RSS

umno/bn Makin Parah Di Sabah - Pengundi Sulu Di Lahad Datu Tolak Najib



Kad pengenalan sudah diberi dan tempat juga sudah diberi. Hanya menunggu masa untuk turun mengundi. Itu keistimewaan yang diberikan Najib Razak kepada Sulu.

Entah di mana silapnya, rencana itu tidak mengikut pelan asal. Tiba-tiba saja, berlaku pertumpahan darah. Lalu, dikerahkan lebih ramai tentera ke Lahad Datu.

Lagu-lagu kepahlawanan berterusan didendangkan dengan harapan rakyat melupakan hajat asal Umno-BN.

Apakah niat asal Umno itu? Iaitulah rencana hendak jadikan undi kaum Sulu di Lahad Datu itu sebagai pengundi yang menyelamatkan kuasa BN.

Ya, siapalah yang dapat menjangkakan hal ini terjadi. Yang paling malang tentu sahaja balu-balu dan anak-anak tentera yang terkorban baru-baru ini.

Mereka dan rakyat seluruhnya tidak menyedari bahawa suami dan ayah mereka telah terkorban gara-gara salah aturan rencana BN yang mahu menuai kuasa di Sabah melalui undi orang-orang Sulu yang sudah ada kad pengenalan itu.

Tentera kita sepatutnya ada majlis syura yang membuat keputusan sendiri apakah arahan Zahid Hamidi dan kerajaan itu perlu dipatuhi ataupun tidak. Pakatan Rakyat patut peka terhadap hal ini.

Tidak boleh kita jadikan tentera dan polis itu sebagai pasukan yang mengikut sahaja. Manifesto PR bukan seperti BN yang hanya memberi insentif wang seperti yang pernah dilakukan BN ke atas tentera.

Tentera, seperti orang awam, mereka perlukan kebebasan bertindak. Mereka perlu ada sistem syura mereka sendiri yang bertujuan menyemak arahan kerajaan.

Tidak perlu pun FRU diturunkan bertujuan mengepung demonstran jika polis sedar betapa demonstran itu bukan hadir untuk mengancam negara dengan demo itu. Tapi kebebasan menyemak arahan ini tidak diberi BN kepada tentera dan polis.

Demikianlah yang terjadi di Lahad Datu itu. Bukanlah tentera tidak mengetahui hal-hal berkaitan ancaman negara. Mereka ada unit risikan yang terlatih.

Tetapi, tentera terpaksa akur arahan Umno, BN. Arahan bodoh ini hadir daripada Zahid Hamidi, Hishammuddin, Najib Razak dan Dr Mahathir yang tidak terlatih di dalam bidang ketenteraan.

Bayangkan, negarawan seperti Dr Mahathir yang sudah tiada kuasa itu cuma perlu buat kenyataan agar suatu serang balas dikenakan di Lahad Datu. Lalu tiba-tiba sahaja beberapa ketumbukan ketenteraan dikerah ke Sabah.

Di mana titik akhirnya perang tanpa strategi dan ketika rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat ini? Askar ini akhirnya akan diburu kekesalan seperti mana tentera yang mengepung Natrah di Singapura dahulu.

Akhirnya, setelah mereka berhasil membawa Natrah dan keluarganya di atas kapal terbang maka barulah askar ini sedar bahawa mereka dikerahkan untuk memudahkan gerak kerja menukar agama seorang gadis Muslim secara paksa di benua Belanda.

Seandainya askar, balu dan anak-anak itu tahu bahawa kehadiran Sulu ini adalah bertujuan hendak menyelamatkan kuasa BN di Sabah dengan bantuan pengundi Sulu yang telah diberikan kad pengenalan itu, nescaya mereka akan marah!

Apa pun, perang ke atas Sulu di Lahad Datu ini akan menggugat keyakinan warga Malaysia yang berketurunan Sulu untuk kembali menyokong BN selepas Najib Razak telah menyerang perkampungan mereka yang Najib sendiri beri selama ini supaya mereka dapat mengundi BN.

Para pengundi Sulu yang sudah diserang itu sudah tentu tidak akan mengundi BN yang telah membuat anaiaya ke atas mereka. Yang paling pening kini sudah tentu Najib Razak juga. Sabah akan goyang, Umno melayang, dan Putrajaya tumbang.

Najib terguling, jatuh tersungkur manakala Rosmah tersingkir lalu tersembam di Sri Perdana. Hakikat inilah yang pahit ditelan BN pada zaman kejatuhan mereka. -Oleh H FANSURI (DD)


Suluk Ikrar Sokong Kerajaan BN

Lebih 300 orang masyarakat keturunan Suluk tempatan Sandakan yang diketuai Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol telah berikrar sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah negara ini termasuk kepada pucuk pimpinan kerajaan pusat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan pucuk pimpinan negeri Datuk Seri Musa Hj Aman.

Masyarakat Suluk tempatan Sabah khususnya daerah Sandakan mengutuk sekeras-keras tindakan kaum Sulu Filipina yang menceroboh negara ini khususnya di Lahad Datu dan Semporna sehingga mengorbankan 10 orang anggota keselamatan kita.

Kata Juslie, ekoran tragedi di Lahad Datu perbuatan Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya adalah Sultan Sulu, maka sedikit sebanyak mencemarkan nama baik banga Suluk di negara ini; khususnya di Sabah kononnya semua pengganas tersebut adalah terdiri berbangsa Suluk.

“Bangsa Suluk yang dilahirkan di Sabah orangnya bersopan santun berbudi bahasa; sama ada dengan orang tua ataupun bangsa-bangsa lain dan jarang sekali membuat sebarang perkara yang melanggari undang-undang negara dan ramai bangsa Suluk yang menjadi pemimpin tinggi kerajaan sehingga ada yang menjadi menteri dan wakil rakyat,” tegas Juslie.

Kata Juslie, Bangsa Suluk memang mempunyai darah Satria, darah pahlawan. Contohnya seperti Mat Salleh kerana beliau adalah seorang pahlawan yang gagah dan harus menjadi satu kebanggaan kepada masyarakat Suluk; atas keberaniannya menentang penjajahan British. Walaupun beliau gugur tetapi niat dia baik untuk mempertahankan kedaulatan negeri Sabah pada masa itu disebut Koloni North Borneo.

“Bukan seperti Jamalul Kiram III yang bertindak kononnya mahu menuntut Sabah tetapi tidak mengikut lunas-lunas yang betul sehingga menceroboh dan mencetuskan kekecauan dan kecacauan di negeri ini,” Ujarnya.

Juslie menambah bukan semua bangsa Suluk dari Filipima yang ramai tinggal di negara ini menyokong perjuangan sia-sia Jamalul Kiram itu malahan; sebahagian dari mereka bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana meneirma mereka tinggal di negara ini.

Mereka, kata Juslie mendapat kesenangan yang berlipat ganda di mana anak-anak mereka yang mendapat pendidikan tinggi sudahpun bekerja di jabatan-jabatan kerajaan dengan memegang beberapa jawatan penting.

Sebagai menghargai dan mengenang jasa pengorbanan para perwira yang gugur di medan pertempuran mempertahankan kedaulatan negara dari terus dicabuli dan diceroboh oleh pengganas yang sedikitpun tidak ada rasa peri kemanusiaan; beliau telah menerima derma hasil kutipan daripada beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Libaran sebanyak RM1,500 untuk disumbangkan kepada Tabung Wira Lahad Datu.

“Kita sebagai insan yang penyayang, prihatin cintakan keamanan dan kemakmuran. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya para tentera dan polis yang kini sedang berada di perbatasan untuk menentang musuh-musuh durajana itu sentiasa dilindungi Allah dan semuanya keadaan selamat,” tambah Juslie.

Turut hadir pada majlis Sumpah Ikrar tersebut yang diadakan di Ballroom disebuah hotel terkemuka di sini ialah Timbalan OCPD Fadhil Mohd Ali.

-Oleh: SHAIMON S JUMADI (Sabahkini) 





.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Lahad datu: CommJam Digunakan Oleh ATM, Soalnya Bagaimana Azzimudie Kiram Kerap Menelefon Manila?



CommJam 6x6 Fuch buatan Jerman yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia merupakan Aset rahsia Electronic Warfare (EW) digunakan untuk menggagalkan sebarang bentuk komunikasi wireless oleh pihak musuh sekaligus menggagalkan koordinasi pihak mereka.

Pada masa ini, CommJam atau signal jammer ini digunakan oleh ATM dalam operasi yang sedang dijalankan di Sabah untuk mempertahankan kedaulatan nagara dari ancaman dari pengganas Sultan Sulu. 


Menurut facebook VAT 69, kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.

Persoalannya bagaimana Azzimudie Kiram yang berjaya meloloskan diri bersama beberapa pengikutnya ke Filipina berjaya menghubungi rakan-rakan mereka yang berada di Filipina? 

Azzimudie sering menelefon ke Manila untuk mendapat arahan daripada abangnya dan juga melaporkan apa yang sedang berlaku di Sabah, yang terbaru, Abraham mendakwa yang Azzimudie telah menelefonnya seawal jam 6 pagi Rabu untuk memaklumkan yang dia terselamat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Yang menjadi pertanyaan ialah, alat komunikasi apakah yang digunakan oleh Azzimudie untuk menghubungi Manila. Tak mungkin dia menggunakan pondok telefon untuk membuat panggilan ke Manila. Oleh yang demikian, jika dia menggunakan telefon bimbit atau alat komunikasi canggih lain (sekiranya ada), peralatan-peralatan berkenaan perlu dicaj dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah dia hendak mengecaj kesemua peralatan komunikasinya itu jika dia berada di dalam hutan? Jika dia menggunakan telefon bimbit atau alat komunikasi canggihnya itu dengan berkesan, apakah CommJam yang digunakaan oleh ATM itu tidak berfungsi atau telah ketinggalan zaman?



.
Continue Reading... Labels: ,


Agbimuddin Kiram Dan Beberapa Pengikut Berjaya Lolos Ke Filipina



Akhbar Manila Bulletin melaporkan hari ini bahawa Raja Muda Kesultanan Sulu, Agbimuddin Kiram dan kira-kira 35 lelaki bersenjata, sebahagian daripada mereka cedera telah dilaporkan mendarat pada malam Jumaat di sebuah pulau kecil yang dipanggil Maldanas di Sitangkai, Tawi-Tawi yang datang dari sebuah perkampungan pantai Sabah Malaysia.

Pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Laut dan Pengurusan Majlis Krisis Wilayah (PCMC) dan pasukan perubatan rahsia pergi ke pulau Maldanas hari ini untuk "mengesahkan" laporan itu.


Loran yang sampai di bandar ini berkata Agbimuddin dengan beberapa lelaki bersenjata yang cedera tiba di pulau itu pada malam Jumaat, melarikan diri dari tentera kerajaan Sabah yang memburu mereka.


Satu laporan yang sama dari Malaysia juga menunjukkan bahawa putera Kesultanan (Raja Muda) melarikan diri dari Sabah dan kini berada di Filipina tetapi pegawai-pegawai tentera tempatan dan kerajaan wilayah di sini tidak mengeluarkan kenyataan.


Sementara itu, Setiausaha Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan, Dinky Soliman dijangka tiba di sini Ahad, untuk memeriksa sendiri keadaan pelarian dan penempatan di pusat pemindahan di bandar ini.


DSWD telah menderma pada hari Khamis untuk PCMC di sini kira-kira 1,000 guni beras kerajaan, sardin dan bahan makanan lain untuk pelarian.

Sementara itu, Ketua Polis Sabah dalam satu temubual akhbar hari ini berkata, kira-kira 50 tentera Kesultanan Sulu masih tinggal bertaburan dalam kawasan operasi di Lahad Datu.


Menurutnya lagi, pihak keselamatan menumpukan Tanjung Batu, sebuah kampung dalam Felda Sahabat dimana Agbimuddin dan pengikutnya berkubu sejak sebulan lalu. 



.
Continue Reading... Labels: , ,


Lahad Datu: Warkah Untuk Tuanku



Menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung

Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Ampun Tuanku,

Patik cuma orang biasa, rakyat biasa di dalam negara di bawah naungan daulat Tuanku. Tetapi, keorangbiasaan patik itu tidaklah pula sampai mengkesampingkan patik dari mengambil tahu akan hal-hal berkait dengan negara yang sedang berlaku sekarang. Atas rasa prihatin inilah patik cuba menulis warkah ini buat Tuanku. Patik harap, Tuanku yang patik kenal dengan penampilan yang lemah-lembut, juga mempunya hati budi yang lembut untuk turut sama merasai apa yang cuba patik sampaikan dalam tulisan ini.


Terlebih dahulu, izinkan patik memperkenalkan diri patik. Patik bernama Mohd Zukri, dari ibu yang bernama Azizah binti Abdul Wahab bin Jumaat bin Hitam. Jumaat yang mengguna gelar ayahnya “Panglima Hitam,” adalah salah seorang dari tujuh panglima Pahang (termasuk Mat Kilau dan Dato’ Bahaman), yang menentang penjajah British dan akhirnya sebelum berpecah telah mengangkat persetiaan tujuh pendekar Pahang yang mana mereka tidak akan mendedahkan identiti sebenar mereka sehingga mati. Moyang patik itu meninggal dunia hanya beberapa tahun awal sebelum hebohnya berita kemunculan semula Mat Kilau di Pahang, pada ketika umurnya 120 tahun lebih. 

Bunyut patik yang bernama Hitam itu pula adalah salah seorang pendekar yang setia hingga ke matinya bersama-sama dengan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Pahang (1847-1863). Bunyut patik bersekali dengan BSM Tun Mutahir mangkat di Sedili. Sementera BSM Tun Mutahir dimakamkan di Bukit Timbalan, Johor, bunyut patik dikebumikan di Pulau Lima. Keturunan patik ini kalau dipanjangkan lagi, ia langsung akan sampai ke nama Raja Haji fisabilillah, Marhum Teluk Ketapang, syahid menentang penjajah Belanda.

Ampun Tuanku, jika cara patik mengungkit jurai keturunan patik ini agak tidak molek pada pandangan Tuanku, tiada langsung niat serong di hati patik, jauh dari mahu membangga diri. Ini sudah tentu berkait dengan petaka yang sedang melanda di hujung negara kita, di Sabah sana. Petaka yang telah menggelora rasa segenap hati rakyat jelata, satu negara berdukalara, satu negara hiba nestapa. Dalam keadaan gawat di sana, yang sudahpun mengorbankan nyawa, lingkaran politik di arus perdana pula sibuk menuding jari ke sana-sini, yang ini pengkhianat, yang itu penderhaka, pemimpin ini tidak patriotik, pemimpin itu tidak sayangkan negara, semata-mata kerana ada cakap-cakap yang berteori tentang konspirasi di belakang insiden ini.

Maka sebab itulah patik mulakan warkah ini dengan sejarah panjang keluarga patik, supaya orang yang membaca dan mungkin Tuanku sendiri faham, bahawa walaupun mungkin akan ada kontroversi tentang apa yang bakal patik tulis tetapi biarlah patik tegaskan, darah dan keringat leluhur patik dari beberapa generasi pernah tumpah di bumi bertuah ini kerana menentang penjajah dan mempertahankan daulat Raja. Tidak mungkin dan tidak akan patik sia-siakannya, mustahil untuk patik belot dan khianat kepada negara sendiri, apatah lagi sampai ke tahap memperlekeh para pejuang negara masa kini yang sekarang sedang berada di medan tempur. Harap tidak ada yang meragui patriotisme patik.

Patik yakin, tidak akan ada rakyat Tuanku yang waras yang akan mengatakan bahawa pertembungan militer di antara pasukan keselamatan kita dengan pengganas Sulu itu adalah drama atau sandiwara. Mungkin sesetengah dari pemimpin politik yang cuba mengulas insiden ini sama ada kurang pandai berbahasa atau lemah dalam perbendaharaan kata, lalu penerimaan umum menjadi lain.

Ya, pertembungan militer itu secara tersendiri adalah sesuatu yang “real,” yang benar, hingga memakan korban (al Fatihah buat semua perwira negara). Tetapi yang banyak dipersoalkan sebenarnya adalah penglibatan lingkungan politik di luarnya. Sejauh mana penglibatan lingkungan politik ini dalam menjawab soalan “Apa yang menyebabkan ini berlaku?” dan “Siapa yang menyebabkan ini berlaku?”

Teori-teori ini mendapat respon yang meledak di media-media sosial kerana kebetulan pula, ketika pengganas-pengganas Sulu itu menceroboh Lahad Datu, Suruhanjaya Siasatan DiRaja sedang bersidang dan membicarakan isu-isu dan kes-kes berkaitan dengan apa yang dikatakan skandal “Projek IC.” Saksi-saksi yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya tersebut sebelum ini kebanyakannya telah mendedahkan bahawa ribuan IC segera telah dikeluarkan kepada pendatang tanpa izin di Sabah terutamanya dari Filipina, ini termasuklah dari suku Sulu – Tausug.

Tuanku, seringkali kita dengar kenyataan dari pihak keselamatan kita bahawa dalam memburu puak pengganas ini, mereka didapati berselindung di rumah-rumah orang tempatan. Persoalannya, apakah “orang tempatan” ini sememangnya orang tempatan yang diugut supaya memberi bantuan atau “orang tempatan segera” yang berjaya mendapat klasifikasi “tempatan” hasil dari Projek IC yang kesetiaan mereka bukan kepada Tuanku dan negara? Apakah kerana sebab ini juga yang menyebabkan sukarnya kerja-kerja pasukan keselamatan kita dalam mengesan kedudukan saki-baki puak pengganas ini, sehingga masa yang lama terpaksa diambil?

Ampunkan patik Tuanku. Pada hemat patik, tidak adil rasanya untuk menyalahkan rakyat atau mana-mana individu bilamana mereka terpaksa untuk berfikir dua kali untuk tidak percaya kepada teori konspirasi di belakang tragedi malang di Sabah. Sekali lagi patik tegaskan konspirasi di sini adalah berkait dengan lingkungan-lingkungan politik di luar tragedi tersebut, tragedi tersebut secara tersendiri adalah “real” dan peristiwa benar. Mereka ada asas untuk mempertimbangkannya.

Patik mohon Tuanku hayati kata-kata ini,

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam… Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya"

Ini adalah kata-kata yang terbit dari mulut anggota polis, pasukan keselamatan kita yang bernama Koperal Sirul Azhar Umar dalam kes pembunuhan penterjemah wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Betapa jika disimpulkan dari kenyataannya ini, ada orang yang begitu berpengaruh dan berkuasa sanggup menghantar anggota keselamatan kita ke tali gantung semata-mata kerana kerakusan kuasa dan kedudukan.

Sama ada pembunuhan Altantuya mahupun pertembungan militer di Sabah, kedua-duanya adalah kejadian benar yang memilukan, tidak akan ada manusia yang mempersoalkannya. Tetapi persamaan kedua-dua kejadian ini adalah penglibatan lingkungan politik di luarnya, ini yang menjadi perbahasan dan perdebatan hangat. Sementara Ahli Dewan Rakyat, YB Tian Chua bakal didakwa di bawah Akta Hasutan kerana “kononnya” menuduh UMNO sebagai dalang konspirasi tragedi di Sabah, kalangan yang menuduh pemimpin Pakatan Rakyat pula sebagai konspiratornya tidak turut disiasat dan didakwa di bawah Akta yang sama. Ampun Tuanku, sekalian pacal rakyat, sangat-sangat berharap yang Tuanku mampu untuk campurtangan dan mengembalikan keadilan di negara kita ini.

Tuanku,

Belum sempat jernih keruh di Sabah, mandat kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang memerintah hari ini tamat tempohnya, maka kuasa dipulangkan kepada Tuanku untuk menentu atur-bicaranya. Mereka yang ahli dalam hal perlembagaan saling berhujah perihal bila tamatnya tempoh lima tahun penggal pemerintahan, mengiranya bermaksud menentukan tarikh permulaannya, ada yang berkata bermula Barisan Nasional diisytiharkan menang pilihanraya umum yang lalu, ada pula yang berkata bermulanya pada hari pertama sidang pertama Dewan Rakyat selepas pilihanraya tersebut. Apapun ia adalah khilaf penakrifan undang-undang. Jika kita adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar, tentulah kita tidak mahu berada dalam kedua-dua kekhilafan ini, maka mendapat mandat baru atau mengadakan pilihanraya baru sebelum timbulnya kekhilafan ini adalah lebih afdal dan menggamit hormat.

Jika seorang Perdana Menteri gementar atau ragu-ragu, lalu bertangguh-tangguh untuk merafak sembah Tuanku memohon perkenan membubarkan Parlimen, maka Tuanku punya kuasa mutlak untuk membuat pembubaran tersebut tanpa sebarang permohonan pun. Kuasa Tuanku ini dinyatakan dalam Bab 3 Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Patik sangat berharap tidak ada usaha di pihak Perdana Menteri untuk memohon perkenan Tuanku supaya melanjutkan tarikh tamat tempoh itu menggunakan sebab tragedi berdarah di Sabah. Jika ada usaha itu, patik mohon Tuanku menolaknya. Jika Tuanku sudah menerima dan memperkenankannya, patik mohon sembah derhaka, mohon agar Tuanku menarik balik perkenan itu.

Atas sebab yang sama, tragedi berdarah di Sabah, patik kira pilihanraya umum yang baru harus disegerakan. Patik melihat negara kita memerlukan sebuah kerajaan baru yang lebih kuat, yang mampu untuk membuat keputusan-keputusan yang lebih strategik dalam menyelesaikan permasalahan di Sabah secara lebih tuntas. Patik juga berpendapat bahawa negara kita memerlukan sebuah kerajaan yang lebih jujur dan telus, supaya kita boleh pastikan yang lingkungan-lingkungan politik seperti yang patik sebutkan di atas tadi boleh kita hapuskan, juga menjadi panduan agar ia tidak lagi berlaku pada masa hadapan, kerana terbukti hari ini penglibatan lingkungan-lingkungan politik tanpa had dalam semua perkara akhirnya seperti di Sabah telah mengkompromi keselamatan negara dan rakyat, yang akhirnya menagih korban.

Ampun Tuanku, beribu ampun. Patik tamatkan warkah patik setakat ini.

Patik pacal yang hina,









. 
Continue Reading... Labels: , ,


PEMBELOT! Anggota Polis Pemberi Maklumat Pada Pengganas Sulu!



Seorang anggota polis yang disyaki terlibat membekalkan maklumat sulit kepada tentera Sulu. 

Bagamana pun berita ini telah dinafikan oleh pihak PDRM.

Sehingga kini orang ramai diminta agar tidak mempercayai khabar angin yang tidak diketahui sumbernya.

Menurut sumber yang dipercayai, anggota Polis yang disyaki menjadi pengkhianat  Kpl/D Hasan Basri, kini berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
















.
Continue Reading... Labels: , ,


Polis Bertindak Kejam: Manila Mahu Putrajaya Jawab Dakwaan Tersebut



Manila hari ini mahu kerajaan Malaysia menjawab berkenaan tuduhan warga Filipina di Sabah didera dan ditembak dengan sengaja oleh anggota keselamatan dalam pencariannya mencari penceroboh Sulu. 

Timbalan jurucakap presiden Abigail Valte berkata demikian dalam laporan ABN-CBS tengah hari tadi bahawa Malacanang menerima beberapa dakwaan terdapat "layanan tidak berperikemanusiaan" ke atas warga Filipina yang tidak bersalah, yang tidak ada kaitan dengan penceroboh yang mendakwa sebagai tentera kepada Kesultanan Sulu.

"Laporan sebegini tidak dapat diterima, sebab itu Jabatan Hal Ehwal Luar akan berhubung dengan rakan dari Malaysia untuk membincangkan perkara ini," katanya yang dilaporkan menerusi laporan online.
Valte berkata, laporan dari pelarian Filipina yang mengatakan anggota polis Malaysia menggunakan kekerasan yang tidak sepatutnya dalam pencarian mereka memburu mereka yang mempunyai kaitan dengan Sultan Sulu itu.

Seorang pelarian berkata, lelaki Filipina ada yang diheret dari rumah mereka dan dipukul, dan memaksa mereka berlari sebelum polis menembak ke arah mereka, walaupun mereka menunjukkan dokumen imigresen mereka yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Laporan juga dikatakan sampai ke Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dimana adiknya Agbimuddin Kiram mengetuai pencerobohan di Sabah, mengatakan warga Malaysia berketurunan Tausug juga dibelasah di tangan polis, termasuk mereka yang memegang MyKad. Orang Tausug juga dikenali sebagai orang Suluk yang datang dari kepulauan Sulu di Filipina.

"[Rakyat Malaysia] mendakwa mereka sudah beri 'toleransi maksima', tetapi itu tidak benar. Mereka memberi 'keganasan maksima' dan itu yang sedang berlaku. Perempuan, termasuk wanita mengandung, dan kanak-kanak juga ditembak oleh tentera Malaysia," kata anak Jamalul, "puteri raja" Jacel Kiram, yang dilaporkan di Manila Standard Today.

Jurucakap Sultan, Abraham Idjirani mendakwa perempuan mengandung turut dipukul ketika operasi, menyebabkan beliau terpaksa melahirkan anak tersebut ketika ditahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, tempat di mana penceroboh itu menyembunyikan diri.

"Wanita mengandung itu melahirkan anaknya di balai polis, tetapi anaknya mati selepas itu. Orang ramai diheret oleh pihak polis," kata Idjirani, menurut Manila Standard Today. "Mereka bukan sahaja menahan orang Filipina dan penyokong sultan, tetapi warganya sendiri."

Dalam laporan Philippine Daily Inquirer, seorang warga Filipina berusia 32 tahun berkata abangnya ditembak mati di tangan polis Malaysia semasa mencari mereka yang disyaki penyokong Kiram.

"Mereka mengheret lelaki ke luar rumah, tendang dan pukul mereka," katanya melalui panggilan telefon dari Patikul, Sulu, selepas beliau tiba di Filipina Jumaat lalu bersama 200 pelarian lain.

Taradji mendakwa pasukan keselamatan Malaysia menyerang kampung di daerah pesisiran pantai Sandakan di mana beliau tinggal di situ pada malam Isnin, dan di situ abangnya Jumadil ditembak mati selepas diarahkan pihak polis untuk berlari sepantas mungkin.

Menurut The Inquirer, seorang pegawai berkata kira-kira 1,000 orang pelarian meninggalkan Sabah untuk ke Sulu dan Tawi-Tawi, sementara lebih ramai lagi akan meninggalkan Malaysia apabila pihak berkuasa meneruskan operasi menghalau penceroboh Sulu.

Taradji jugadilaporkan berkata pihak berkuasa Malaysia sengaja membiarkan mereka yang ditahan kelaparan jika mereka disyaki mempunyai kaitan atau menyokong pencerobohan Sulu.

"Walaupun anda mempunyai dokumen yang sah, anda juga akan ditahan. Jika anda bertuah untuk tiba di penjara, anda mati kelaparan kerana mereka tidak akan memberi makanan kepada anda," katanya menurut The Inquirer.

Malaysia melancarkan serangan besar-besaran sejak Selasa pagi, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan dan artileri menghujani Kampung Tanduo, tempat penceroboh itu berlindung.

Sehingga semalam, jumlah kematian penceroboh Sulu mencecah 53 orang menurut laporan pihak berkuasa Malaysia, dengan 32 orang terbunuh dalam pertempuran berikutan serangan udara Selasa lalu. ~ TMI


.

Continue Reading... Labels: , ,


Demi Hak Milik Terhadap Sabah, Keluarga Kiram Enggan Menyerah, Mahu Tentera Sulu Kekal Di Sabah




KUALA LUMPUR, 9 Mac — Walaupun laporan tentang lebih ramai penceroboh Sulu semakin ramai mati di Malaysia, keluarga Kiram mengarahkan “tentera”nya untuk bertahan dan tidak menyerah, dan berkata melawan demi hak milik mereka terhadap Sabah sebagai “kemuliaan melebihi nyawa”.

Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, memberitahu Radio dzMm bahawa ayah saudaranya Agbimuddin Kiram dan “tenteranya” tidak akan meninggalkan Sabah walaupun serangan hebat dari pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau merayu anggota supaya setia dengan Agbimuddin, yang dikatakan “putera diraja” kesultanan Sulu. “Tolong bertahan, ini lebih mulia daripada nyawa,” katanya yang dilaporkan dari laman web rangkaian media ABN-CBS News.

“Mereka cuma mahu tinggal di sana, di sana tempat mereka, mereka mahu tinggal di sana secara aman,” kata Jacel di Radio dzMM, stesen radio milik ABN-CBS Corporation di Filipina.

Tengah hari tadi, ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa seorang lagi penceroboh Sulu ditembak mati apabila cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu, menjadikan jumlah kematian mencecah 53 orang, menurut angka rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Malaysia. ~TMI


.
Continue Reading... Labels: , ,


Agenda Perhimpunan MNLF Di Dedah Di Akaun Facebook


 PAPARAN muka Facebook Asree Sug yang mendedahkan tentang Perhimpunan Nur Misuari dan MNLF pada entrinya 24 Januari 2013.

KUALA LUMPUR 5 Mac – Satu akaun Facebook atas nama Asree Sug telah mendedahkan tentang agenda Perhimpunan Nur Misuari dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Pulau Jolo, Sulu pada 3 Januari lalu.
Dalam entri bertarikh 24 Januari itu, pemilik akaun media sosial tersebut mendakwa agenda perhimpunan itu seperti berikut:

1. Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi pemerintahan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro)-Filipina yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

2. Mendapatkan sokongan dan saranan Tausug bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan semula Borneo Utara, cara tuntutan dibuat dan siapa yang akan ditabal sebagai Sultan Sulu.

3. Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baharu sedangkan perjanjian lama belum dilaksanankan.

Dalam Facebook itu, Asree juga mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang yang katanya: “MNLF dan Nur Misuari sedang memerhatikan keadaan politik di Malaysia… kemungkinan, Nur Misuari sedang mendoakan kemenangan buat sahabat karibnya DS Anwar Ibrahim untuk mendapat kemenangan pada PRU-13″. – UTUSAN ONLINE




.
Continue Reading... Labels: , ,


Huru Hara Bakal Berlaku Di Sabah?



1400 orang dimaklumkan sebagai pendatang asing di Kota Kinabalu dan Tawau akan membuat huru hara!

Maklumat selanjutnya di SINI 






.

Continue Reading... Labels: ,


Kisah Sebenar Di Sebalik Serangan Balai Polis Semporna?



Komen Dari Indonesia..

'Konflik Sulu di Sabah Kian Meluas'

KONFLIK bersenjata antara pasukan Kesultanan Sulu dan tentara Malaysia terus terjadi hingga Minggu malam lalu. Puluhan korban dilaporkan tewas, warga setempat dan tentara Malaysia mewaspadai masuknya orang-orang Kesultanan Sulu ke berbagai daerah di Sabah.

Konflik yang awalnya terisolir di Lahad Datu, kini meluas hingga ke wilayah Semporna yang jaraknya terpaut 300 kilometer. Konflik itu menambah panjang daftar korban tewas dari kedua kubu. Menurut Minda News, sebuah kantor berita di Mindanao, korban telah mencapai 27 orang. Sebanyak 14 di antaranya adalah orang Sulu, tujuh tentara Malaysia, seorang pemilik rumah tempat Agbimuddin tinggal di desa Tanduo, dan Imam Maas dan keempat putranya.

Korban terakhir tewas di desa pesisir Simunul, Semporna, pada Sabtu lalu. Tidak ada media Malaysia yang memberitakan perihal kematian imam Maas dan keempat putranya. Media di Filipina ABS-CBN News memberitakan, Imam Maas ditembak tentara Malaysia karena diduga membantu dua kerabat Kesultanan Sulu, yaitu Datu Alianapia Kiram, adik Sultan, dan Datu Amer Bahar Kiram, keponakan Sultan.

Menurut juru bicara Sulu, Abraham Idjirani, keduanya memang telah tinggal selama bertahun-tahun di Sabah dan sama sekali tidak ada hubungannya dengan pendudukan Lahad Datu yang dipimpin Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Idjirani mengatakan, untuk mencari anggota keluarga Kesultanan Sulu, kepolisian Malaysia menggunakan dalih pemeriksaan pendatang ilegal dari Filipina. Polisi Malaysia memasuki rumah-rumah warga dengan paksa dan sampai ke rumah imam Maas. Imam yang berasal dari Filipina ini mengaku melayani kedua Datu, nyawanya pun dihabisi.

Akibat pembunuhan ini, warga desa yang kebanyakan warga pendatang dari Filipina marah. Mereka menyerbu kantor polisi di Semporna pada Sabtu malam. The Star menuliskan, lima orang polisi Malaysia tewas saat memasuki desa tersebut. Idjirani mengatakan, seorang pejabat tinggi militer Malaysia, seorang anggota  polisi dan seorang pejabat sipil dilaporkan disandera.

Alim Hashim Mudjahab, ketua Komite Dewan Islam Front Pembebasan Islam Moro (MNLF) dilansir Inquirer membenarkan pernyataan Idjirani. Menurutnya, para pendukung Kesultanan Sulu menyerbu pos polisi dan membebaskan lebih dari 100 orang Muslim Filipina yang ditahan sejak konflik pecah Jumat lalu.

Konflik meluas ke Tawau, daerah sekitar 84km dari Semporna. Mudjahab mengatakan bahwa orang-orang Kesultanan Sulu menyerang konvoi truk militer Malaysia dengan melemparkan dinamit yang biasa dipakai untuk memancing ikan.

"Ketika kita berbicara saat ini (Minggu), ketegangan tersebar hingga Sandakan dan ada laporan bahwa warga asal Tausug (Moro, Filipina) yang tinggal di Kota Kinabalu siap melawan tentara Malaysia," kata Mudjahab.

"Penjahat dalam konflik ini adalah pemerintah Malaysia. Bukan Kesultanan Sulu yang meningkatkan konflik, tapi pemerintah Malaysia. Jika saja polisi Malaysia menunjukkan toleransi, belas kasihan, mereka seharusnya tidak melakukan tindakan ini," ujar Idjirani.

Menanggapi banyaknya perlawanan dari masyarakat, Kesultanan Sulu berlepas diri. Idjirani mengatakan, kemarahan warga itu adalah karena penyerbuan tentara Malaysia ke desa mereka. Padahal, warga Filipina di tempat itu sama sekali tidak terlibat pendudukan di Lahad Datu.

"Ini adalah upaya tidak terorganisir dari rakyat, yang tidak bisa lagi terima perlakuan pemerintah Malaysia terhadap mereka sejak tahun 1982," kata Idjirani.

Pemerintah Malaysia enggan disalahkan. Menurut versi mereka, lima orang polisi Malaysia terbunuh saat mencari sekelompok pasukan Sulu bersenjata yang masuk wilayah itu.

Menurut laporan polisi Malaysia ada sekitar 10 orang bersenjata dari Sulu yang terlihat berkeliaran di wilayah Kunak pada Sabtu malam lalu. Sebanyak 10 orang ini diketahui memasuki desa Long Malor dan desa Dasar Lama di Kunak.

Menurut Zulkifeli, pasukan Sulu ini datang menggunakan perahu kecil dari pulau Sibutu, sekitar 25 menit dari Semporna, beberapa minggu lalu. Itulah mengapa pasukan Malaysia sulit mendeteksi kedatangan mereka ini.

"Mereka datang menggunakan pakaian sipil, masuk ke Sabah, berkumpul dan mengganti ke seragam militer mereka. Kami menemukan dua tas berisi pakaian sipil," kata dia.

Malaysia siaga

Idjirani mengatakan bahwa saat ini banyak orang Sulu yang berangkat dari Basilan, Sulu, Tawi-tawi dan Semenanjung Samboanga telah masuk ke Malaysia. Mereka, kata dia, telah berada di Sabah dan ikut menyaksikan pemakaman para pengikut Agbimuddin yang tewas.

Masuknya para pengikut Kesultanan Sulu ini juga tercium oleh tentara Malaysia yang langsung menambah pasukannya di Sabah. Dua batalion dikirimkan ke Semporna dan Kunak.

Warga di Sabah juga meningkatkan kewaspadaan mereka. Pemerintah Sabah meminta seluruh wilayah untuk menerapkan siskamling dan mencurigai setiap orang yang tidak dikenal. Di antara yang menerapkan kesiagaan penuh adalah kota Marudu, Pitas dan Kudat di sebelah utara Sabah.

Bahkan di Pitas dan Kudat, polisi-polisi tidak diperbolehkan mengambil cuti atau liburan untuk ikut mengamankan desa. Selama 24 jam sehari, kota-kota di Sabah akan dijaga dengan ketat oleh warga dan polisi.

Situs berita Free Malaysia Today menuliskan bahwa beberapa pesawat tempur Malaysia terlihat diluncurkan dari Bandara Internasional Kota Kinabalu sepekan terakhir ini.

Kehadiran polisi dan militer di beberapa wilayah tidak juga mampu meredam ketakutan warga Sabah. Rumah-rumah di Semporna kosong setelah bentrokan Sabtu. Warga memilih mengungsi ke tempat aman. Warga yang memilih tinggal, tidak berani menyalakan lampu malam-malam.

"Sekarang warga desa mematikan lampu lebih dini, khawatir nyala lampu malah mengundang orang asing dari laut ke rumah mereka," kata seorang warga Kinabalu, Siti, yang memiliki orangtua di Semporna.

Warga tidak ingin kecolongan. Sebelumnya, dengan percaya diri, tentara Malaysia mengatakan semuanya akan baik-baik saja. Namun yang terjadi sebaliknya, bentrokan pecah Jumat lalu dan menewaskan beberapa orang. Warga semakin kaget mendengar laporan orang-orang Sulu berada di beberapa tempat, tidak hanya di Lahad Datu.

Berbicara di Manila, Sultan Jamalul Kiram III mengatakan bahwa ada sekitar 400 orang mereka di Sabah. Ini jauh sekali dari pernyataan Malaysia yang mengatakan bahwa hanya ada 130 orang Sulu, pria dan wanita di Tanduo. ~Seruan perdamaian   
Continue Reading... Labels: ,


Gambar Aziz Shamsudin, Pemberi IC Pada Pendatang Asing Di Sabah Bersama Sultan Sulu



Saksi-saksi penting dengan jelas mendedahkan kepada  Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) tentang keterlibatan Datuk Aziz Shamsuddin antara "mastermind"nya bersama Mahathir dan Megat Junid dalam "Projek IC Sabah". Namun, hingga kini beliau tidak dipanggil malah didakwa. Maka itu, tersebarlah gambar mesra Aziz Shamsuddin dengan Sultan Esmail Dalus Kiram II dari Kesultanan Sulu ini. 

Jika diamati betul-betul, ada kemungkinan ramai warga Sulu dari Filipinan yang mendiami Sabah berjaya mendapat IC hasil usahasama Aziz dengan pihak kesultanan Sulu. Jika tidak mana mungkin mereka boleh begitu ramai berada di Sabah. Maknanya, Aziz Shamsuddin memang terlibat secara langsung dengan projek itu dan hubungnnya amat akrab seperti dalam gambar ini. 

Justeru, tidak perlulah kerajaan sebegitu mudah membuat tuduhan kononnya pemimpin pembangkang menjadi dalang isu pencerobohan warga Sulu di Sabah sekarang ini. Mereka mungkin juga mempunyai IC, malah saudara mereka yang ada IC kini ramai mendiami Sabah terutamanya di kawasan Lahad Datu itu sendiri. Ini bermakna, tidak perlu membuat tuduhan melulu kepada pihak lain jika pemimpin UMNO BN sendiri memang ada hubungan langsung dengan pihak itu sebenarnya ~ PDO



.
Continue Reading... Labels: , , ,


Berita Najib Tawar Penempatan Pada Tentera Sulu Di Media Filipina Telah Di Padamkan! Atas Arahan Siapa?


http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTRLoDdy3Bl

Akhbar Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyebut tentang nama PM Malaysia, Najib Razak dalam berita bertajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia” pada 21 Febuari lalu.

Berita panas tersebut menyebut tentang janji Najib Razak. Ia disebut oleh Nur Misuari yang beliau mendengar adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah sehingga beliau merentas lautan menuntut janji. [Rujuk HD]  Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar terhadap tuntutan mereka dan beliau meminta perkara ini diselesaikan dengan lebih tenang.



Berita panas Najib tersebut telah dipadam oleh mb.com.ph dan apabila kita mengakses berita tersebut hanya ini yang dipaparkan. Namun ada yang telah ‘copy screen’ berita tersebut seperti di atas.





Tak pasal-pasal Anwar telah diburukkan Utusan Malaysia, TV3 dan macai UMno akibat pencerobohan tersebut. Namun begitu Najib juga tak terlepas. Jadi kini, siapa yang telah mengarahkan atau meminta akhbar Filipina memadam berita tersebut.


Najib_Kiram

                      Najib bersama anak-beranak Kiram, Esmail Kiram 11




Adakah ianya arahan juga dari Malaysia?


Atau Mahathir yang anaknya mempunyai saham dalam Syarikat arak San Miguel dan minyak Petron di Filipina membuatkan kerajaan Filipina yang ekonominya yang suram membuatkannya serba salah?




.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


30 PENDUDUK DI TG BATU DITAWAN MILITAN! Eeeek...Kata Keadaan Terkawal?


Tentera berjudi?

TINDAKAN lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri menyebabkan 30 penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50 militan Filipina yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu, Zon Tanjung Labian, 7 km dari Tanduo.

Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.

"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.

Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.

"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap perasaan dan trauma penduduk kampung.

Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan sekitarnya terutama Tanduo.

Dalam pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang berjaya melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada di Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal siasat.

Sabahkini.net berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat menemuramah Rudy yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan diri dan menumpang kenderaan ke Bandar Sahabat.

"Saya ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan nyawa, ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan," kata Rudy yang ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar jam 9 pagi tadi,

Menurut Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung termasuk lima wanita yang masih ditawan pihak militan.

"Saya lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16, Carbine, Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal senjata lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata," ujar Rudy sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat. ~ Sabah Kini


                    Ini semua salah ANWAR!!!


.
Continue Reading... Labels: , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors