Mesir Yang Baru Di Lantik

0 comments

Omar Suleiman
Omar Suleiman telah dilantik sebagai Naib Presiden Mesir Presiden Hosni Mubarak yang kini ditentang, menurut agensi berita rasmi negara tersebut.

Suleiman akan mengambil alih pejabat presiden yang dicemari suasana bantahan menentang kerajaan. Presiden Obama secara terbuka meminta kerajaan Mesir untuk memberikan kebebasan yang lebih luasdan pembaharuan ekonomi.

Bukan wajah baru .
Suleiman, 74, individu penting pemerintahan Mesir dalam beberapa dekad. Beliau juga pemerintah tentera presiden dan menentukan dasar asing.

Naib presiden pertama Mubarak
Perlembagaan Mesir menyatakan bahawa jika presiden tidak dapat menjalankan tugasnya maka hendaklah diserahkan pada naib presiden. Sejak Mubarak mengambil alih pada tahun 1981 beliau tidak pernah melantik Naib presiden Mubarak sendiri berkuasa melalui kedudukan naib presiden . Mubarak juga adalah naib presiden Anwar Sadat ketika Sadat dibunuh.

Naik mendadak kerana kejayaan memerangi keganasan.
Suleiman memahat namanya melalui kerjayanya dalam pasukan keselamatan. Sejak tahun 1993 beliau adalah pengarah Agensi Perisikan Mesir (Egis). Menurut Reuters, beliau berkhidmat sebagai Pengarah sewaktu kerajaan bergelut dengan ancaman dari pembangkang Islam. Di Egis beliau membantu mengurangkan ancaman tersebut.

Pada tahun 2009 Foreign Policy Magazine menamakannya salah satu dari agensi perisikan dari Timur Tengah antara "lima agensi perisikan paling cekap."

Menyelamatkan nyawa presiden
Pada tahun 1995, Suleiman bertegas membawa dan menerbangankan sekali kereta Mercedes-Benz kalis peluru ke Habsyah, ketika lawatan Mubarak kenegara tersebut , menurut Kementerian Luar Negeri. Sewaktu di Addis Ababa, rombongan presiden telah diserang sekumpulan lelaki dengan menggunakan AK-47. Mubarak terselamat tampa sebarang kecerderaan dan berkata dia tidak risau kerana berasa selamatdi dalam kereta Mercedesnya.

Latar belakang tentera
Suleiman menerima pendidikan ketenteraan di Mesir dan Kesatuan Soviet, menurut laporan Reuters. Dia menggunakann kemahiran dalam tentera dalam peperangan di Yaman dan peperangan Israel pada tahun 1962 dan 1973. Dengan kini pihak tentera telah mengambil alih mengawal keadaan dibandar-bandar besar Mesir, dengan ini memberikan beliau kuasa secara tidak lansong.
Continue Reading... Labels:


Teori Domino : Ianya akan tiba jua..

0 comments



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEig4ZE1bpxU_Yu0JlDIGiwP_3lZxzvRgAsUUZ9jFkWbPLH9yV6qIdiV8Y1dGxKGxGiW6qLquBAS2MMbuYErRjBuPZbrR5PVNBZAxObJnbwedA0VgSnthVI5J__bhtcNfqREybQdI_DtQ-M/s400/bersih_31.gif

http://geramm.org/wp-content/uploads/2009/11/010652940.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXVv3G9sMVCLH9D1LQGeP5bVcLtibbi5_1hwj00IVoXCISJayfOoY-_aX9w1eiszjyaRnqEYBSwFJabXr7LDn_A107n1r5m_ASDm4tXi-xwli7w9ZZ1OTrF8v301rJyAlTz3NV8xd0UHyr/s1600/subsidycuts.jpg

http://www.anwaribrahim.info/wp-content/uploads/2008/12/malaysia-attorney-general.jpg

http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2009/08/antiisa5-300x195.jpg

http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2009/08/antiisa3-300x199.jpg                                                                                                                                                                                                                                                                          Sumber ~ KedahLaNie
Continue Reading...


Qaradawi to Mubarak: Get up and leave Egypt

0 comments


CAIRO, Jan 30: The spiritual leader of the Muslim Brotherhood and one of the world's most prominent Sunni clerics is urging Egyptian President Hosni Mubarak to leave Egypt.

In an extraordinarily belligerent speech on al-Jazeera Saturday, Sheikh Yusuf al-Qaradawi (pic) said history was currently being made in Egypt, calling on the president to leave the country at once.

"He doesn't live in our world. He doesn't feel the anger and hunger of this people," al- Qaradawi charged.

"He's detached from reality. Mubarak must give up his position and leave Egypt. There is no other solution, except for Mubarak's departure."

Qaradawi hinted that Egypt is on the verge of revolution, saying that "nobody can stop history from being made."

Addressing the president directly, al-Qaradawi made his demands clear: "Go away, Mubarak, leave this people alone! Enough, you've ruled for 30 years already! Dozens have been killed in one day. You cannot stay, Mubarak!"

"On behalf of hundreds of thousands of religious clerics in Egypt and in the Muslim world I'm calling on you to leave your country," he said.

The leading cleric, who fled Egypt in the past and currently lives in Qatar, not far from al-Jazeera's offices, called on Mubarak to follow in the Tunisian president's footsteps and leave honorably.

"Let's hope that you will be tried before a court for the oppression," he said. "Get up, leave Egypt, and let the people decide." ~ Ynetnews   


Continue Reading... Labels:


Rusuhan Anti Kerajaan Di Mesir: 62 Terbunuh

0 comments

Sejumlah penunjuk perasaan anti kerajaan bersembahyang dihadapan sebuah kereta kebal tentera.

Kaherah 30 Jan - Para pegawai keselamatan Mesir berkata sekurang-kurangnya 62 orang terbunuh dalam keganasan protes menentang kerajaan dalam masa dua hari terakhir.

Pegawai terbabit juga menambah lebih dua ribu orang lagi turut tercedera dalam pertempuran penunjuk perasaan anti kerajaan dengan pihak polis.


Mereka merujuk pada sejumlah kematian serta kecerderaan yang berlaku pada hari sabtu.
 

Menurut pegawai terbabit yang enggan didedahkan namanya, mereka juga dihalang bercakap dengan pihak media.  AP
Continue Reading... Labels:


Cairo scene of violent chaos as protests escalate

3 comments

CAIRO – The Egyptian capital Cairo was the scene of violent chaos Friday, when tens of thousands of anti-government protesters stoned and confronted police, who fired back with rubber bullets, tear gas and water cannons. It was a major escalation in what was already the biggest challenge to authoritarian President Hosni Mubarak's 30 year-rule.

Police also fired water cannons at one of the country's leading pro-democracy advocates, Mohamed ElBaradei, and his supporters as they joined the latest wave of protests after noon prayers. Police used batons to beat some of ElBaradei's supporters, who surrounded him to protect him.

A soaking wet ElBaradei was trapped inside a mosque while hundreds of riot police laid siege to it, firing tear gas in the streets around so no one could leave. The tear gas canisters set several cars ablaze outside the mosque and several people fainted and suffered burns.

Large groups of protesters, in the thousands, were gathered at at least six venues in Cairo, a city of about 18 million people, and many of them were on the move marching toward major squares and across Nile bridges.
They are demanding Mubarak's ouster and venting their rage at years of government neglect of rampant poverty, unemployment and rising food prices.

There were smaller protests in Assiut south of Cairo and al-Arish in the Sinai peninsula. Regional television stations were reporting clashes between thousands of demonstrators and police in the Mediterranean port city of Alexandria and Minya south of Cairo.

At the upscale Mohandiseen district, at least 10,000 of people were marching toward the city center chanting "down, down with Mubarak." The crowd later swelled to about 20,000 as they made their way through residential areas.

Residents looking on from apartment block windows waved and whistled in support. Others waved the red, white and black Egyptian flags. The marchers were halted as they tried to cross a bridge over the Nile, when police fired dozens of tear gas canisters.

At Ramsis square in the heart of the city, thousands clashed with police as they left the al-Nur mosque after prayers. Police used tear gas and rubber bullets and some of the tear gas was fired inside the mosque where women were taking refuge. Hundreds later broke through police cordons to head to the main downtown square, Tahrir. But they were stopped by police firing tear gas.

Near Tahrir, hundreds of riot police clustered together moved in, anticipating the arrival of large crowds of protesters. A short while later, thousands of protesters marched across a bridge over the Nile and moved toward the square, where police began firing tear gas into the crowds.

Later, television footage showed protesters throwing rocks down on police from a highway overpass near Tahrir Square, while a police vehicle sped through the crowd spraying tear gas on demonstrators.
Clusters of riot police with helmets and shields were stationed around the city, at the entrances to bridges across the Nile and other key intersections.

Internet and cell-phone services were disrupted across Egypt starting overnight and throughout the day as authorities used extreme measures to hamper protesters from organizing the mass rallies called after Friday prayers.

Mubarak, 82, is Washington's closest Arab ally, but Washington has signaled that he no longer enjoys its full backing, publicly counseling him to introduce reform and refrain from using violence against the protesters. He has not been seen publicly or heard from since the protests began Tuesday.

The United States, Mubarak's main Western backer, has been publicly counseling reform and an end to the use of violence against protesters, signs the Egyptian leader may no longer be enjoying Washington's full backing.

President Barack Obama said Thursday the anti-government protests filling the streets show the frustrations of Egypt's citizens.
"It is very important that people have mechanisms in order to express their grievances," Obama said.

Friday's demonstrations were energized by the return of Nobel Peace laureate ElBaradei on Thursday night, when he said he was ready to lead the opposition toward a regime change.

They also got a boost from the endorsement of the country's biggest opposition group, the Islamic fundamentalist Muslim Brotherhood. The group called its supporters to join the protests on Friday.

The Brotherhood, outlawed since 1954, is Egypt's largest and best organized opposition group. It seeks to establish an Islamic state. It renounced violence in the 1970s and has since been a peaceful movement. Its network of social and medical services has traditionally won it popular support, but its detractors say its involvement in politics has chipped away at its support base.

It made a surprisingly strong showing in 2005 parliamentary elections, winning 20 percent of the legislature's seats, but it failed to win a single seat in the latest election late last year. The vote is widely thought to have been marred, rigged to ensure that Mubarak's ruling party win all but a small fraction of the chamber's 518 seats.

Mubarak and his government have shown no hint of concessions to the protesters who want political reform and a solution to rampant poverty, unemployment and rising food prices.

While Mubarak may still have a chance to ride out this latest challenge, his choices are limited, and all are likely to lead to a loosening of his grip on power.

Egypt's four primary Internet providers — Link Egypt, Vodafone/Raya, Telecom Egypt, Etisalat Misr — all stopped moving data in and out of the country at 12:34 a.m., according to a network security firm monitoring the traffic. Telecom experts said Egyptian authorities could have engineered the unprecedented cutoff with a simple change to the instructions for the companies' networking equipment.

The Internet appeared to remain cut off in Cairo but was restored in some smaller cities Friday morning. Cell-phone text and Blackberry Messenger services were all cut or operating sporadically in what appeared to be a move by authorities to disrupt the organization of demonstrations.

Egyptians outside the country were posting updates on Twitter after getting information in voice calls from people inside the country. Many urged their friends to keep up the flow of information over the phones.

A Facebook page run by protesters listed their demands. They want Mubarak to declare that neither he nor his son will stand for next presidential elections; dissolve the parliament holds new elections; end to emergency laws giving police extensive powers of arrest and detention; release all prisoners including protesters and those who have been in jail for years without charge or trial; and immediately fire the interior minister.AP
Continue Reading... Labels:


Polis Anti Rusuhan Mesir Mula Menghilangkan Diri

0 comments


Kaherah 28 Jan- Pasukan keselamatan Mesir yang mempunyai kelengkapan yang serba lengkap serta canggih telah mula menghilangkan diri dari jalan-jalan utama diibukota menjelang demonstrasi yang dirancang terhadap pemerintahan Presiden Hosni Mubarak.

Pihak berkuasa Mesir mengharapkan kehadiran polis yang lebih besar menjelang protes yang dirancang hari ini (Jumaat).

Sebaliknya tidak kelihatan polis anti rusuhan dijalan-jalan utama Kaherah dan dan sekitarnya, termasuk daerah-daerah di mana pasukan keselamatan yang biasanya kelihatan mempamirkan kehadiran mereka walau pun diwaktu keadaan tenang.


Semalam  jurucakap kumpulan pembangkang terbesar Ikhwan Muslimin berkata sekurang-kurangnya lima pemimpin parti itu serta lima lagi bekas ahli parlimen telah ditahan.
 
Peguam Abdel-Moneim Abdel-Maksoud dan jurucakap Ikhwan Muslimin Walid Shalaby memberitahu sebilangan besar ahli parti itu telah ditahan. AP
Continue Reading... Labels:


Laporan CNN: Anwar kecam Najib dakwa Saudi biaya PRU

0 comments


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa laporan Cable News Network (CNN) semalam menyerlahkan “ketakutan dan rekayasa” Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Dalam pendiriannya yang tegas, Anwar berkata beliau tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri yang juga presiden Umno sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmahnya.

Laporan CNN itu muncul ketika tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang dan di tengah-tengah spekulasi negara bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13. Dakwaan itu dilihat sebagai yang paling keras daripada Najib ke atas Anwar sejak menjadi perdana menteri keenam pada April 2009.

Satu laporan risikan Saudi berkata tiada bukti mana-mana pegawai negara itu membiayai Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat, tetapi mengesan sebuah pertubuhan fundamentalis Islam yang ada hubungan dengan pemimpin pembangkang telah memanfaatkan rangkaian al Qaeda menerusi sokongan ahli-ahli politik negara-negara Islam.

CNN juga menamakan satu siasatan sulit telah dijalankan ekoran aduan Najib bahawa Saudi membiayai Anwar menjelang pilihan raya umum ke-13. Malah rangkaian itu juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia telah mengesyaki dua pegawai kanan kerabat diraja Saudi terlibat dalam pembiayaan kepada Anwar dan ini menyebabkan Riyadh memulakan siasatan sulit.

Laporan siasatan itu memutuskan bahawa tiada bukti menunjukkan pegawai-pegawai Saudi terlibat menyokong Anwar, yang bulan lalu digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan.
Sebelum ini Anwar dilabelkan oleh Umno sebagai ejen Yahudi.

“Dakwaan sokongan daripada keluarga raja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal didapati tidak berasas,” kata laporan CNN lagi.

Justeru dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini Anwar memberitahu, kepimpinan Najib sudah mula merasai kesan yang dibawa oleh gerakan politik Pakatan Rakyat sehingga memaksa kerajaan membuat tuduhan sedemikian.

“Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan.

“Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat,” kata beliau lagi.

Kata Anwar, laporan CNN di bawah tajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk pilihan raya umum yang akan datang,” kata Anwar lagi.

Anwar menambah gerakan politik Pakatan Rakyat setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

“Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Datuk Seri Najib.

“Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat,” kata beliau.

Ketua Pembangkang itu berkata Najib yang juga pengerusi BN pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

“Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya.

“Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Malaysian Insider
Continue Reading... Labels:


Pelukis Kartun JURAGAN hina Umat Islam di Malaysia dlm H.Metro semalam.

0 comments


JURAGAN HINA UMAT ISLAM NEGARA.

Penghinaan dan sindiran tidak henti-henti sejak kebelakang ini terhadap Islam,bermula dengan kata-kata menakutkan kaum cina jika tertubuh negara Islam oleh MB Johor,kemudian di tambah pula penghinaan tentang apakah hebat-nya nilai Islam itu oleh Chua Soi Lek.

GERAKAN pun turut sama mempertikai-kan hukum tatasusila cara Islam kemudian di-tegur TPM (Setelah dia pun hina Islam seperti MB Johor). Chua Soi Lek tetap dengan pendirian.. tidak akan menarik balik segala kata-katanya.
Kartunis Juragan ~  http://akujohan.blogspot.com/2010/01/kartunis-juragan.html

*** Hari ini seorang kartunis lama dalam dalam dunia kartun(jURAGAN) menyindir Islam mengenai "Isu Salam" di Tenang. Disiarkan oleh sebuah akbar media massa arus perdana Harian Metro. Pengarah dan Editor Harian Metro seolah-olah sengaja memainkan isu ini semula...walaupun dalam sindiran berunsur kartun,ia-nya tetap menghina Umat Islam negara ini...

****Inikah gagasan 1Malaysia yang najib war-warkan..??? Islam dihina,dipermainkan,dipertikai hukumnya dengan luas di media-media massa arus perdana...

****Janganlah kerana sebuah kerusi DUN N5 TENANG Islam menjadi sindiran media...

****Kementerian Dalam Negeri adakah hanya berpeluk tubuh..???

Madzamtoklah's Profile

Sumber~KedahLaNie
Continue Reading... Labels:


Tunisia: Negara Mafia Dibawah Telunjuk CIA

0 comments

Tersungkurnya Ben Ali membongkar pekung regim yang korup di dunia Arab. Regim yang mentadbir negara tak ubah seperti organisasi 'mafia'. Negara diperintah penguasa yang hanya memberikan kekuasaan dan kekayaan kepada keluarga serta para kroni, tak jauh bezanya seperti organisasi mafia.

Kekayaan negara hanya dimiliki oleh mereka  yang rapat dengan para menteri dan pemimpin, kaum kerabat serta kroni. Tidak untuk dinikmati oleh rakyat yang majoritinya hidup miskin serta melarat. Ianya tak ubah seperti seperti organisasi mafia. Jabatan-jabatan serta Jentera Kerajaan dipergunakan serakusnya demi melindungi kepentingan mereka .
Angkatan tentera, polis, perisikan dan kementerian, semuanya dibaruakan agar berkhidmat demi mereka. Inilah wajah sebenar para pemimpin dan kerajaan didunia Arab. 

Disebabkan itu pemimpin-pemimpin Arab tampa segan silu melakukan kekejaman demi mengaut kekayaan serta melindungi kroni mereka demi mengekalkan kuasa.

Hakikatnya pemerintah dan regim di seluruh dunia Arab,  presiden dan raja kesemuanya disokong oleh AS dan Barat. Tak menghairankan pemimpin-pemimpin Arab  mempunyai hubungan baik dengan Israel dan dalam masa yang sama menghancurkan  Gerakan Islam dan para ulama. Sikap mereka yang demikian tak lain atas telunjuk kuasa barat.  

Mereka adalah regim sekular  yang tidak mengenal agama. Walau pun mereka berjubah, berserban berkopiah tetapi disebaliknya mereka menentang Islam, dan  mereka adalah sekutu Israel yang disokong Barat.

Regim-regim Arab hampir kesemuanya mempunyai hubungan  dengan Israel melalui berbagai bentuk kerjasama. 

Mereka membelanjakan harta kekayaan negara yang mencecah trilion dolar demi menjaga hati sekutu mereka AS dan Israel. 

Dalam masa yang sama  kedua negara itu mengirim mesin perang yang akhirnya digunakan membunuh rakyat arab dan Islam itu sendiri. 
Mereka tidak lagi terikat dengan Magna Carta yang berkait dengan hak-hak asasi manusia, mereka menggunakan undang-undang mafia yang disebut La Cosa Nostra. 

La Cosa Nostra ialah sebuah organisasi mafia, yang terkenal menggunakan  kekerasan dan keganasan untuk mendapatkan kekuasaan dan kekayaan demi keluarga mereka.

Rakyat dibiarkan menganggur dan  miskin malah ada yang terpaksa mengikat perut. Tinggal di lorong-lorong yang gelap dan setinggan tampa kemudahan asas. 

Mengabaikan generasi muda hidup dalam kekecewaan tampa harapan serta masa depan, yang mengintai kehidupan yang lebih sempurna.

Dalam masa yang sama  Ben Ali dan Leila, isterinya yang 'molek' hidup di istana pinggiran pantai dengan rumah yang dirbuat dari marmar buatan Itali, dilengkapi pendingin dan menghadap ke laut Mediterenean. 

Menatapi pemandangan laut lepas sambil menikmati juadah makanan yang disediakan para dayang mereka dengan makanan yang diimpot terus dari Eropah.

Tidak memeranjatkan anak-anak muda yang berusia sekitar 30an  menderita dan tidak mempunyai banyak  pilihan, malah ada yang telah  membakar diri sebagai bentuk penentangan dan bantahan terhadap regim yang besikap seperti mafia itu. 

Maka bermulalah dari Tunisia, Mesir, Mauritania serta beberapa negara Arab yang lain mula  melaungkankan slogan 'revolusi' dan 'reformasi' menentang regim-regim yang korup. Mereka sudah tidak mampu lagi bertahan dengan kehidupan yang mereka yang melarat serta penuh kedaifan

Siapa Ben Ali? 

Ben ali adalah Ketua Badan Perisikan Tunisia di tahun 1980, yang menjadi 'barua' CIA, yang melaksanakan perintah CIA, melakukan pembunuhan tokoh-tokoh PLO, dan Gerakan An-Nahdahn, yang ingin menegakkan 
prinsip-prinsip Islam. 

Ben Ali menumbangkan Habib Bourgouiba yang sudah tua dan uzur. Bourgouiba memegang tampuk kekuasaan selama tiga dekad. Tokoh ini sangat sekular dan menyokong Soviet Union.

Pasca peristiwa 11/9 yang lalu, Ben Ali melaksanakan semua perintah CIA dengan menghancurkan unsur-unsur gerakan Islam di Tunisia dengan kekerasan serta kekejaman. 

Dengan menggunakan senjata, Ben Ali yang pernah menjadi ketua badan perisikan itu menghancurkan habis kumpulan pergerakan Islam yang menentang kekuasaanya. 

Ben Ali akhirnya terjerat dalam perangkap CIA dalam peperangan global menentang pengganas yang semuanya adalah didalangi AS sendiri.

Atas alasan memerangi pengganas, Ben Ali mengekang serta menghapuskan parti pembangkang, terutamanya dari kalangan Parti berhaluan Islam yang dianggap menjadi ancaman serius boneka CIA ini. 

Dengan kekuatan tentera, polis, dan badan perisikan Tunisia, Ben Ali mengawal pemerintahan negara secara efektif. 

Ben Ali dan Leila tidak akan membiarkan siapapun yang mengancam kekuasaannya. Maka yang sedemikian kekuasaan Ben Ali tak ubah seperti 'gangster', yang akan memusnahkan siapapun dengan mudah yang mengancam mereka dengan kekuatan senjata. Jika dilihat keluarga Ben Ali dan Leila itu tak ubah seperti menonton sebuah film 'gangster'.


Leila seorang janda yang dulunya seorang pendandan rambut yang 'cantik molek', berjaya membuat Ben Ali  melutut padanya.  Ben Ali, yang telah mencecah 74 tahun manakala Leila masih berumur 53 tahun akhirnya berkahwin. Leila mula berangan  akan menggantikan Ben Ali suatu masa nanti. 

Dengan dibantu sejumlah anggota tentera dan sokongan CIA, Leila mula mengambil alih kekuasaan Ben Ali. Tetapi, sayangnya rakyat yang tertindas memberontak dan pemberontakan yang tidak lagi dapat dikawal meruntuhkan regim Ben Ali. Ben Ali dan Leila serta anak-beranak mereka  sekeluarga terpaksa melarikan diri dengan membawa bersama harta bernilai termasuk bertan-tan emas keluar negara.

Diwaktu hari-hari yang indah dahulu, Ben Ali dan Leila, menikmati palayaran pantai dengan menggunakan sebuah yacht yang sangat mewah yang dibeli pada tahun 2006 berharga $ 3 juta dolar, mengelilingi pantai Corsica. Sesungguhnya Ben Ali dan Leila serta kaum keluarganya merupakan keluarga mafia yang didukung CIA.




Continue Reading...


Lee Kuan Yew Puji Najib, Sama-sama Anti Islam?

0 comments

Bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew yang anti Islam dan menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang pemimpin rasional.

Yakni pemimpin yang memahami hakikat Malaysia memperoleh manfaat daripada kerjasama dengan negara jiran di selatan itu, tetapi berhadapan dengan hambatan emosi masyarakat Melayu.

“Perdana Menteri Najib Razak seorang pemimpin rasional. Beliau mahu bekerjasama dengan kami sebab beliau melihat faedah bagi Malaysia.

“Bagaimanapun beliau perlu berhadapan dengan emosi peringkat domestik, seperti ahli-ahli politik di mana-mana negara,” kata beliau dalam buku terbarunya “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”.

Buku setebal 458 halaman itu diterbitkan oleh Straits Times Press awal tahun ini dan memuatkan siri temu bual dengan menteri mentor Singapura itu yang dikendalikan antara Disember 2008 dan Oktober 2009. Lee juga berkata, politik Malaysia yang meletakkan kaum Melayu di atas berbanding kaum-kaum lain akan terus kekal sebagai halangan dalam membina hubungan dua halangan yang mesra dengan Singapura.

Sebelum itu, pandangan itu sebahagian daripada buku terbaru Lee yang turut meminta Islam Singapura agar tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Islam dan NGO Melayu negara ini sejak awal minggu ini. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menggesa bukan Muslim agar tidak mencampuri hal-hal yang berkaitan dengan agama rasmi negara ini.

“Nampaknya bukan Muslim cuba mengajar Islam mengenai ajaran Islam,” kata Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Mohd Roslan Mohd Nor.
Barisan NGO itu yang diketuai oleh PUM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) turut mengecam kenyataan Lee itu.

“Kenyataan beliau kelihatan anti-Islam dan menggambarkan Islamofobia, yang tidak berasas dan tidak berasaskan pada fakta sejarah dan realiti semasa,” kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim dalam kenyataan media.

Mohd Roslan juga menyentuh isu bersalam yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengkritik calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang menurutnya enggan bersalam dengan kaum lelaki dan didakwa amalannya itu tidak boleh diterima oleh masyarakat Cina di Labis.

“Umat Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Muslim dalam soal-soal agama,” kata Mohd Roslan sambil berkata, umat Islam juga tidak mempersoalkan amalan-amalan agama lain.

Mohamad Raimi berkata meskipun kebanyakan Muslim di rantau ini bersikap moderat dan mengutamakan keamanan, Lee mengambil sikap melangkah ke belakang dengan mengutarakan komen-komen yang sedemikian, tindakan yang mencetuskan reaksi negatif di kalangan kumpulan Islam yang radikal. Mohd Roslan berkata isu permintaan agar laungan azan diperlahankan dan larangan pekerja Islam menjual minuman keras adalah antara contoh bukan Islam mencampuri hal ehwal umat Islam.
Continue Reading... Labels:


Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam

0 comments

LABIS, 25 Jan — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.(lihat disini).

Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.
“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.
“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.
Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calonnya Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi lelaki. Menurut Lim, Umno dan MCA yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) akan terus memainkan isu-isu yang akan menyebabkan sokongan rakyat beralih kepada pengundi daripada Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP tidak mempergunakan antara satu sama lain.

“MCA akan dendangkan lagu dengan mengatakan kita adalah alat yang diperkudakan PAS kepada pengundi Cina.

“Tapi Umno pula akan kata PAS diperkudakan DAP kepada pengundi Melayu, saya nak tegaskan di sini PAS tidak perkudakan DAP, DAP tidak perkudakan PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak perkudakan sesiapa.

“Ada kata DAP dimelayukan kerana cakap bahasa Malaysia, kita rakyat Malaysia jadi kenapa tidak bercakap bahasa Malaysia. Lagipun bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara,” katanya.

Menurut Lim, Pakatan Rakyat akan menghadapi setiap serangan yang akan dilakukan BN dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

“Apa yang penting adalah kita memperjuangkan prinsip kebebasan, keadilan dan demokrasi untuk semua.
“Kita akan hadapi mereka dengan berlandaskan kebebasan, keadilan dan demokrasi,” katanya.
“Ia (salam) tidak perlu dibangkitkan dan Dr Chua tidak harus membuat serangan peribadi.
“Itu adalah pilihan Normala, kalau nak buat serangan peribadi kita pun boleh buat tapi kita tidak mahu.
“Saya harap Soi Lek faham, jangan nanti makan tuan,” katanya.

Malaysian Insider
Continue Reading...


Pindaan Perlembagaan Selangor ~ Ucapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

0 comments

Ampun Tuanku,

Dengan izin Allah Subhanahuwataala, dan di atas perkenan Tuanku, dapat patik dan seluruh wakil rakyat di seluruh negeri Selangor, negeri naungan Tuanku, hadir ke Dewan yang mulia ini bagi patik sekalian melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Selangor Darul Ehsan.

Patik mengaku, akur dan insaf terhadap ingatan Tuanku bahawa Tuanku memberi perkenan akan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor ini dan patik percaya dan yakin semua wakil rakyat cukup rasional dan bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan mereka. Tuanku tidak sama sekali diheret ke dalam kepentingan mana-mana kolompok kepartian di sepanjang perbahasan di dalam Dewan ini.
Patik ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh wakil rakyat yang hadir kerana ia jelas menunjukkan permasalahan yang kita bincangkan ini adalah permasalahan dan masa hadapan negeri. Wakil-wakil rakyat juga tidak mahu bermuka dua dan membelakangi rakyat yang memilih mereka.

Patik bangga isu yang besar ini dapat mencantumkan pemikiran kami semua terhadap isu utama negeri, perihal yang mendesak dan mempunyai kepentingan awam ini, meskipun kami berbeza daripada segi perjuangan dan ideologi politik. Patik sekalian berusaha memartabatkan Dewan yang mulia ini dengan tatatertib yang baik serta kata-kata yang melambangkan rakyat negeri ini adalah rakyat bertamadun. Ampun

Tuanku.

Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-Ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli Parlimen yang turut hadir, Pengamal Undang-Undang, Ketua-Ketua Jabatan, Kakitangan Kerajaan, Ahli-ahli Politik, para mahasiwa, wakil-wakil media massa dan seluruh hadirin pada pagi yang mulia ini

(1) Dalam tempoh hampir tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran negeri Selangor, terdapat beberapa kendala yang perlu dilalui dengan berhemah. Semuanya itu adalah asam garam yang memang perlu dilalui oleh mana-mana pemimpin politik yang dinamik. Demikianlah, bagi saya, Selangor selaku negeri tunjang negara, perlu bersedia menghadapi suasana di luar jangka perjalanan biasa. Kita perlu bersedia melakukan perubahan sebesar manapun, seandainya perubahan itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini.

(2) Peristiwa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai hikmah tersendiri. Kita tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis Perlembagaan. Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. Prinsip “biasakan yang betul dan betulkan yang biasa” adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini.

(3) Maka, tindakan Kerajaan Persekutuan atas tiket Ketua Setiausaha Negara melantik Pegawai Eksekutif Ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah maka kita kembali ke Dewan yang mulia ini untuk mengadakan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor. Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1).

(4) Selaku Menteri Besar, saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993. Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. Justeru itu, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya. Dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Berburu ke padang datar,
Tembak rusa belang kakinya,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Sidang dewan yang dimuliakan,

(5) Berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kita Kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, kita hendak melakukan yang terbaik. Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa Negeri mahupun kuasa Sultan.

(6) Saya perlu menggunakan masa sedikit lama bagi menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini diadakan agar ia menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah.

(7) Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan Perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu. Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya.

(8) Apatah lagi terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini. Kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tatakelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai. Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen.

(9) Begitu juga dengan peguam Umno Dato’ Salehudin Saidin yang mengatakan bahawa pindaan yang hendak kita lakukan ini bukan untuk mengembalikan kuasa raja tetapi Menteri Besar. Kenyataan ini bertentangan dengan kefahaman KSN. Ini membuktikan bahawa Umno lebih cenderung untuk memutar belit kefahaman undang-undang dan tidak melihat undang-undang sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan baik. Mereka sebenarnya mempunyai ingatan yang singkat; a short memory. Nampaknya, ada benarnya tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa “Melayu mudah lupa”. Mereka lupa bahawa permasalahan hari ini timbul akibat tindakan Kerajaan Persekutuan yang bersikap seperti “constitutional monarchy” dan mempermainkan kuasa negeri sekali gus mencemar semangat federalisme.
Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

(10) Sebagaimana yang kita tegaskan beberapa kali, termasuk dalam manifesto Pilihan Raya Ke-12 dan dasar bersama Pakatan Rakyat, kami komited untuk menjunjung Perlembagaan, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Malahan, prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran kita.

(11) Pada premis yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Malahan dalam Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat beberapa tahun yang lalu kami zahirkan dengan jelas komitmen kita untuk mengembalikan kedudukan Raja-Raja yang berjaya dihakis oleh pentadbiran Umno, khususnya semasa kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

(12) Justeru itu, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan Perdana Menteri itu mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Dato Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula. Apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu. Sebelum itu, saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?

 Dato Speaker yang dimuliakan,

(13) Memandangkan Kedaulatan Raja-Raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap kami maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan duduk perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-Raja sejak awal 1980-an lagi. Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja.

(14) Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: “tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja”. Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

(15) Antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5). Peruntukan asal berbunyi: “Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatangani”. Peruntukan pindaan pula adalah “Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang”.

(16) Begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1), iaitu kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu.

(17) Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. Umno pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja. Akhirnya, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi: pertama, Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu; kedua, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan Rang Undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen, ketiga, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri, digugurkan, dan keempat, kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

(18) Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian, iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Baru.

(19) Bagaimanapun, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila Umno tersungkur 39-0 di Kelantan pada Pilihan Raya 1990. Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-Raja. Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-Raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda. Namun begitu, Umno memaksa Raja-Raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai “Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992”. Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-Raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat.

(20) Hubungan tegang Umno dengan Raja-Raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-Raja dan keistimewaan imuniti. Maka, berlakulah Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja.

(21) Ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu. Ia termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri yang saya hendak sentuh selepas ini. Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan the New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. Ketahuilah, siapakah yang “beriya-iya dan bersikap biadap” hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?

(22) Izinkan saya memetik beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu kita dapati beliau telah memungkirinya. Tun Mahathir ketika itu menyatakan; “Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara-perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan”. Kata beliau lagi, “Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat”.

(23) Beliau meneruskan hujah, “Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan”.
(Nah… itu yang diperkatakan ketika itu, ugutan dan amaran keras diselit secara terbuka dan biadab. Demi kemudahan rujukan generasi akan datang saya kepilkan teks ucapan Tun Dr Mahathir bertarikh 18 Januari 1993 bersama teks ucapan saya ini di hansard Dewan Negeri).
Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

(24) Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) — adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

(25) Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa “Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”.

(26) Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.
Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

(27) Meskipun kita menyedari bahawa Tun Dr Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang kita daripada berasa aneh kerana hari ini Tun Mahathir tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik.
Dato’ Speaker,

(28) Jelas sekali hujah Tun Mahathir ketika itu berbeza sekali daripada apa yang dilakukan Umno selepas itu. Mereka lantas melakukan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri meskipun menyentuh kuasa Sultan, dalam situasi yang tergesa-gesa dan penuh kekaburan. Hari ini perbuatan mereka yang tidak beradab itu terbongkar satu persatu. Jelik dan memalukan. Ini termasuklah topik permasalahan yang kita depani ketika ini Perkara LII (1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

(29) Perkara LII (1) yang asal berbunyi;
“(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”

(30) Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi; “LII (1) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”
Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

(31) Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri.

(32) Jika kita teliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957 kita dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan (Constitutional Convention) itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.

(33) Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong — di peringkat Persekutuan — adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster.

(34) Dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian.

(35) Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan dalam Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat.

(36) Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. Oleh sebab mereka tidak dipilih maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah.

(37) Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak? Jawapannya sudah tentu tidak, kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak. Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka!

(38) Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua; Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat.
Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

(39) Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

(40) Kerajaan Negeri yakin bahawa tatkala ia mempunyai hak untuk menasihatkan Sultan ia juga sedar bahawa kedudukan berkecuali dan profesional perlu diberi peluang. Dalam pada itu kami juga sedar bahawa Duli Tuanku sebagai Sultan yang begitu lama dan berpengalaman sebagai Raja Muda — yang paling lama dalam sejarah negara, sebelum memegang tampuk pemerintahan Negeri. Pastinya DYMM Tuanku mempunyai input untuk diberi dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah perkongsian pintar yang bukan sahaja selaras dengan kehendak pengurusan ekonomi semasa tetapi juga selaras dengan kehendak Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan asasi dalam negeri.

(41) Kalau kita perhatikan pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 — yakni Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana dinyatakan di atas — ia kelihatan begitu ganjil. Saya katakana demikian, kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik. Sepatutnya ada kuasa tertentu yang diperuntukkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hal ini cukup ganjil tetapi begitulah hakikatnya. Saya tidak dapat menolak ia terjadinya begitu kerana tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa.

(42) Cuba bandingkan dengan perlantikan yang sama di peringkat Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 144, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

(43) Apa-apa pun, gopoh mahupun tidak, kita berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

(44) Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa masalah yang cuba diselesaikan oleh Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 adalah menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja bersetuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu adalah imuniti. Kelihatannya Umno menggunakan kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang gusar dan membingungkan ketika itu.

(45) Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang — checks and balances — dalam perlembagaan. Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; nampaknya bagi mereka, Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke sini mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang.
Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

(46) Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media — khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak.

(47) Saya ingin menegaskan bahawa meskipun saya adalah ketua kerajaan negeri, namun saya bukan sahaja tidak dimaklumkan dalam hal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri malah saya telah dibelakangi.

(48) Pada 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri selaku jurucakap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyerahkan kepada saya lapan (8) nama calon yang difikirkan layak untuk jawatan Setiausaha Kerajaan bersama dengan Nota Amalan yang mengandungi prosedur dan tatacara pelantikan. Nota ini menyatakan bahawa:
Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar.
Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyenaraipendekkan dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan Tuanku.
Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Menteri Besar hendaklah menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

(49) Amalan ini jelas dan tertib; iaitu yang bermaksud tiada fungsi diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu. Malahan, daripada segi adabnya, kesemua pihak ini tiada hak untuk mencampuri urusan ini.

(50) Pada 8 November 2010 saya menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih tiga (3) orang calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang dicadangkan. Jawatankuasa Pemilihan ini diketuai oleh Dato’ Speaker sendiri dengan dua anggota lain, iaitu YB Dato’ Dr Hassan bin Mohamed Ali dan YB Tuan Dr Xavier Jeyakumar.

(51) Panel Pemilihan ini bukanlah ditubuhkan untuk melakukan sesi temu duga tetapi melakukan proses temu bual sebagai usaha kita mewujudkan satu proses yang telus di samping menekankan unsur-unsur kompetensi dalam pemilihan. Pada masa yang sama proses temu bual diharapkan dapat memberi peluang kepada para calon menghayati dan memupuk aspirasi wakil rakyat yang memerintah.

(52) Panel juga tidak dibebankan dengan jangkamasa tertentu kerana tidak wujud keperluan untuk tergopoh gapah. Apa yang penting kita mahu mencari calon yang sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab berat Setiausaha Kerajaan.

(53) Pada 22 November 2010 Jawatankuasa Pemilihan memulakan proses menemubual semua calon. Pada 3 Disember 2010 Jawatankuasa memaklumkan kepada saya bahawa enam calon sudah ditemu bual dan tiga nama dipilih untuk dicadangkan serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian.

(54) Seterusnya, setelah menjalankan beberapa saringan dan pengesahan maka pada 17 Disember 2010 saya menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir yang dipilih untuk cadangan. Saya nyatakan dengan jelas, meskipun demikian, saya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat jika Tuanku mempunyai keraguan terhadap cadangan tersebut.

(55) Pada 20 Disember 2010 saya menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan bahawa saya sudah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan masih menunggu maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu saya akan bercuti ke luar negara pada 20 Disember hingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada saya terlebih dahulu.

(56) Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato’ Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato’ Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato’ Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato’ Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar.

(57) Pada 24 Disember 2010 Pejabat Dato’ Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato’ Mohamad Munir untuk menyatakan bahawa Dato’ Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Dato’ Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

(58) Pada 27 Disember 2010 saya menulis surat sekali lagi memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada tarikh ini juga, tanpa sepatah nota makluman kepada saya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantas mengumumkan Dato’ Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baharu.

(59) Pada 3 Januari 2011 saya mendapat perkenan menghadap DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tuanku menitahkan bahawa setelah Perlembagaan Negeri dipinda pada 1993, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya maklumkan kepada Tuanku bahawa saya hendak pertahankan hujah saya bahawa pelantikan yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri yang sah dipilih rakyat Selangor adalah salah di sisi amalan dan adab hatta harus dibincangkan semula. Pada hari yang sama saya menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri ingin membincangkan semula pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin dan tidak bersedia mengadakan majlis angkat sumpah kerahsiaan sehingga perkara ini selesai.

(60) Pada 4 Januari 2011, saya menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah kesetiaan yang dijadualkan pada 6 Januari ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara pelantikan tersebut.

(61) Meskipun demikian pada 6 Januari 2011, saya dan barisan Exco turut hadir ke majlis di Istana Bukit Kayangan sebagai menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang pada ketika itu menerima darjah kebesaran dari DYMM Ayahanda Sultan. Pada masa yang sama kita maklum bahawa Dato’ Mohamad Khusrin dikehendaki melakukan angkat sumpah kesetiaan terhadap DYMM Tuanku.

(62) Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku telah bertitah dengan begitu jelas bahawa baginda tidak menyokong mana-mana parti politik dan kesal terhadap sikap sesetengah golongan yang memutar belit kenyataan baginda. Tuanku Sultan juga dengan tegas menyatakan baginda senang dengan amalan profesional, nasihat menasihati yang kita amalkan. Ketegasan baginda tersebut telah memberi kekuatan kepada kita untuk memanggil Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini bagi mengimarahkan lagi amalan konsultasi dalam pentadbiran dan perhubungan antara Istana dengan barisan Eksekutif.
Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

(63) Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini.

(64) Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan episode ini? Pengajarannya ialah, jika pelantikan Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak; sama ada daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di istana dan di pejabat Dato’ Menteri Besar, atau di Perkhidmatan Awam yang tiada urusan kerja dalam hal penempatan pegawai kerajaan.

(65) Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang ternyata bercanggah dengan amalan Pakatan Rakyat, yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri.

(66) Saya tegaskan di sini, meskipun kerangka Perlembagaan kita menyebelahi Kerajaan Persekutuan saya yakin bahawa sekiranya ia dibenarkan beroperasi dalam semangat demokrasi, mungkin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan pentadbiran dengan baik. Malangnya, ini tidak berlaku dan semangat federalisme yang dikandung oleh Perlembagaan dilanggar secara terang-terangan.
Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini,

(67) Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia.

(68) Saya mengakhiri pembentangan ini, dengan melontarkan beberapa soalan yang berikut:
Keterlaluankah kami apabila kami mahu mengembalikan hak Sultan dan hak Negeri yang telah dirampas secara salah oleh Umno Persekutuan yang memperkudakan kepemimpinan Umno-BN Selangor?
Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan Negeri dan baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?
Derhakakah mereka jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?
Mohon, soalan-soalan ini dijawab di dalam Dewan yang mulia ini.
Oleh itu, Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, saya mohon mencadangkan.

Terima kasih.

* Ucapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor pada Mesyuarat Dewan Negeri Selangor 24 Januari 2011.
Continue Reading... Labels:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors